Assalamua’laikum.

Cahayacinta.com. Ada apa dengan blog cahayacinta.com? Best sangat ke singgoh sane? Ate teman ngan mike ni blogger. Kenalah sama-sama singgah sana-sini. Baru teman kenal kome, kome kenal teman. Idok gitu yop? Amboi. Berbelit lidoh teman. Udahler. Teman saje nak belajar loghat Perak. Sedap pulok dengornya. Tengok aje Pencetus Ummah Yeop berceramoh. Seronok bebenor! Nak cerita pasal blog cahayacinta.com sebenarnya ni. Meh rapat-rapat. Eh, jangan rapat sangat. Juling biji mata nanti…hohoho

Blog cahayacinta.com

Ambe dan orang rumah pernah sekali bersua muka, bertentang muka dengan pemilik blog cahayacinta.com. Kami berbuka puasa sama-sama. Ringkas aje pertemuan kami petang tu. Tapi, yang paling best ialah bila jumpa tu, macam dah lama kenal. Itulah kuasa ukhwah atas satu syahadah yang sama. Memang luar biasa. Mesti Suri sendiri masih ingat lagi time kita berempat buka puasa tu kan?

Kekuatan blog Cahayacinta.com.

1. Kuat dan gahnya blog cahayacinta.com ni tak lain tak bukan ada pada pemiliknya, Blogger Suri. Tak salah ambe berikan gelaran Queen dalam bidang komen. Pergilah mana-mana blog, mesti jumpa nama Suri. Itulah kekuatan yang tak ramai blogger boleh buat. Betul tak?

Tips cinta alam rumahtangga
Blog cahayacinta.com

2. Kuatnya Cahayacinta.com juga ada pada huruf ‘C’nya. Cuba tukar ke huruf ‘B’ dah jadi Bahayacinta.com! Nampak tak permainan huruf kat situ? hehehe. Cahaya dan bahaya. Mestilah kita pilih cahaya. Betul tak?

3. Selain tuan blog yang rajin blogwalking menyambung ukhwah dan bersembang di laman maya, blog cahayacinta.com juga pastinya berseri dengan macam-macam tips dan petua. Cuba mengkome terjah tengok blog Suri. Macam-macam ada. Petua nak mudah hamil, petua nak hilangkan berat badan sekilo dua, petua nak hilangkan sakit kepal dan ayat pengasih untuk suami isteri pun ada!

4. Pendek cerita, memang macam-macam petua kehidupan yang Suri tampalkan di sana untuk tatapan para pembacanya. Rugi kalau kita singgah, tapi tak ambil dan buat amal. Mana yang baik, pastinya memberi faedah untuk kita bersama. Inilah kuasa blogger. Sama-sama berkongsi kebaikan!

5. Satu yang pasti, Suri ni memang ulat buku. Sebab tu, nampaknya dia takde masalah nak update blog dengan macam-macam bentuk entri. Sebab dia rajin baca buku! Jadi, kalau tak nak kering idea, rajin-rajinlah membaca.

6. Entri terkini yang dikongsi oleh Suri ialah tentang tekanan. Apa doanya bila kita tertekan? Bila kita tertekan dengan macam-macam dugaan dan cubaan? Jomlah kita baca doa yang Allah sendiri ajarkan kepada kita. Jom baca di sini –> Doa Apabila Menghadapi Tekanan.

@hafizmd – Nyerogin-nyerogin juge! Sekadar entri ringkas menghargai 10 Blogger Pilihan 2013. Nantikan 9 lagi blog yang bakal diberikan hadiah entri ringkas dan backlink percuma sepanjang hayat di blog ni =)

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.