Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Assalamua’laikum.

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com. Cantik. Memang kenalah sangat dengan mood hari dan bulannya. Esok cuti Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Dalam kita hampir setiap tahun menyambut Maulidur Rasul, memang wajib sangatlah untuk kita hayati dan tiru akhlak Rasulullah SAW terutamanya dalam aspek berpakaian. Sebut pulak bab shawl mahupun hijab dengan macam-macam fesyen terkini hijab. Memang cukup meriah dan banyak pilihan hijab!

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Hijab terkini vs pakaian dalam Islam. Tak kisahlah apa jenama, mahal atau murah. Fungsi hijab memang jelas. Nak tutup dan lindungi bahagian-bahagian tertentu. Jadi, sekarang ni macam-macam jenis shawl yang ada. Lilit punya lilit, siap. Belit punya belit, siap. Tak kisah. Serius tak kisah nak lilit lagu mana pun, JANJI HIJAB/SHAWL mesti tutup dada sepenuhnya. Bukannya separuh tayang, separuh buka. Seksa jiwa!

Bagi gadis-gadis, wanita seluruh dunia termasuklah para isteri yang terbuka hatinya mula belajar pakai hijab berfesyen/tudung, Alhamdulillah. Fesyen tak salah selagi ianya patuh syarak.

Fesyen terkini shawl lagu mana yang patuh syariat? Mudah ajer. Antaranya ialah;

  1. Hijab/shawl fesyen terkini tu mestilah longgar, tak sempit atau ketat hingga menampakkan apa yang sepatutnya ditutup dan dilindungi daripada mata-mata sang bedal!
  2. Fabrik yang dibuat tudung/hijab/shawl mestilah dibuat daripada kain yang agak tebal, tak nipis atau jarang sehingga orang yang terlihat atau sengaja lihat nampak bentuk dada.
  3. Pakaian/hijab/shawl fesyen terkini tu tidak berbentuk hiasan yang melampau sehingga menarik perhatian manusia untuk melihatnya.

Tak susahkan?

Kedai online hijabterkini.com

Sekarang ni, semuanya dihujung jari. Pilih jer. Janji tahu apa fungsi hijab/shawl/tudung yang korang pakai tu. Ingat, pakai bukan sebab nak menunjuk-nunjuk tapi pakai sebab ianya adalah tuntutan agama kita yang suci Meletakkan wanita di satu tempat yang tinggi. Yang perlu dilindungi dan dikasihi.

Bak simpan emas, letak dalam peti besi, dikunci rapat-rapat. Ada password segala bagai. Hanya tuan dia aje yang boleh bukak peti besi tu. Itulah ibaratnya.

Banyak pilihan kedai hijab fesyen terkini yang ada. Salah satunya yang paling terbaru ialah kedai online HijabTerkini.com. Pilihlah dengan penuh teliti dan tepat. Nama-nama shawl pun menarik seperti Shawl Myraa, Shawl Bella, Shawl Lunaa dan Shawl Chacha. Mau juling juga biji mata tengok shawl ni.

Yang penting, nampaknya kedai online HijabTerkini.com ni menjual shawl yang kainnya tak jarang. Itu penting. Cara pakai tu, pandai-pandailah adjust. Ada juga tutorial yang ditunjukkan di laman ni. Senang nak belajar cara pakai pakai shawl.

Nak cerita lebih-lebih tak berapa nak reti. Maklumlah ambe hanyalah tukang ‘verify’ tudung isteri jer. Kalau ambe tengok ok, LULUS boleh pakai. Kalau tak, sila tukar tudung/hijab lain untuk keluar rumah. Itulah juga antara fungsi seorang suami. Menjadi cermin yang jujur untuk isteri tercinta!

”ContestΒ Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com ini dianjurkan oleh Hijabterkini.com dengan kerjasama daripada Hairulazni.my sebagai penaja hadiah wang tunai β€œ

@hafizmd – Berfesyen tak salah, tapi syariat tetap nombor 1. Betul tak? Mulakan perubahan tahun 2014 dengan langkah kanan!