Bagaimana kita melihat sesuatu itu..

"ciri penting untuk berjaya"Saya rasa, sekarang ni student IPTA mahupun IPTS sedang menjalani @ sudahpun selesai sesi latihan praktikal. Tak kisahlah apa namanya, janji anda sedang berpraktikal @ sudahpun selesai. Tempat praktikal? Mungkin disebuah agensi kerajaan yang ternama, mungkin disekolah, mungkin disebuah syarikat swasta yang berjaya dan mungkin juga disebuah kilang yang langsung tak ternama. Tak kisahlah di mana tempatpun kita berpraktikal, pasti ada banyak pengalaman dan ceritanya.

Kalau bercerita pasal praktikal ni, saya teringat tempat saya berpraktikal 5 tahun dulu. Masa tu, saya seorang penuntut jurusan Biotech, tapi disebabkan kurangnya syarikat mahupun agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja yang berkaitan pada masa itu, ramai di antara kami yang menghabiskan masa praktikal kami di hospital-hospital termasuklah saya.

Cuba bayangkan, seorang student Biotech, tapi berpraktikal di hospital. Memang tiada benda lain nak dibayangkan selain jarum, pesakit, bau ubat..bau itu dan ini. Senang cerita ianya adalah ‘bau hospital’. Apa yang saya fikirkan masa tu? Saya fikirkan beberapa perkara;

1. Apa yang saya boleh dapat bila saya praktikal di hospital nanti?

2. Apa kaitannya latihan praktikal ini dengan bidang kerja saya nanti?

3. Apa nak ditulis dalam laporan latihan praktikal?

Ini antara perkara yang berpusing-pusing dan berlegar-legar dalam kepala sebelum latihan praktikal bermula. Saya memang cukup bersedia dan mengerti yang latihan praktikal ini, pada dasarnya ingin menyediakan satu platform untuk student belajar dan merasai serba sedikit suasana alam pekerjaan yang sebenarnya. Belajar ‘sepak terajang’ sebenar dalam dunia pekerjaan. Belajar erti sebenar susah payah mencari rezeki. Samada pendek atau panjang ceritanya, belajarlah ‘soft skill’ dan ‘hard skill’.

Sepanjang latihan praktikal, memang hampir 100% pengisian latihan adalah berbeza dari bidang asas yang dipelajari. Dari unit patologi kimia, mikrobiologi dan serologi, kajidarah dan ujian klinikal, histopatologi dan saitologi..semuanya kami ’round’ termasuk kaunter penerimaan spesimen. Kalau diberi pilihan, memang mungkin kami menolak, tapi itu saja pilihan yang ada. Maka segala tanggungjawab yang diberi perlu dilunaskan sebaik mungkin walau kadang-kadang terbayang juga spesimen pelbagai rupa dan warna yang dieram dalam inkubator.

Saya faham, untuk saya ‘survive’ dalam apa-apa bidang, saya perlu melihat sesuatu itu bukan dari satu sudut sahaja.

Akhirnya, apa yang saya dapat dari sesi latihan praktikal? Adakah saya sudah terer menghisap mengambil darah pesakit ataupun sudah boleh bergelar pembantu perubatan bertauliah?

® hafizmd – nantikan bahagian 2 yer..kena berhenti dulu..hohohoi