Super Suami?

Assalamua’laikum.

Aisyah Humaira Seorang Suri Rumah. Sayidatina Aisyah. Puteri Saidina Abu Bakar. Isteri Baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan Sayidatina Aisyah memulakan kehidupan suami isteri selepas peristiwa hijrah ke Madinah. Panggilan mesra Rasulullah kepada Sayidatina Aisyah ialah Humaira (kemerah-merahan). Banyak yang ceritakan oleh Sayidatina Aisyah tentang bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan contoh tauladan menzahirkan ciri-ciri suami idaman. Jom kita ulang baca dan nekad untuk berubah menjadi suami terbaik!

Suami Idaman:Sikap Rasulullah Dalam Rumahtangga

  • Bila Rasulullah ada di rumah, Baginda memang ringan tangan.
  • Bila dengar azan, Baginda cepat-cepat ke masjid dan cepat pulang ke rumah sesudah selesai solat.
  • Bila ada pakaian koyak, Baginda selamba jer boleh jahit sendiri.
  • Bila Nabi perlukan susu, Baginda tanpa segan tanpa malu, perah sendiri susu kambing untuk kegunaan keluarga.
  • Bila Nabi balik rumah, tengok isteri tengah masak. Baginda terus singsing lengan baju. Tolong isteri kat dapur.
  • Bila tiada makanan nak dimakan, Nabi tenang jer cakap, “Tak mengapa, aku puasa saja hari ni”

Bagaimana pula kita sebagai seorang suami?Adakah begini?

  • Bila tengok isteri sibuk kat dapur, suami buat-buat sibuk depan tv/laptop.
  • Bila baju koyak, pandai pula cari isteri minta tolong jahitkan.
  • Bila tengok isteri rehat sikit, minta buat air kopi pula.
  • Bila tengok isteri jemur baju, suami buat-buat tidur atas sofa. Penat main fb.
  • Bila tengok pinggan mangkuk bertimbun dalam singki, suami buat tak nampak. Nanti pandai pula nak air kopi.
  • Bila tengok isteri lipat kain baju, suami pandai pula demand. Minta isteri ironkan seminggu punya stok baju sendiri.
  • Bila isteri dah bersiap nak tidur, pandai pula buat muka “kucing gatal”. Pandai.

Mungkin sudah berulang kali skrip ini kita dengari. Cuma, malangnya kita jarang semat dalam hati. Asyik pentingkan diri sendiri. Nak sedap sendiri. Tak fikir susah dan penat isteri. Nak tahu apa yang seorang isteri alami, sila baca entri ini; Cerita Sebenar Seorang Suri Rumah.

Kata nak jadi suami mithali? Bila ada kawan cerita pasal nak ada 4 bini, senyum sampai ke telinga kanan kiri. Tak sedor diri?

Sekian. Skrip ringkas ini peringatan untuk diri ambe sendiri. Nak lagi? Boleh baca entri ini; Warkah seorang guru.

@hafizmd – Super Suami? Nak kena banyak muhasabah diri sendiri. Sila baca entri, 8 Ciri Suami Dambaan Isteri