Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Menjelma juga komisen pertama untuk Pakej Lengkap Rahsia Putu yang ditulis sendiri oleh rakan blogger kita, Bro Hairul Hissam (bekas Chef Hotel). Sambil-sambil buat putu bambu kat rumah, boleh juga buat duit sampingan dengan promosi pakej bervideo ni. Kalau ada yang memang suka kuih putu ni, saya memang rekomen 100% untuk buat sendiri. Memang puas hati!
Cara buat putu homemade
Saya dan isteri memang bukannya pandai sangat bab buat kuih ni. Tapi, dengan hanya tengok video langkah demi langkah, tak sangka memang menjadi. Bukan setakat menjadi, putu homemade yang kami buat memang sodap, gebu dan lembut. Mana taknya, kami gunakan pengayak tepung yang super halus…hehe. Tengok dulu gambar yang pernah saya kongsikan dulu.
Nampak tak gula merah kat tengah-tengah tu. Kalau beli kat pasar malam, kadang-kadang tak terasa pun gula merahnya. Tak puas hati. Tapi, kalau buat sendiri, suka hatilah nak letak banyak mana pun. Ikut suka mulut anda. Memang puas hati.
Nampaknya, lepas ni nak kena ulang buat. Walaupun ada 1 tragedi trajis yang berlaku masa kami buat kali kedua (baca di entri ini, “Tragedi malam Jumaat“). Kami tetap tak putus asa untuk memenuhi permintaan lidah kami. Senang sangat, ikut jer langkah demi langkah. Boleh pause and play lagi.
Kalau anda nak juga merasai sendiri kesedapan putu bambu, putu piring dan macam-macam lagi jenis putu. Boleh buat sendiri, tu pun kalau rajin. Kalau tak rajin, apa pun tak jalan. =)
Dapatkan Video Resepi Putu Piring, Putu Bambu & Aneka Jenis Putu
Ini antara teknik-teknik rahsia yang bakal dipelajari dalam VIDEO cara nak buat putu bambu ni;
- Teknik menimbang dan mengaul bahan-bahan putu – Memang senang. Lebih kurang jer timbangnya pun.
- Teknik melubangkan dan mengukus serbuk putu – Ini memang perlu tengok. Kalau tak, tak jadi buat putu.
- Teknik mengesek dan menghaluskan serbuk putu – Gesek pun ada teknik yer.
- Teknik memasukkan serbuk putu ke dalam acuan – Kena tahu teknik betul, kalau tak, tak jadi.
- Teknik memasukkan gula melaka ke dalam putu
- Teknik mengeluarkan putu dari acuan – Nak kena tahu caranya, kalau tak hancurlah putu bambu homemade tu.
- Teknik penyediaan gula melaka parut – Ada cara mudah nak sediakan gula Melaka parut.
- Teknik penyediaan kelapa parut – Kelapa menu utama. Ada caranya nak jadikan rasa kelapa parut tu, bertambah lemak dan sedap!
Itu baru modul 1. Ada 5 modul! Kalau minat, boleh beli video ni. Terbukti mudah, sedap dan boleh jual.
@hafizmd – Semangat tu tetap ada untuk terus belajar cara tingkatkan prestasi blog & buat duit dengan blog. Terima kasih pada semua yang sudi tegur saya dalam “Segmen – Saya Mahu Ditegur.”
tahniah bro. mesti puas hati buat sendiri putu, nampak tebal gula melaka tu.
wahh masyuk lagi. tahniah! makin konsisten dapat duit ye bro. hehe
tahniah. Bukan senang tu nak dapat program jenis macam tu..
aku suka makan putu piring.. faveret.. 🙂
tahniah bro,putu piring + putu bambu semua tu memang feveret,kalau jumpa di mana-mana pun mesti beli 🙂
Buat sendiri lbh puas ati kan..sbb bleh tabur kelapa dan gula sesedap rasa. Dan bertambah2 sedap sbb dpt duit sampingan. Ahaha..
komisyen den dah lama tak masuk
Tanniah bro. 🙂
kira bonus lah nih kan , sambil buat sendiri sambil tuh dapat jugak komisennya…alhamdulillah…;)
Tahniah bro, aku pun suka makan putu bambu..
sedap nak juga voleh
serius nampak sedap gileee….
suke juge putu bambu, putu piring, putu mayam…
tapi nak buat sah2 la tak reti…
nnt bile dah rajin masak nnt, boleh la beli kalau rase nak buat…hihi
Feveret saya tu..kalau gi pasar malam mmg beli punya.
Tahniah untuk deme.rasanya dah lama deme publishkan artikelutu bambu tu kn?hehe..tngok..bukan senang nak dapat komisen pertama kan?insyaAllah lepas ni ada lagi..hehe..
Bro antara anak murid cendol.my yang berjaya nampaknya.
ssetakat ni wife gua blm nak buat kuih putu ni
Anak murid tak rasmi…heheh
kalau nak buat, sila beli dari link gua yer…hahaha
dah dapat? wahh terbaik bro tahniah2
terima kasih bro KZ
buat sendiri lebih nikmat dan undang rasa puas berpanjangan..
betul tu..mmg best dan puas hati
saya x suka sgt makan putu ni.
Tahniah saudara. 🙂
Moga terus berjaya, insyaAllah. 😉
putu bambu memang sedap
nak putu piring jugak laaa…