Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!

Assalamua’laikum.
Nak kurus bukan senang, nak tambah berat badan…itu sonang! Susah hati sikit, kita hilangkan tension dengan makan banyak-banyak. Ada kerja bertimbun, kita hilangkan tekanan sekali lagi dengan pelahap makanan. Siap ada bekal jajan lagi atas meja. Sedar tak sedar, perut sendiri jugak yang disalahkan. Serius, nak kuruskan badan ni bukan senang kalau kita takde semangat yang padu lagi jitu. Lagi kureng, bila kita dalam tak sedar terbuat benda-benda yang boleh menghalang kita untuk kurus!
Jangan Buat 3 Perkara Ni Kalau Nak Kurus
Serius cakap, kalau aku, kamu, kamu dan kamu nak kuruskan badan berapa kilo sekalipun, jangan buat 3 benda ni. Kalau buat jugak, memang payah nak tengok jarum penimbang tu turun. Silap haribulan, jarum tu makin naik. Oh! Mesti tertekan,kan? Jom baca, fikir dan hadam sama-sama 3 perkara yang nak elak kalau nak kuruskan badan!
1. Jangan buat alasan “aku takde masa”
Nak buat alasan memang mudah. Kalau tekad tak kuat lagi jitu, memang macam-macam alasan aku, kamu, kamu dan kamu buat. Takde masa, takde kasut, takde tempat nak bersenam dan berjuta lagi alasan tak terkalah. Ada kajian sebut, 41% wanita kata takde masa untuk makan secara seimbang & 71% buat alasan takde masa untuk bersenam! Kalau dah sendiri cari alasan, macam mana nak kurus cik kiah dan encik abam sekalian?
2. Jangan rasa rendah diri sangat dan terasing
Biasalah. Kita yang terlebih berat badan ni, adakalanya sensitif bab-bab berat badan dan penampilan. Ada yang jarang keluar rumah, sebab takut orang pandang-pandang. Ada yang malu nak bersenam, takut orang mengata. Persetankan pandangan orang lain. Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Kita yang nak sihat, bukan orang lain. Lantaklah orang nak cakap apa. Tak luak sikit pun lemak kita kalau orang tu mengata 24 jam, kan? Carilah ruang dan bantuan sokongan daripada ahli keluarga untuk kurangkan berat badan. InsyaAllah mereka pasti sudi tolong kita untuk kuruskan badan.
DOWNLOAD TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS! <Nak Kurus? Klik Sini>
3. Jangan beri ganjaran kepada diri sendiri dengan “makanan”

Maksudnya, bila kita dah hilang tenaga bersenam 2-3 jam dan rasa penat, automatik kita rasa lapar dan dahaga yang amat. Berhati-hati wahai tuan puan sekalian. Jangan ajar diri untuk diberi “penghargaan” dengan makan banyak selepas penat bersenam. Minumlah air kosong yang zero kalori. Kalau nak juga beri ganjaran, belilah seluar/baju yang lebih kecil saiznya sebagai sumber motivasi. Berhati-hati dalam memilih makanan. Mungkin sekali sebulan “menipu diet” boleh diterima….hohoho
Semua ni payah kalau niat dan tak kuat tahan godaan nafsu makan kita. Ingat, nak kuruskan badan bukan senang, tapi langsung tak mustahil. Ramai yang dah berjaya kuruskan badan berkilo-kilo dengan teknik dan cara yang betul. Bukan main hentam jer, memang tak menjadi punya!
@hafizmd – Ingat 3 benda ni, jangan buat alasan, jangan asingkan diri dan jangan terlampau beri ganjaran pada diri. Selamat berjaya!
Setuju! Say pun dalam proses turun berat jugak nih.. tapi bab beri ganjaran makanan tu selalu gak buat. hehe
hehe….entah tetiba lupa bab nak kuruskan bdan, terus sental kaw punya…adeh
Perlu ada tekad dan disiplin. Kalau tidak sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja.
Itulah..kalau tak, tinggal kenangan jerlah
i say bro jajan ni macam febret aku je kalau tengok tv hehehe
jajan mmg sodap bro, tapi awas…hehehe
dua lagi jangan yang patuuuuttt buat dengan SEGERA…
1. jangan habiskan makanan anak yang mana tak abis makan
2. jangan makan apa2 yang berat selepas jam 7 mlm.. try yg ni kompom boleh kurus..
no 1 payah sangat nak buat..tak sampai hati nak tinggal…hoho
no 2, tu boleh usaha cepat2…thanks rozita berkongsi petua kuruskan badan
setuju juga dengan tambahan2 ini teurtama yang nomor satu. kalau ada binatang peliharaan seperti ayam, bisa diberikan ke ayam. Insya Allah tidak mubazir
Benar..membazir itu saudara syaitan…wajar dijauhi
usaha keras tangga kejayaan….
memang kena usaha keras2!
Aku memang dah dalam kategori kurus..tak payah buat misi untuk kuruskan berat badan dah.. 🙂
eloklah..moga sihat2 selalu bro hairul
jangan malas la kan bro ..hu3
itu petuanya kalau nak kuruskan badan…hehe
Badan masih ok lagi dan BMI masih cun…insyaallah akan larikan diri dari 3 benda di atas tu!
kalu gitu, mmg hensemlah bang shubhi
perlu kekuatan dalam utk sampai tahap tubuh yang ideal
betul tu…nak ada tubuh ideal, kenalah kuat usaha
selagi BMI tak lari. aku dah puas hati dah. Hoho..
tu yg penting jugak..BMI..lari sikit2, cepat2 gi joging..hhahaha
Emm no 1 dan 3 tu kadang2 selalu mereka yang berkaitan gunakan..huhu..
hoho…tau takpe..eheh
saya taknak kurus.. cuma nak dapatkan berat badan ideal. tinggal sikit lagi nak buang berat badan nih.. pastu bolehla bentuk body jadi ketul-ketul plak.. hohoho. jom cabar diri sendiri.
wah…mesti dah nak berketul2 dah ni..terbaiklah cikgu!
Salam Ma’al Hijrah buat Hafiz sekeluarga… ^^
Kalau nak melakukan sesutu perkara baik, janganlah hangat-hangat tahi ayam…..betul tak Hafiz….. ^^
Salam ma’al hijrah buat kak ummi sekeluarga…
betul tu kak, kena betul2..baru boleh pergi jauh
jgn makan malam-malan ooo…
betul tu..malam kena jaga..kalau makan nasi…habislah…hehe
memang susah nak turunkan berat badan ni, siap ambil supplement nak kurangkan nafsu makan 😉
wah…supplement apa aju makan ek?
saya dah 5 bulan jadi vegetarian tapi aneh badan saya tak susut sedikitpun mungkin harus check up ada yang bermasalah dengan metabolisme saya
Mungkin ada yg tak sesuai dgn kondisi bang munir…elok juga mohon pendpat doktor…semoga sihat2 selalu yer bang munir
tekad mesti kuat..godaan makan adalah antara yang hebat sekali bila dalam keadaan lapar!
Betul tu. Bila perut lapar, signal dia mmg lain macam..semua benda nampak sedap….
satu tips lagi yg saya guna ‘gantung baju lama yang masih elok lagi’.. ekekeke… alhamdulillah.. berjaya saya turun berat dan pakai balik baju2 lama… lagi satu sy ambik minuman protein untuk build up metabolisme…. 🙂
haaa…bagus jugak ni..kasi motivasi setiap hari…mesti puas hati bila dapat pakai balik baju muda2 dulukan?
thanks cheq sudi berkongsi tips
putus cinta jugak jalan terbaik bro hehehe
hahaha…tu seksa diri namanya…keh3
Dah lama tak rasa macam mana perasaannya putus cinta…hahahahaha
@boh, jgn dicuba…parah jadinya…hahahahha
tak boleh berlebihan
moleknya yang sedang2 saja
betul tu cikgu…kena sederhana
best tips yg ketiga tu..kekadang kita mcm terbiasa..
kalau berjaya buat sesuatu je.. mesti happy nak pekena makan byk2..
so bila berjaya kurang 1kg, jgnlah nak celebrate kat kfc pulak .. heee
hehe…biasalah…terbuat jugak..bila dah joging baik punya..balik terlajak makan terlbih…kacau..
mmg nak kena betul2 disiplin bab2 makan ni
ohhoii memang sesuai dengan DT ni..
DT tengah buat 90Day Challenge ni..
hari ni baru hari pertama..
semoga DT berjaya
selamat berjaya DT!
kalau ada masa, boleh update kat blog..baru lebih semangat..ibarat mcam progress harian…
good luck DT
Lama tak jenguk blog DT..rasa macam rindu je, macam rindu je kat komen DT di blog Pondok Kecil..hahaha
@boh, DT sibuk sungguh lening…kita tunggu DT update lagi
Faktor umur jga memainkn peranan…kadar metobalisma..
Klu msa muda mkn bnyk pn x mngemuk tpi bila da berumur mkn sikit pn da bt bdn kembang..
Betul juga. Umur juga peranan utama tapi ia tetap tak membataskan kita utk menjaga kesihatan dan slim =)
no jajan… !!! oh tidak bro… memang hantu jajan… tapi bukan selalu… lagi elok tak payah langsung…
hehehe..jajan ni mmg berhantu…dh mkan payah nk stop…hehe
Kalau nak kuruskan badan mestilah buat dengan sungguh2. X leh berhenti separuh jalan . Mula2 memang rasa mcm susah tapi dah biasa nanti senang jer. =)
Setuju. Nak kena konsisten…terimakasih bro berkongsi tips utk kuruskan badan dengan betul
Jiwa kena kental, yang penting doa bersungguh2 kepada Allah. Tapi jangan terlalu drastik, membahayakan kesihatan. 5 ~10 kg sebulan memadai.
Betul tu. Jgn kurus tiba2..bahaya
Kalau betul2 nak kurus, penting juga nak maklumkan pada orang disekeliling kita yang mempengaruhi pola pemakanan kita. Support dari diorang penting supaya takde la terlajak makan nanti.
Jiwa perlu kental bro.
Jangan minum air gula (air manis). Elakkan nasi (karbohidrat) berlebihan. In Sha Allah boleh turun 1-2 kg senang-senang.
kalau orang yang bagi ganjaran tu macam mana pulak? asyik kawan-kawan ajak datang rumah sebab buat majlis.. hehe