Live Streaming Kelantan vs Da Nang Piala AFC & Siaran Langsung Liga Super 12 April

Assalamua’laikum.

Live Streaming Kelantan vs Da Nang Piala AFC & Siaran Langsung Liga Super. Malam tadi, ambe sempat tengok Selangor menang 3-1. Petang ni, giliran Kelantan pula untuk meneruskan rentak cemerlang bertemu Da Nang di laman lawan pada jam 5.30 petang. Jom pakat tonton siaran langsung atau live streaming Kelantan vs Da Nang!

1. Live streaming Kelantan vs Da Nang 10 April Piala AFC

  • Klik pautan link ini –> live streaming Da Nang vs Kelantan. 5.30 petang.
  • InshaaAllah, boleh juga saksikan siaran langsung di TV9
  • Apakah mungkin Bojan Hodak akan turunkan skuad kedua petang ni sebagaimana Selangor malam tadi?
  • Faktor kecergasan pemain bakal teruji buat pemain Kelantan. Ambe yakin, pemain Kelantan adalah antara pasukan yang memiliki tahap kecergasan yang baik.

2. Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 12-13 April Astro Arena

  • Terengganu vs Johor DT. 4.45 petang. 12 April 2013.
  • Klik untuk tonton –> live streaming Terengganu vs Johor DT
  • Kelantan vs ATM. 8.45 malam. 13 April 2013.

3.Gol Mahali Jasuli semasa menentang Johor DT antara yang cukup terbaik! Boleh layan gol terbaik Mahali Jasuli.

 

4. Kem Johor Darul Takzim pasti lega apabila Tengku Mahkota Johor menarik kembali surat perletakan jawatan. Lagi menarik dalam kem Johor DT bila nama besar seperti Milan Baros, Loius Saha dan Anelka disebut-sebut bakal mengisi kekosongan pemain import mereka. Cukup mengujakan!

5. Peter Butler, jurulatih T-Team pula dah pun diserahkan surat untuk berehat daripada memimpin skuad Titans buat sementara waktu. Apa dah jadi dengan skuad no. 2 kesayangan ambe ni?

6. Pasukan mana yang sedang menguasai takhta Liga Super? Iya, pasukan Lions XII. Ambe harap sangat pasukan Malaysia akan memimpin liga seberapa segera. Ramai yang kata, skuad Lions XII hanya pandai main atas padang rumput tiruan, tapi ambe tengok, mutu permainan mereka memang baik terutamanya kawalan bola.

@hafizmd – Live Streaming Kelantan vs Da Nang Piala AFC & Siaran Langsung Liga Super 12 April. Makin cantik gol-gol yang pemain kita score. Gol Amri Yahyah malam tadi memang cantik!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.