20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang Terbilang

Assalamua’laikum.
Tips menjadi ibubapa cemerlang. Anak anugerah Allah. Kehadirannya dinanti, celotehnya menggamit hati. Menjadi penghibur pasangan suami isteri. Sebagai ibubapa, kita semestinya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Kita sanggup buat apa sahaja demi anak-anak. Namun, kerana kesibukan mencari rezeki dan keselesaan hidup, adakalanya kita terlepas pandang banyak perkara penting. Sedar-sedar, anak-anak dah besar tanpa perhatian yang secukupnya daripada kita. Masanya masih belum terlambat, untuk kita memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Saya kongsikan 20 tips menjadi ibubapa cemerlang untuk melahirkan anak-anak yang gemilang terbilang.
20 tips menjadi ibubapa cemerlang
Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi yang cemerlang. Cemerlang. Jangan kita sempitkan hanya dalam skop pelajaran semata-mata. Cemerlang bukan sekadar diukur dengan jumlah A yang anak-anak kita dapat. Markah ujian dan peperiksaan jangan dijadikan kayu ukur utama kecemerlangan anak-anak. Saya rasakan, ini tidak adil. Anak-anak dilahirkan penuh variasi dan kehebatan masing-masing. Untuk mencari nilai sebenar anak-anak, tanggungjawab ini pastinya dipikul ibubapa.
Ayuh, sama-sama kita baca dan hadami 20 tips menjadi ibubapa cemerlang. Tips ini khas saya tujukan buat diri sendiri. Bukan sekadar penceritaan biasa, malah menjadi tonik untuk saya dan anda semua menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. InsyaAllah.
1. Namakan anak dengan nama baik – Dah jadi trend semasa, anak-anak diberi nama yang extravaganza. Tak salah, tapi biarlah ada makna yang baik. Dah namakan dengan nama yang elok, panggillah juga dengan nama penuhnya. Kalau Muhammad, jangan panggil mamat!
2. Pelukan setiap hari – Pelukan/mendakap anak-anak penting. Memang terbukti boleh buat IQ dan EQ anak-anak lebih kuat dan positif. Mereka lebih rasa disayangi dan dihargai. Sebelum tidur dan bangun tidur. Peluklah anak-anak anda dengan penuh kasih sayang.
3. Cara pandangan – Cara kita pandang anak-anak juga penting. Anak-anak ni suci bersih. Mereka tahu menilai setiap gaya pandangan kita. Pandanglah anak-anak dengan penuh belas dan pandangan kasih sayang. Moga-moga, apa yang tergambar dalam mata anak-anak ialah pandangan redup ibubapa yang menenangkan jiwa. Yang diingati dan dirindui setiap masa.
4. Puji anak – Kita yang dewasa pun sukakan pujian, apatah lagi anak-anak. Anak-anak lebih mudah dipuji. Pujian berbentuk pelukan, kata-kata semangat, ciuman, hadiah dan lain-lain mampu membuatkan anak kita rasa dihargai dan diberi perhatian. Saya yakin, bukan hadiah mahal yang anak-anak pinta, cukup sekadar kita belikan mainan murah, pasti terpancar rasa gembira bila mereka menerimanya.
5. Jangan terlampau berharap – Adakalanya kita mungkin sentiasa mengharap yang terbaik daripada anak-anak. Kita kena sedar dan berfikiran logik, anak-anak ada juga masanya tak konsisten dalam banyak hal. Sama macam kita juga. Teruskan mendidik anak-anak kita dengan penuh kesabaran. Memang perlukan kesabaran yang tinggi. InsyaAllah, berkat sabar ni akan membuahkan hasil yang manis. Kalau bukan di sini, insyaAllah di sana nanti.
6. Bijak buat pilihan – Biasanya, kita tersilap buat keputusan. Contohnya, jika ada masalah di tempat kerja dan juga masalah keluarga, pilihlah untuk selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Keluarga berhak berada dalam pilihan nombor satu kita. InsyaAllah, keluarga kita aman, kita kerja pun lebih bersemangat dan komited.
7. Jangan mengeluh – Saya akui, membesarkan anak-anak ni memang penuh cabaran dan dugaan. Memang penat dan pelbagai perasaan lagi. Saya nasihatkan diri saya sendiri, perkara yang perlu kita jaga ialah jangan kita mengeluh atas dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Sama-sama kita pohon dikurniakan kesabaran untuk membesarkan anak-anak.
8. Dengar cerita anak-anak – Sampai masanya, anak-anak memang suka bercerita itu dan ini. Belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia. Banyak yang boleh kita selit untuk menjadikan anak kita bercakap dengan baik. Masa inilah untuk kita betulkan apa sahaja perkataan yang kurang elok yang ditutur anak-anak. Bagus juga bila kita dapat disiplinkan anak-anak tentang keutamaan bila bercakap.
9. Sentiasa ada untuk anak – Menjadi pendengar yang setia. Anak-anak ni, memang macam-macam perangai. Anak sulung lain perangainya. Anak kedua lain perangainya. Kita ibubapa yang cemerlang harus sentiasa aa masa untuk anak-anak. Cari masa untuk dengar cerita anak walaupun hanya cerita dia main warna-warna di sekolah!
10. Tunjuk cara untuk tenangkan diri – Kita kadang-kadang cepat kalut dan panik dalam menghadapi permasalahan. Kita harus sedar, anak-anak adalah peng’copy-paste’ terbaik yang ada dalam dunia. Setiap tindakan kita menjadi model untuk anak-anak. Maka, wajar sekali kita sendiri tunjukkan contoh terbaik untuk menghadapi tekanan dan masalah.
Inilah antara senarai tips menjadi ibubapa cemerlang. Menulisnya memang mudah, namun melaksanakannya secara konsisten memang benar-benar memerlukan kekuatan dan kerjasama antara suami isteri. Saya juga masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Ayuh, bersama kita wujudkan sebuah rumahtangga yang benar-benar menepati ciri-ciri Rumahku Syurgaku. Bagaimana mungkin impian ini dicapai seandainya anak-anak kita lebih ‘sukakan’ pembantu rumah?
Sama-sama kita fikir dan hadami bersama. Moga ada kebaikan. InsyaAllah, ada lagi 10 tips menjadi ibubapa cemerlang yang akan disambung dalam siri kedua. Dah panjang sangat dah ni =)
Semoga anak-anak Abah, Kakak dan Adik menjadi anak soleh solehah. Ameen.
@hafizmd – LIKE dan SHARE dengan rakan-rakan anda dengan menekan butang LIKE/SHARE di bawah. Terima kasih.
Nota: Entri diolah kembali hasil pembacaan Majalah Wanita. Harap maklum.
Dari awal lagi sudah menamakan anak-anak dengan nama baik. Supaya dipanggil dengan nama yang baik-baik. Ibubapa yang mencorakkan anak ibarat kain putih yang diwarnakan.
Terbaik. Itu mmg tanggungjawab kita ibubapa. Nama yg baik, doa yg baik utk anak2 =)
saya teringin nak letak nama anak lelaki putera eceh hee… kalau perempuan puter cewah beragan joh lebih
Terima kasih bro..banyak lagi yang harys saya belajr untuk menjadi ayah yang baik..no7 tu berkenan lah..hehe..anak-anak memang banyak ragamnya..kena bersabar dan jangan mengeluh..kadang2 kita penat anak buat perangai jangan mudah mengeluh…
Samalah kita. Byk lagi nak kena perbetul =)
Itulah. Jgn kita mengeluh
gua pun baur 6 bulan jadi bapa..dah terasa cabarannya..semoga dapatlah gua handle bila dia dah besar nanti
terbaiklah bro..moga menikmati saat2 ni =)
gua kena kahwin dulu. baru leh ambil port sket benda ni. hoho..
hahaha..tak lama dah tuh…take note dulu
Bagus tips utk bakal pengantin…
Utk pengantin lama pun bagus juga =)
memang perlukan skill dan kesabaran dalam melayan karenah dan membesarkan anak..
Betul tu bro. Mmg kena sabar byk2
Suka tips no. 9 tu. Sentiasa ada untuk anak. Ramai ibu bapa sekarang yang sibuk dan tak ada masa bersama anak-anak….sbb tu ank mereka liar…
Sama2 kita luangkan masa berkualiti utk anak2…moga anak2 jadi budak baiki
amin
mudah2an anak2 menjadi insan berguna
dunia dan akhirat
ameen…mudah-mudahan..ameen
amboi tekunnya si dia buat kerja lepas habis kerja papa ada bagi upah tak ?
hehe..mmg tekun habis..upah? main kat taman sampai puas…hehe
Anak-anak memang harta yang tidak ada tolok-bandingnya. Semoga segala tips ini dapat sama-sama kita praktikkan.
Seronok dapat luangkan masa yang lebih banyak untuk anak-anak masa cuti ni.
Betul tu Kak Long. Harta yg amat bernilai yg mampu ‘legakan’ kita di sana nanti
cuti sekolah, mmg seronoklah anak2 ni..
tips yang bagus.
insyaAllah dengan izin Allah kita boleh menjadi Ibubapa yang cemerlang.
ameen…nak kena bersedia dan usaha
Alhamdulillah beroleh tips menjadi ibubapa cemerlang disini, patut untuk diamalkan satu persatu
ameen, sama2 kita beramal
semoga kita semua jadi ibubapa yang hebat dan terbilang dengan amalan tip ni.
kalau ada bibik pun janganlah serahkan semua jagaan anak pada diaorang.
betul tu tuan DH…serah segalanya pada pengasuh atau bibik mmg tak patut
20 Tips Ibu Bapa Cemerlang ..
Terbaik bro..
Mesti kita terkenangkan macam gini lah agaknya emak bapa kita besarkan kita.Sabar dengan kerenah anak-anak.
Kata Saidina Umar:-
Ajarlah anak-anakmu mengikut peredaran zamannya .
Anak2 sekarang tak sama, tapi apa yg Nabi tinggalkan pasti sentiasa relevan sepnjg zaman…
thanks bro
den pun masih belajar untuk menjadi ayah yang baik untuk anak , Insya-Allah…
samalah kita..masih lagi mentah…sama2 kita beringat
wahh..cermalang dan gembilang lagi terbilang lagi tuhh..
cemerlang tak cukup, kasi gemilang terbilang terus…hoho
Tidak sabar rasanya hendak menunggu anak sulung pandai bercakap.hehe 🙂
hehee..sabor2..nanti pot pet pot pet…hehe
Selalu puji dan beri semangat pada anak adalah cara yg bagus utk menjadikan anak2 berkeyakinan tinggi bila dah besar nanti..
betul tu, ada masanya kena jugak biar dia rasa kalah…baru dia tahu bagaimana caranya utk tak putus asa
semoga tips ini dpt dipraktikkan utk melahirkan generasi bijak pandai dan berakhlak tinggi
amen..gitulah..sama2 kita peringat
Post2 sebegini mengingatkan kepada sesiapa yang lupa dan alpa
Moga kita sentiasa jadi yang terbaik untuk anak2 dan begitu juga sebaliknya
Saling beringat sesema kita…
ameen…gitulah hendaknya
Perkongsian yang terbaik.
Selagi mereka dibawah tanggungjawab kita , kita kena didik mereka sebaik mungkin.
Bila mereka dah dewasa , kita dah tak boleh didik mereka lagi ..terpulang pada mereka untuk ikut cara didikan kita dalam menentukan hala tuju yang mereka inginkan..
Kita tunjukkan jalan yg betul. InsyaAllah, mereka mmpu menjadi aset agama dan aset kita juga…ameen
Terima kasih bro atas perkongsian. Sangat bermanfaat buat ‘ayah muda’ seperti saya.