Assalamua’laikum.

Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan. Kesihatan tubuh badan antara nikmat Allah yang amat besar. Semalam kaki ambe ‘terpeleot’ masa berlari kat taman. Kaki ambe memang mudah terpeleot akibat insiden jatuh anak tangga 13 tahun dulu. Terdengkot-dengkot jugalah bila berjalan. Bila nikmat yang diberi ditarik sedikit, barulah kita sedar yang kita manusia penuh lalai. Barulah ingat nak baca doa sihat tubuh badan.

1. Doa awet muda:Jom hafal dan beramal

Doa petua awet muda & kecergasan badan

“Wahai Tuhan, aku berlindung kepada Mu daripda kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala bencana, kecelakaan dan nasibĀ  yang buruk. Ya Allah, daku (insan) yang lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah Yang Maha Pengasih.”

  • Amalkan baca doa awet muda di atas. Mudah-mudahan badan kita sentiasa segar dan cergas untuk menunaikan ibadah kepada Allah.

2. Doa Sihat Tubuh Badan, Minda Aktif dan Cerdas

doa sihat tubuh badan

“Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada badanku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada pendengaranku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada penglihatanku, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kekufuran dan kepapaan, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau.”

  • Baca pada waktu pagi dan petang. InshaaAllah, badan, telinga dan pendengaran menjadi sihat serta minda aktif lagi beraura positif.

3. Bagaimana tahap kesihatan seluruh pancaindera dan anggota tubuh badan kita?

  • Ambe mengingatkan diri sendiri terutamnya untuk mengawal lidah, tangan dan mata kita serta seluruh pancaindera daripada melakukan kerosakan. Cepat-cepat kita beristighfar bila melakukan dosa.
  • Berhati-hati bila menulis dan berkata-kata. Nak-nak musim PRU ni. Macam-macam status di FB yang boleh kita baca.
  • Macam-macam panggilan yang kita panggil kepada mereka yang tak sebulu dengan kita.
  • Apakah ini yang Nabi ajarkan kepada kita?
  • Jangan asyik cuba menegakkan sesuatu perkara dengan berkata “Dia buat takpe, kenapa kita tak boleh buat?” Ingat, dosa kita, kita yang tanggung dan menjawabnya nanti!

@hafizmd – Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan. Orang yang suka senyum, pasti nampak sentiasa muda remaja. Setuju?

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.