Teka-Teki Malaysia vs Qatar!

malaysia vs filipina friendly match

Assalamua’laikum.

Malaysia vs Qatar, 19 November 2015. Malam esok menjadi malam ‘eksperimen’ paling penting buat jurulatih Dato K.Rajagobal. Beliau masih optimis untuk membawa pasukan Harimau Malaya ke Piala Asia 2015. Disebalik kecaman pelbagai pihak termasuk juga peminat bola sepak Malaysia, Coach Raja masih menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap barisan pemain yang hampir sama!

Malaysia vs Qatar

Live di Astro Arena 801 | Link Live Streaming Malaysia vs Qatar

1. Sebagai peminat bola sepak Malaysia, memang kecewa bila kalah, tapi ambe sebenornya rasa Malaysia sepatutnya boleh menang di Manama, Bahrain hari tu. Nak kata Bahrain power sangat, taklah sebab ada masanya Malaysia boleh sampai dalam kotak penalti hasil hantaran pendek. Kalau main hantaran panjang, memang saja cari nahas. Mana nak lawan pemain Bahrain tinggi-tinggi belaka.

2. Misi menang lawan Qatar. Payah tapi tak mustahil. Taktikal bertahan rasanya tetap akan jadi pilihan, tapi kalau boleh, tolonglah beri peluang kepada pemain muda yang lebih lincah dan tengah perform. Pemain yang ala-ala kureng tu, letak tepi dululah. Pemain macam Nazrin-Nazmi wajar sangat diberi peluang untuk timba pengalaman berharga. Yang kureng tu, kasi duduk di bench dulu.

3. Boleh menang malam esok Malaysia vs Qatar? Ambe optimis, masih yakin boleh menang. Dengan syarat, tengah kena kuat. Defend dah ok dah. Kalau ada Fadhli Shas, lagi bagus. Striker, Amri-Mat Yo-Safee-Bobby. Semua ni masih ada bisa. Letaklah mana satu pun, rasanya boleh gol kalau bola sampai cantik kat kaki depa ni.

Bising sebab tak sayang bola sepak Malaysia?

1. Ironinya, Malaysia masih amat jauh nak dibandingkan dengan kuasa Asia lain. Jepun dan Korea Selatan. Dah berkali-kali masuk Piala Dunia. Sebab tak nampak kemajuanlah, banyak suara yang berbunyi lantang. Bukan tak sayang, itu tanda kami sayang. Tu yang ramai sokong YB KJ bila beliau lantang kritik FAM. Bukan marah, tapi tegur!

2. Tapi, janganlah kutuk kaw-kaw sangat. Pemain Malaysia dah buat yang terbaik. Ada bakat, tapi kalau tukang acuan tak bijak olah bakat, tak menjadi jugak. Sebab tu rasanya, beberapa nama besar seperti Piya, Awe, Ben10 takde dalam senarai. “Payah” agaknya nak train depa ni.

3. Akhirnya, kami peminat bola sepak memang sayangkan sukan bola sepak Malaysia. Memang sentiasa menyokong pemain Malaysia yang sentiasa usaha sungguh-sungguh.

Kalah takpe, janji kalah dengan cara tak terkalah!

Layan jerlah penutup entri ni dengan skil pemain Jepun, Keisuke Honda main tika taka masa lawan Belanda hari tu. Kalau Jepun boleh buat, Malaysia pun boleh. MALAYSIA BOLEH!

@hafizmd – Malaysia vs Qatar. Berikan sokongan anda!