Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2

Nota kepala: Untuk membaca Bahagian 1, sila klik di sini yer..

Sedikit pandangan saya bagaimana jika kita melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut, memberikan kita faedah dan manfaat. Ingat yer, ini hanyalah pendapat saya, dan anda berhak untuk tidak setuju mahupun setuju. Banyak contoh yang diberi bersandarkan kepada latihan praktikal. Harap maaf jika ada yang kurang selesa.

1. Jika kita melihat sesuatu itu pada sudut negatifnya saja, akhirnya apa yang kita perolehi akan bersifat negatif. Kalau kita asyik layan game atau sebarang aplikasi di Facebook, dan akhirnya kita lalai. Lalu secara sifir mudahnya, kita menyalahkan pembuat aplikasi. Bukankah sempit pemikiran sebegini?

2. Andai terlampau ‘advance’ melihat dari pelbagai sudut, wujud pula masalah ‘terlebih imaginasi’ sehingga wujud isu seperti isu kasut crocs. Ia seolah-olah melemaskan isu yang lebih nyata seperti lambakan pakaian yang tak cukup kain dijual dan dipakai mahupun isu perbezaan fahaman politik hingga memecah-belah persaudaraan.

3. Pernah dengar kes pelajar praktikal yang hanya diberi tugasan remeh seperti membuat photastat, bancuh teh, dan mungkin juga menjadi tukang sapu? Apa kaitannya dengan bidang kerja kita nanti? Belajarlah melihat sesuatu itu dari sudut positifnya. Jangan asyik merungut. Itu tak best. Ini tak kena. Senior bossy dan macam-macam alasan. Kalau asyik negatif, pasti kita pulang dengan tangan dan minda kosong tapi mulut pot pet pot pet.

4. Jangan asyik bertanya soal elaun praktikal. Bukankah kita ada pinjaman PTPTN/JPA. Lainlah kalau kita tiada sumber lain selain PA&MA – sepatutnya lebih bertanya hal berkaitan tempat praktikal

5. Kita terbiasa berat mulut untuk bertanya tapi ringan mulut untuk bergosip dan lebih suka mengiyakan sepanjang praktikal. Saya percaya kalau kita tunjukkan sifat inkuiri yang tinggi, pasti orang atas akan nampak dan beri tanggungjawab yang sewajarnya – berfikiran kritis dan diluar kotak serta cuba bertanya hal operasi syarikat serta tunjukkan yang kita berminat untuk tahu sesuatu yang baru. Bukankah tahu lebih baik dari tidak tahu?

3. Kita juga memilih untuk berat tangan dalam konsep bantu-membantu. Inilah waktunya kita belajar erti ringankan tangan dan sama-sama pikul beban – Ringankan tangan untuk membantu walaupun kecil sifatnya. Kalau mahukan sesuatu, belajar dahulu memberi sesuatu.

4. Ada sesetengah antara kita merasa bangga dengan status phd/master/degree/diploma yang bakal dimiliki. Hingga terkadang memperlekehkan@buat ‘derrk’ saja pada pekerja yang tiada sijil tapi berpengalaman luas – apa guna berpelajaran tinggi tapi tiada ‘attitude’?

Ini antara yang sempat saya perhatikan dan tegur mana yang terdaya. Bukan banyak yang penyedia tempat latihan industri dambakan selain sifat rasa bersyukur, sifat berterima kasih, dan cuba menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan bersungguh-sungguh walaupun kerjanya menjawab panggilan telefon (positifnya – belajar kemahiran komunikasi dengan betul).

Kalau salah, itu adat belajar. Sama-sama kita perbetulkan. Kalau tak tahu, adatnya bertanya. Itu sahaja.

Akhirnya, saya yakin yang kita perlukan kemahiran untuk melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut untuk membolehkan kita tidak terlampau sensitif, cepat melatah, bijak membuat keputusan dan sebagainya. Percaya atau tidak, ia banyak membantu saya dalam kerjaya sekarang yang mengamalkan budaya ‘multi-tasking’.

Anda bagaimana? Ada sesuatu nak dikongsikan? Atau tak puas hati dan ada soalan nak ditanya? Tinggalkan komen yer..

® hafizmd – dalam masa yang sama, pihak penyedia latihan praktikal yang memberi khidmat sosial perlu juga memahami keperluan pelajar.

p/s – segala intipati dan contoh adalah dari pengalaman dan pendapat diri sendiri..harap maklum dan harap maaf.