5 Cara Super Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian!

Assalamua’laikum.
Kuruskan Badan? 5 Cara Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian. Boleh kata, setiap makanan dan minuman yang kita ambil ada jumlah kalorinya. Jumlah kalori berlebihan yang kita makan, kalau tak dibakar akan akan ditukar jadi lemak simpanan. Sudahnya, bertambah banyak lemak. Paling banyak, pastinya di perut kita. Tapak simpanan lemak terbesar dan tak terkalah! Ayuh sama-sama kita niat kuruskan badan dengan betul dan selamat tanpa ubat!
Petua nak kuruskan badan dengan kira kalori
Kalau nak kuruskan badan, ada cita-cita murni nak kurangkan berat badan sekilo dua ataupun 10-20 kilo, takde jalan mudah ke villa nabila untuk kurus. Jalannya kena konsisten bersenam dan kena jaga pemakanan. Waima celah mana pun kalau nak kurus, memang tak boleh lari daripada dua asas penting ni. Senaman dan makanan. Bab kawal nafsu makan, ramai jugak yang gagal. Maklumlah, kalau dah isteri masak kambing panggang bergolek-golek, ada budu ikan panggang lagi…mana nak tahan! ALASAN! hahaha…
Ok. Jom kita pakat baca 5 petua/cara untuk potong jumlah kalori dalam setiap hidangan menu harian kita. Ingat satu perkara, misi utama dalam niat murni nak kuruskan badan ni ialah KALORI (kcal). Kita kasi potong itu kalori dalam menu harian. Baca cara-cara di bawah;
1. Tukar air minuman – 50 kcal kepada 0 kcal. Teh/Kopi + 1 sudu gula + 1/4 susu rendah lemak (Kalori = 50kcal). Tukar minum minum air kosong yang 0 kalori. Senangkan? Ataupun boleh cuba minum dalam cawan lebih kecil atau kurangkan jumlah gula. Gula mahal sekarangkan? Cara yang ni paling mudah untuk dibuat. InsyaAllah, boleh kurangkan berat badan dalam <1kg dalam masa 1-2 minggu.
2. Hadkan ambil saiz bahagian makanan – Contohnya, ambil potongan ayam yang kecil. Ambil dalam 2-4 potongan dah cukup. Anggaran kalori jumlah berat potongan ayam kecil dalam 170 kcal. Kalau ambil ayam besar berat dalam 120g, kalorinya dah cecah 250kcal. Jadi, tipsnya ialah ambil small portion. Lebihkan hidangan sayur-sayuran.

3. Masak sendiri – Ini paling senang. Kita yang masak, jadi kita boleh kawal jumlah gula, garam dan perasa dalam menu harian. Contohnya, 1 sudu teh gula = 20 kalori. 1 sudu teh minyak masak = 45 kalori. Kalau kita kurangkan penggunaannya, sah-sah menu harian kita lebih sihat dan membantu dalam usaha untuk menguruskan badan.
4. Tukar saiz pinggan – Ini psikologi. Mungkin tak berkesan, tapi kalau niat kuat nak pakai seluar saiz masa muda-muda dulu, memang boleh menjadi taktik ni. Tukar pinggan lebih kecil, jadi makanan dah nampak penuh sepinggan. Psiko minda kita untuk belajar makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap ikut saiz yang mencukupi.
5. Makan kek cawan, bukannya kek besar – Tak dinafikan, coklat dan yang seangkatan dengannya ni memang dah jadi feveret. Mungkin ada yang buat stok dalam peti sejuk. Kalau dah rasa tak boleh hidup tanpa kek dan coklat, cubalah beli yang jenis kek cawan tu. Coklat pulak jenis bar kecil-kecil. Jangan beli yang super jumbo punya saiz. Bila masa nak kuruskan badan kalau lepas bersenam membedal makanan manis ni semua?
Semuanya bukan mudah kalau takde ahli keluarga dan kawan untuk support kita. Jadi, carilah geng untuk laksanakan misi murni kuruskan badan ni. InsyaAllah, momentumnya lebih power dan berkesan. Tetapkan sasaran dan cuba capai. Perlahan takpe, janji ada progress. Jangan terburu-buru bedal ubat yang pelik-pelik, nanti badan tak kurus mana, sakit lain pula yang tiba.
@hafizmd – Selamat bersenam. Selamat jaga pemakanan. “Moga-moga dengan badan yang sihat meningkatkan kualiti amal ibadat. “
Sangat tak mampu nak buat wpun memang tau kene buat.. tu yang berat sekarang ni same je dgn berat masa mengandung… banyak sangat makan… hehehe
aku tengok satu dokumentari pasal berat badan. Die cakap, dengan menukar size pinggan pun antara cara efektif kerana kita menipu otak kita.
aduyaii topik hangat ni, nak kurus nak kurus, jika usaha pasti bjaya
Kenaikan harga barangan keperluan baru-baru ni, rasanya rakyat Malaysia takda masalah sangat untuk kurangkan pengambilan kalori harian tu. Mungkin silap-silap boleh kurang sangat sampai kurus kering macam zaman Perang Jepun dulu. Hehehe
semua naik apa boleh bikin hati susah tengok kuat makan juga hee..tapi dah sekat ini ini sekali harung kita sekat tabait makanan pula. 😉 yeah jom hidup sihat
se;amat menjalani kehidupan dengan cara siat moga dapat kekalkan dari mula diet hingga akahir diet kelak
Kawan pun tengah cuba menghadkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak .Makan nasilah yang perlu dijaga.Penuh karbohidrat . 🙂
gua pun semakin maju kedepan..mmg nak kena kawal dah..maklum org dh kahwin..hahaha
okeh den cuba , den nak guna pinggan anak den lepas nih…=)
makanan bergoreng. normalnya 300 kcal dan ke atas. Jadi..kawal la. Nasi goreng pun leh gi 600 kcal. So..kawal la pemakanan itu ekk..
jadi, sila goreng jgn pakai minyak…hahaha
bab makan, godaan paling besor nak tewaskan…hoho
berhenti makan sebelum kenyang
dan makan bila perlu sahaja
minum air kosong tu pun kena minum 3 liter kalau tak silap, untuk tingkatkan metabolisme…
tapi winter kena makan banyak bro, nak hibernasi kononnya
AHH ALASAN SEMUA NI!
haha
keh3..winter memanglah…lapor jer khojenya…
alasan yg boleh diterima..hahaa
Satu lagi tabiat buruk jangan makan sambil mengadap tv dan blog. 🙂
itu mmg bahaya…sedar2 dah pat pinggan makan..hehe
Orang kata nak kurus ni memang x de jalan mudah.
Jangan cepat percaya dengan produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.
silap2 kita yang merana nanti…
Betul jugak tu. kena hati2
betul, kalau ada geng semangat memang mantap sikit…isterilah geng terdekat…
Betul tu Tuan DH, mmg kena ada geng…kalau tak, sekejap jer dah rasa malas balik…hehe
Air kopi kan kalau gula 1 sudu jer rasa macam tak best gitu..tapi demi kesihatan nak kena telan gok menda ni..hehe..terima kasih kongsikan..
itulah, tapi demi kesihatan dan keluarga tercinta…redah ajerlah =)
aku memang pyh nak phm sket bab2 kalori ni…tp xde la sampai x pentingkan kesihatan langsung. kawal gak bila makan tu…cuma selalunya, bila dah over makan baru teringat yg aku kena jaga kesihatan. haha…
mungkin sebab aku kurus kot, x ade risau sngt…harapnya dalaman xde la penyakit pelik2…
InsyaAllah, kalau gaya hidup sihat…
moga2 takdelah penyakit serius yg melekat
gua hemtam je semua…
Untuk kuruskan badan, konsumsi makan dan asupan kalorinya harus benar2 diperhatikan ya
terima kasih atas perkongsiannya
thx untuk tips yang berguna ini.. kalau boleh.. tolong bagi tips untuk kecilkan punggung dan lengan pula..
InsyaAllah akan diusahakan =)
yang penting kena disiplin je..