Nak Ramping? Nak Buang Sikit Perut Boroi Tu? Ikut 3 Tips Ini Tanpa Banyak Songeh!

cara mudah kurangkan berat badan1

Assalamua’laikum.

Sape yang nak pinggang ramping? Sape yang nak kuruskan badan? Majoriti semuanya tak nak perut gelebeh sana-sini. Perut boroi tanpa kawalan. Tapi, mungkin juga ada suami/isteri yang tak nak pasangannya nampak ramping sangat. Takut katanya. Nanti ada mata-mata buaya juling dibuatnya! Bagi yang ada azam baru tahun 2014 ni untuk kuruskan badan mahupun turunkan berat badan, elok benar baca betul-betul 3 peraturan yang korang wajib ikut. Itupun kalau nak kurangkan berat badan sekilo dua.

Buat 3 Tips Kuruskan Badan ni tanpa banyak songeh!

Kalau takde azam untuk kempiskan sikit perut tu, tak mengapa. Ada orang kata, perut ‘muncit’ sikit tanda bahagia. Betul juga tu…hehehe. Janji kita jaga pemakanan (suci lagi halal) dan rajin-rajinlah bersenam paling kurangpun 2 kali seminggu. Kalau ada azam, moh baca 5 petua mudah nak kuruskan badan tanpa ubat, insyaAllah selamat!

1. Tulis azam korang nak kuruskan badan tu!

cara mudah kurangkan berat badan
Azam nak kuruskan badan? Tulis azam tu!

Apa jua benda nak buat, paling penting ialah FOKUS. Jadi, kalau dah niat nak kuruskan badan, kenalah tulis azam tu dalam diari korang. Tulislah kat dinding bilik sekalipun. Tulis kat tempat yang korang selalu lepak. Tapi, jangan conteng dalam train pulak! Sesi tulis-menulis ni membantu kita untuk kekal FOKUS dan berSEMANGAT!

  • Tulislah berapa kilo lemak yang nak dibakar dalam sehari/seminggu.
  • Tulis berapa kilometer nak joging hari ni.
  • Tulis kata-kata semangat untuk diri sendiri!
  • Tulislah apa saja yang boleh kasi semangat korang sentiasa tinggi.

2. Jangan mengelat untuk bersenam!

Mengelat? Iya. Jadikan bersenam ni macam kita gosok kita. Tiap-tiap hari kita gosok gigi tanpa gagal. Betul tak? Jadi, kita kena didik badan kita biasa dengan senaman. Bila tak bersenam, ibarat ‘pungguk rindukan bulan’ jadinya. Wajib bersenam paling kurang 2-3 kali seminggu. Nak bersenam tiap-tiap hari, mungkin tak logik jugakan? Lagipun, aktiviti naik tangga, turun tangga kat pejabat pun dah kira bakar kalori juga tu. Jadi, biasakan diri untuk lebih banyak bergerak! Bukan mulut yang banyak membebel! hohohoho….

3. Jujur semasa buat aktiviti bersenam.

Iya. Jujur. Kadang-kadang, bila kita bersenam, baru joging 2 minit, kita dah rasa macam joging 30 minit. Kita cuba sedapkan diri sendiri. “Ok dah kot ni. Cukuplah kot 2 minit joging. Bukan turunpun berat badan aku hari ni.” Tak salah untuk buat sikit demi sikit, tapi jangan cuba untuk lemahkan semangat diri sendiri dan ‘mengelat’ semasa bersenam. Buat sungguh-sungguh sampai berpeluh. Sekali kita dah buka ‘lubang peluh’ tu, insyaAllah senang kita nak berpeluh lagi!

Cukuplah 3 cara mudah kuruskan badan . Gunakan 3 perkara ni sebagai asas untuk kita mulakan transformasi dalam hidup kita. Macam biasa, mudah nak tulis tapi liat nak buat. Itu normal manusia. Nak berubah buat benda baik ni memang cabaran dia besar. Banyak halangan dan cubaan. Bukan senang nak tewaskan nafsu makan berlebihan dan bukan senang juga nak turun padang untuk bersenam. Macam-macam yang difikirkan. Betul tak?

Buang semua fikiran negatif tu. Yang nak lebih ramping, yang nak lebih kurus, yang nak lebih sihat lagi kacak bergaya tu korang. Bukan orang lain! Yang tanggung sakit lutut, yang tahan telinga kena perli tu kita. Bukan orang lain. Betul tak?

@hafizmd – Ayuh kita azam jadi lebih sihat dengan berusaha dengan cara yang betul. InsyaAllah, moga-moga kualiti ibadah kita juga semakin meningkat! Ameen.