Nak Kuruskan Badan? Jom Aktif Dengan Keluarga!

petua sihat bersama keluarga

Assalamua’laikum.

Petua & Tips Kuruskan Badan Tanpa Ubat. Memang takde ubat ajaib. Ubat untuk kurangkan berat badan ialah ilmu dan komitmen (rajin). Kalau takde dua benda ni, memang payah nak turun walaupun 1 gram. Nak beli basikal dalam rumah tu, memang agak mahal. Nak pergi gym, bayaran bulanan pun boleh tahan, apatah lagi kalau nak bayar jurulatih peribadi untuk latih kita supaya benar-benar kurus dan lebih sihat serta berketak! Ada cara lebih murah dan seronok iaitu aktif bersama keluarga. 

Tips mudah kuruskan badan dengan keluarga

Ada satu kajian yang sebut, budak-budak dan remaja obesiti sekarang, tahap plak dalam saluran arteri mereka sama dengan seorang dewasa yang berumur 45 tahun! Semakin tebal plak dalam saluran darah kita, makin tinggi risiko untuk kena penyakit berkaitan jantung dan macam-macam lagi penyakit. Cukup ngeri!

Saya tahu, memang payah juga nak ajak anak isteri kita untuk sama-sama aktif bersenam. Nak-nak zaman ledakan gadget ni. Anak-anak leka sungguh dengan permainan di gadget dan komputer. Lupa nak keluar bersenam, berlari dan bermain kejar-kejar macam kita dulu-dulu. Tapi, kalau kita usaha lebih sikit dan tahu caranya, pasti boleh ajak anak isteri untuk sama-sama aktif bersenam. Jom baca 5 cara untuk kita sama-sama aktif, kurangkan lemak, bakar kalori dan sekaligus dapat kurangkan berat badan.

  1. Rancang aktiviti luar rumah – Paling senang, hari cuti mingguan. Ajak gi joging di taman. Kayuh basikal pun boleh. Nak lagi best, bawa bekal untuk makan pagi (contoh:roti sandwich). Habis berjoging, makan sama-sama tapi jangan pula pekena roti canai, tak berkesanlah nak bakar kalori…hehe
  2. Buat senaman aerobik berjemaah – Iya. Kenapa tidak beraerobik bersama keluarga tersayang? Pasti lebih bersemangat bila kita dapat tetapkan masa untuk sama-sama beraerobik. Tak perlu di padang, dalam rumah pun boleh.
  3. Ubah susun atur di rumah – Kunci utama bakar kalori dan lemak degil ialah pergerakan. Lagi banyak kita bergerak, lagi banyak kalori dibakar. Kalau sebelum ni semuanya di hujung jari, cuba alihkan supaya kita kena bergerak untuk dapatkannya. Apa saja mungkin. Yang penting, biar lebih banyak pergerakan dalam rumah. Rumah bukan lagi tempat kita untuk ‘bermalasan’.
  4. Jadikan aktiviti harian/mingguan lebih menarik – Contoh: Aktiviti menjemur baju dan melipat baju nampak mudah tapi sebenarnya melibatkan banyak juga pergerakan otot-otot badan. Kalau selama ni, hanya isteri saja yang menjemur baju, apakata libatkan sekali suami dan anak-anak. Basuh kereta bersama-sama sambil dengar lagu. Berpeluh dan seronok bersama-sama…yeahh!
  5. Ubah cara penyediaan makanan – Contoh: Selama ni isteri/suami berseorangan saja ke pasar. Apa kata, ajak sekali anak-anak ke pasar. Biar mereka pilih jenis sayur dan buah yang mereka suka. Boleh juga perkenalkan mereka dengan alam sayuran dan buahan. Mungkin mereka lebih teruja untuk makan sayuran dan buahan yang mereka pilih. Logik tak?

Itulah serba sikit tips dan petua untuk kita kurangkan masalah obesiti anak-anak remaja kita termasuk menguruskan berat badan kita. Lebih banyak kita bergerak, lebih banyak kalori yang dibakar. Lebih aktif kita bersama keluarga, lebih rapat dan bertambah mesra antara suami, isteri dan anak-anak. Siapa yang untung? Kita juga, kan? =)

Selamat beramal dengan 5 petua untuk kuruskan badan ni bersama keluarga tersayang!

@hafizmd – Nak Kuruskan Badan? Jom Aktif Dengan Keluarga! Musim cuti sekolah, elok sangatlah bawa anak-anak dan isteri pusing-pusing taman =)