Bagaimana kita melihat sesuatu itu..

"ciri penting untuk berjaya" Saya rasa, sekarang ni student IPTA mahupun IPTS sedang menjalani @ sudahpun selesai sesi latihan praktikal. Tak kisahlah apa namanya, janji anda sedang berpraktikal @ sudahpun selesai. Tempat praktikal? Mungkin disebuah agensi kerajaan yang ternama, mungkin disekolah, mungkin disebuah syarikat swasta yang berjaya dan mungkin juga disebuah kilang yang langsung tak ternama. Tak kisahlah di mana tempatpun kita berpraktikal, pasti ada banyak pengalaman dan ceritanya.

Kalau bercerita pasal praktikal ni, saya teringat tempat saya berpraktikal 5 tahun dulu. Masa tu, saya seorang penuntut jurusan Biotech, tapi disebabkan kurangnya syarikat mahupun agensi kerajaan yang menjalankan kerja-kerja yang berkaitan pada masa itu, ramai di antara kami yang menghabiskan masa praktikal kami di hospital-hospital termasuklah saya.

Cuba bayangkan, seorang student Biotech, tapi berpraktikal di hospital. Memang tiada benda lain nak dibayangkan selain jarum, pesakit, bau ubat..bau itu dan ini. Senang cerita ianya adalah ‘bau hospital’. Apa yang saya fikirkan masa tu? Saya fikirkan beberapa perkara;

1. Apa yang saya boleh dapat bila saya praktikal di hospital nanti?

2. Apa kaitannya latihan praktikal ini dengan bidang kerja saya nanti?

3. Apa nak ditulis dalam laporan latihan praktikal?

Ini antara perkara yang berpusing-pusing dan berlegar-legar dalam kepala sebelum latihan praktikal bermula. Saya memang cukup bersedia dan mengerti yang latihan praktikal ini, pada dasarnya ingin menyediakan satu platform untuk student belajar dan merasai serba sedikit suasana alam pekerjaan yang sebenarnya. Belajar ‘sepak terajang’ sebenar dalam dunia pekerjaan. Belajar erti sebenar susah payah mencari rezeki. Samada pendek atau panjang ceritanya, belajarlah ‘soft skill’ dan ‘hard skill’.

Sepanjang latihan praktikal, memang hampir 100% pengisian latihan adalah berbeza dari bidang asas yang dipelajari. Dari unit patologi kimia, mikrobiologi dan serologi, kajidarah dan ujian klinikal, histopatologi dan saitologi..semuanya kami ’round’ termasuk kaunter penerimaan spesimen. Kalau diberi pilihan, memang mungkin kami menolak, tapi itu saja pilihan yang ada. Maka segala tanggungjawab yang diberi perlu dilunaskan sebaik mungkin walau kadang-kadang terbayang juga spesimen pelbagai rupa dan warna yang dieram dalam inkubator.

Saya faham, untuk saya ‘survive’ dalam apa-apa bidang, saya perlu melihat sesuatu itu bukan dari satu sudut sahaja.

Akhirnya, apa yang saya dapat dari sesi latihan praktikal? Adakah saya sudah terer menghisap mengambil darah pesakit ataupun sudah boleh bergelar pembantu perubatan bertauliah?

® hafizmd – nantikan bahagian 2 yer..kena berhenti dulu..hohohoi

17 comments

  1. saya pun praktikal kat hospital.. sama lah kita.. hehee.. mmg jauh dari bidang, tapi byk yg saya dpt.. yg sedihnye.. pelajar sekarang.. aduh.. dah de peluang, tak nak rebut.. susah.. susah..

  2. salam..
    sllu kalu dapat timba pengalaman sikt jer..sb apa yg kita bljar kt kolej kekadang tak sama dgn tmpat kje yang kita pratikal..nak2 bhgian pjbat..form yang berbeza..cara buat memo yang berlainan..

    sllu klu dpt tmpat pratikal suri dan kwn2 kena buat benda yang lain dari skop yang kami bljar..

    cth: kena buat time sheet utk pkje diorang
    buat fail..bukak fail..ttp fail..jwb tipon
    gunting itu ..ini..
    ntah apatah pratikal..terkadang rasa buang masa jer.elaun pun tak dpt.tapi di sebabkan nak dptkan sijil & diploma kami tpksalah pratikal.

    tapi batter cari keje terus pasti tiap2 bulan duti msyuk..pengalaman pun dapat byk..kerja pun berbalio..dok pratikal selama 3 ke 6 bulan tapi pulang dgn tagan kosong.habis pratikal kena persembahkan pula buku latihan @ laporan pda pensyarah..klu tak sure akan kantoi..siji @ diploma..

    1. salam,
      hihi..bnyak juge yg saye dengar kes macam suri ni..yg penting kite dapat sesuatu walaupun kecik mase praktikal..kecikpun cukuplah dari pulang tgn kosong..

      p/s – perasan juga, ramai student dalam mode terpakse bile attend LI..sbb dah syaratkan? kalau tak..tak dapatlah scroll..

  3. Pingback: Bagaimana kita melihat sesuatu itu - Bahagian 2 | hafiz mohd dot com
  4. Betul tu, semua nya terserah bagaimana kita melihat nya. Tapi praktikal tu boleh juga, nambah2x CV nantinya sewaktu apply kerjaan 😉
    .-= kerja kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

    1. @zik, mmg agak susah juge sekarang ni nak carik yg betul2 kene ngn course kite..malangnye..ade student yg memang betul2 dapat praktikal dalam course die, tpi buat ala kadar saje..
      .-= hafizmd´s last blog ..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2 =-.

  5. Sangat setuju.. nak memahami sesuatu perlu lihat dari pelbagai aspek.. baru dapat memahami semua perkara.. contoh macam praktikal tu.. apa yang kita pelajari secara teori tak selalunya sama dengan apa yang kita temui dalam situasi sebenar..
    .-= kulanz´s last blog ..Dennis Gabor, Keyword Terhangat di Google Hari Ini =-.

    1. @kulanz, terima kasih bro. Masalahnye bro, diorang start merungut ape kaitannye nanti ngn kerjaya diorang..

      Perlu berfikir diluar kotak yg macam bro kulanz cakapkan tuh..baru boleh lihat dgn jelas..
      .-= hafizmd´s last blog ..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2 =-.

  6. Hehe..hisap darah tu..emm pengalaman praktikal memang satu pengalaman yang menyeronokkan..saya pun ada pengalaman tersendiri yang membuatkan majikan makin sayang pada saya..hehe..rasa nak kembali pada saat indah tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *