Segmen – Saya Mahu Ditegur

cara mudah buat duit dengan blog

Assalamua’alaikum.

Segmen – Saya Mahu Ditegur. Saya kira, ini antara inisiatif berani yang Bro Eyriqazz anjurkan. Kadang-kadang, kita bising-bising tak tentu pasal tentang orang lain/blog orang lain, tapi terlupa lagi terlepas pandang untuk menilai prestasi blog sendiri. Pastinya, teguran rakan blogger yang lain samada positif atau negatif mampu menjadi tandukan terbaik untuk kita sedar di mana tahap blog sendiri. Kenapa saya mahu ditegur?

Blogging bukan mudah sebenarnya

Bagi saya, blogging ni bukan perkara mudah. Ia ibarat kita berjumpa dengan berpuluh malah mungkin sejuta oang dalam sehari. Penampilan (tema blog), percakapan (penulisan) dan lenggok gaya (cara komen dll) kita pasti diperhati. Blogger ni, hampir menjadi ‘public figure.’ Lebih penting, apa yang kita tulis adalah menjadi tanggungjawab kita untuk kita pikul nanti.

Saya pernah tulis satu entri tentang “Carilah cermin yang jujur.” Entri yang saya tulis khas untuk menegur diri sendiri dan mungkin sebagai dorongan untuk rakan blogger buat koreksi diri masing-masing. Jadi, kena sangatlah ambil peluang yang Bro Eyriqazz sediakan ni untuk perbaiki dan tingkatkan prestasi saya dan blog ni sendiri. Almaklumlah, saya masih lagi muda dalam arena sepak terajang dan belaian manja berblogging ni. Elok saya mohon tunjuk ajar dalam segmen ni.

segmen - saya mahu ditegur

Saya persilakan pengunjung dan rakan blogger untuk tegur apa saja.

  1. Mungkin blog ni tak cukup mesra di mata anda?
  2. Mungkin nak kena tampal muka hensem saya di sini? oh! perasan…haha
  3. Tak cukup rajin blogwalking?
  4. Lambat balas komen?
  5. Loading blog “laju sangat?”
  6. Apa saja yang mampu berikan tandukan motivasi buat saya, amatlah dihargai.

Bagi rakan blogger yang belum turut serta, hari ni hari terakhir. Cepat-cepat buat entri. Nak tau lebih lanjut, boleh terjah entri Bro Eyriqazz di sini –> Segmen – Saya Mahu Ditegur.

@hafizmd – Memang bijok idea ni. Tahniah Bro Eyriqazz. “Segmen – Saya Mahu Ditegur” ni memang cukup-cukup berani.