Super Suami?

- 12 April 2013. Updated 1 July 2013Keluarga

Assalamua’laikum.

Aisyah Humaira Seorang Suri Rumah. Sayidatina Aisyah. Puteri Saidina Abu Bakar. Isteri Baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan Sayidatina Aisyah memulakan kehidupan suami isteri selepas peristiwa hijrah ke Madinah. Panggilan mesra Rasulullah kepada Sayidatina Aisyah ialah Humaira (kemerah-merahan). Banyak yang ceritakan oleh Sayidatina Aisyah tentang bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan contoh tauladan menzahirkan ciri-ciri suami idaman. Jom kita ulang baca dan nekad untuk berubah menjadi suami terbaik!

Suami Idaman:Sikap Rasulullah Dalam Rumahtangga

  • Bila Rasulullah ada di rumah, Baginda memang ringan tangan.
  • Bila dengar azan, Baginda cepat-cepat ke masjid dan cepat pulang ke rumah sesudah selesai solat.
  • Bila ada pakaian koyak, Baginda selamba jer boleh jahit sendiri.
  • Bila Nabi perlukan susu, Baginda tanpa segan tanpa malu, perah sendiri susu kambing untuk kegunaan keluarga.
  • Bila Nabi balik rumah, tengok isteri tengah masak. Baginda terus singsing lengan baju. Tolong isteri kat dapur.
  • Bila tiada makanan nak dimakan, Nabi tenang jer cakap, “Tak mengapa, aku puasa saja hari ni”

Bagaimana pula kita sebagai seorang suami?Adakah begini?

  • Bila tengok isteri sibuk kat dapur, suami buat-buat sibuk depan tv/laptop.
  • Bila baju koyak, pandai pula cari isteri minta tolong jahitkan.
  • Bila tengok isteri rehat sikit, minta buat air kopi pula.
  • Bila tengok isteri jemur baju, suami buat-buat tidur atas sofa. Penat main fb.
  • Bila tengok pinggan mangkuk bertimbun dalam singki, suami buat tak nampak. Nanti pandai pula nak air kopi.
  • Bila tengok isteri lipat kain baju, suami pandai pula demand. Minta isteri ironkan seminggu punya stok baju sendiri.
  • Bila isteri dah bersiap nak tidur, pandai pula buat muka “kucing gatal”. Pandai.

Mungkin sudah berulang kali skrip ini kita dengari. Cuma, malangnya kita jarang semat dalam hati. Asyik pentingkan diri sendiri. Nak sedap sendiri. Tak fikir susah dan penat isteri. Nak tahu apa yang seorang isteri alami, sila baca entri ini; Cerita Sebenar Seorang Suri Rumah.

Kata nak jadi suami mithali? Bila ada kawan cerita pasal nak ada 4 bini, senyum sampai ke telinga kanan kiri. Tak sedor diri?

Sekian. Skrip ringkas ini peringatan untuk diri ambe sendiri. Nak lagi? Boleh baca entri ini; Warkah seorang guru.

@hafizmd - Super Suami? Nak kena banyak muhasabah diri sendiri. Sila baca entri, 8 Ciri Suami Dambaan Isteri

{ 38 comments… read them below or add one }

Oneblogsocial April 12, 2013 at 5:02 pm

Pernah membicarakan ini pada rakan rakan,jawaban mereka macam macam tapi yang jelas mencuci dan memasak bukan tugas seorang siteri.Sedangkan kalau ada isteri yang BERSEDIA memasak atau mencuci ialah bentuk ketaátan pada suami.

Reply

akubiomed April 12, 2013 at 5:34 pm

Sesuatu yang boleh diperbaiki untuk menjadi suami yang lebih baik. :-)

Reply

Hazmin Hamudin April 12, 2013 at 6:58 pm

Boleh dijadikan tauladan sebagai suami suatu hari nanti.

Reply

Bean Moreno April 12, 2013 at 9:11 pm

suami zaman sekarang ni kalau balik kerja ngadap internet je hehehe

Reply

Denaihati April 12, 2013 at 9:25 pm

ada jugak yang terkono ni….he he. sebagai peringatan untuk orang lelaki semua.

Reply

Juan April 12, 2013 at 10:05 pm

kucing gatal, miaw miaw, hahaha

Reply

TehR April 12, 2013 at 10:09 pm

entri yang sangat kacak
tahniah dan terima kasih
si suami jangan berlagak
si isteri jangan bersedih

kalau kita tanya sejauh mana kasih sayang kita
pasti kita akan tahu apa sebenarnya tanggung jawab kita

Reply

UmmiKami April 13, 2013 at 11:22 am

Silau bumi tegak terpacak,
Mentari menghala hujan dinanti;
Kalau suami berlagak kacak,
Isteri pula termakan hati… :D

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:23 pm

@ummi, bestnye pantyn ummi

kacak saja tak cukupkan? hehee

Reply

Lynn April 12, 2013 at 11:02 pm

Alahai, siapalah yang beruntung dapat suami begini.
Banyaknya pijak semut pun tak mati,
Sampai isteri rasa nak gantung diri :-)

Reply

ahmadyani April 13, 2013 at 12:00 am

Kalau bukan Rasul SAW sebagai model contoh suami teladan, siapa lagi yang patut dijadikan contoh ikutan?

Reply

Puan Bardboo April 13, 2013 at 3:38 am

bagus kalau SEMUA lelaki dapat mencontohi sunnah Rasulullah..ni balik-balik yang dipandang ‘kahwin empat’..hihihi..

p/s: terima kasih untuk backlink ye.. =)

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:33 pm

Ingatan utk diri ambe. Kena peringat suami masing2…hehe

terima kasih kembali..bagus segmen ni..buat suami sedar apa yg isteri nak

Reply

Hairul Azni April 13, 2013 at 9:05 am

Adeh..macam ada yang terkena je ni..

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:26 pm

hahaha..ambe saah sorgnye..hahaha

Reply

titan April 13, 2013 at 9:07 am

salahkah kahwin empattttt…grrr..

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:25 pm

hahahaha..bukan kahwin yg slah, tp salah guna kuota…hahahha

Reply

onlajer April 13, 2013 at 10:29 am

haha suka je gua baca

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:24 pm

hahaha..ambe tuliun rase semcam jer..hahaha

Reply

Khairul Zamri April 13, 2013 at 1:02 pm

jika ginilah juga sikap kita pasti bahagia rumah tangga nanti huhu

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:22 pm

ameen..tu yg ambe nak jadi suami super tu..bukan senang, tp tak mustahil

Reply

CIK PENSIL April 13, 2013 at 3:04 pm

alhamdulilah kalau dapat yang betul2 ada rasa tanggungjawab :)

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:22 pm

Nak kena cari atau lelaki tu kena didik diri..hehe

Reply

amirulfaiz April 13, 2013 at 10:07 pm

Huhu, terima kasih atas ingatan ini. Masih jauh dari suami super. Tapi dalam usaha.

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:18 pm

Samalah kita. Entri utk ingatan bersama.

Reply

WRizuan April 14, 2013 at 2:37 pm

win win situation bro, kita kena pandai bertolak ansur dalam berumah tangga, jangan terlalu ego mejadi ketua keluarga, buat mana yg termampu dan si isteri juga selesa dgn kita :)

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:16 pm

Terbaik! Itu yg cuba disampaikan dan utk ingatan diri sendiri

Reply

yusri April 14, 2013 at 4:38 pm

Cuba lihat dari sudut +ve.suami ya.ng banyak melakukan kerja2 di dlm rumah bukan bermakna dia terlampau rajin ataupun takut isteri…tetapi suami memandangnya sbg tanggungjawab…menjadi role model utk keluarga sendiri.
Suami isteri ibarat aur & tebing…jadi mesti pertimbangkan give & take…

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:14 pm

Terbaik boh!
Takde apa yg salah dgn suami yg ringan tgn, malah ramai isteri yg mahukan suami rajin. Yg menjadi perhatian sekarang ialah suami yg kurang membantu isteri dn ambil kesempatan utk terlampau berehat kat rumah. Suami isteri yg bekerja, pastinya dirumah juga perlu sama2 bekerjasama…dok gitu boh?

Reply

yusri April 15, 2013 at 2:16 am

Yer doh boh…laksanakan tanggungjawab dgn penuh keikhlasan.insyaAllah bahagia rumahtangga.

Reply

metrolisa April 14, 2013 at 6:40 pm

semoga anda menjadi super suami buat SURI anda Amin

Reply

ohcikgu April 14, 2013 at 8:12 pm

mesti ramai orang perempuan tak suka ni.

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 9:44 pm

hehe..mestilah suka…sbb ambe dah reveal apa yg suami perlu buat utk lebih disayangi..hehe

Reply

Amirez April 15, 2013 at 10:45 am

artikel yang baik untuk munasabah diri sebagai suami…

Reply

Hafizul April 15, 2013 at 12:21 pm

Kadang-kadang susah juga nak jadi suami yang soleh macam ni..kadang2 lagi susah bila sudah menjadi suami yang mithali macam ni..terima kasih atas artikel ni..dapat juga saya perbaiki kelemahan diri dalam mencapai hasrat isteri untuk memperolehi suami idaman..hehe

Reply

Daus Hafiz April 18, 2013 at 12:27 pm

Wah..leh amalkan ni pas kawin..insyallah

Reply

iAwani April 21, 2013 at 10:19 pm

sikap Rasulullah ini patut dicontohi oleh suami-suami dan lelaki yang mahu menjadi bakal suami.

Reply

Promosi Jubah August 17, 2013 at 2:39 am

Mmm kan ke baik kalau semua blogger camnie… saya suka post awak..
tahniah…

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }