Liga Super Bermula Dengan Piala Sumbangsih Pahang vs Lions XII

Assalamua’laikum.
Rasanya dah macam tak sabor nak tengok musim baru Liga Malaysia 2014. Liga Super mula malam esok. Pahang vs Lions XII sebagai perlawanan pembuka tirai. Juara Piala Malaysia vs Juara Liga Super. Takde lain dah. Pahang wajib menang untuk elak perlawanan pembukaan Liga Super diwarnai ‘darah’ duka peminat Malaysia. Ayuh Tok Gajah. Kasi amuk itu Lions XII malam esok!
Jadual Liga Super 19 Januari 2014
Moh kita tengok dulu jadual perlawanan pertama bagi setiap pasukan dalam Liga Super. Penting untuk cari 3 mata pertama. Mana satu pasukan yang korang sokong?
- Pahang vs Lions XII (Piala Sumbangsih) 18 Januari 2014 –> Siaran langsung di Astro Arena 801. 8.45 malam.
- Selangor vs T-Team (4.45 pm) –> 19/1/2014. Siaran langsung di Astro Arena 801. 4.45 petang.
- Terengganu vs Selangor PKNS. 19/1/2014
- Johor DT vs Perak –> 19/1/2014. Siaran langsung di Astro Arena 801. 8.45 malam
- Kelantan vs Sime Darby. 19/1/2014
- ATM vs Sarawak. 19/1/2014
- LIVE STREAMING –> Link Live Streaming Liga Super 2014
Pasukan pilihan ramai?

1. Johor DT. Rata-rata pengulas sukan mahupun pemerhati luar pakat pilih Johor DT sebagai pasukan pilihan untuk jadi juara Liga Super 2014. Kalau ikut senarai pemain Johor DT. Memang mengkagumkan. Boleh kata, hampir semua adalah pemain/bekas pemain kebangsaan. Rekod Johor DT musim lepas boleh dibanggakan. Tahun ni, dengan jurulatih luar yang dah biasa dengan teknik tiki-taka, rasanya kalau menjadi teknik ni dalam skuad Johor DT, memang sesuatu yang menarik untuk kita saksikan musim ni!
2. Kelantan. Nampak macam kurang menjadi dalam sesi perlawanan persahabatan, tapi tu semua bukan ukuran sebenar. Kelantan terkenal dengan semangat melawan yang tinggi. Barisan pemain muda Kelantan antara yang sentiasa bakal menjadi bintang satu hari nanti. Musim ni, Kelantan sasar 1 piala untuk dibawa balik Kelantan. Mampukah Kelantan menahan asakan pasukan lain? Guane gamok ore Kelate?
3. Selangor. Misi Piala Malaysia 33 takkan padam. Betul tak peminat The Red Giants? Tahun ni, Selangor sasar 2 piala. Rasanya tak mustahil sebab barisan pemain Selangor tak kurang hebat juga. Penyerang Selangor, Hazwan antara yang dijangka bakal menyegat kubu lawan musim ni. Ambe minat gaya permainan dia ni. Ada gaya striker sejati!
4. Lions XII. Tak boleh nak nafi yang skuad Lions XII seakan tempang selepas 3-4 nama besar pemain mereka hilang disambar pasukan Malaysia. Tapi, Singapura dilihat ada ramai barisan pemain muda yang cukup berbakat. Lions XII masih menjadi ancaman besar buat pasukan-pasukan di Liga Malaysia untuk musim 2014 ni.
5. Pahang. Selepas jadi juara Piala Malaysia 2013, Pahang kembali digeruni lawan. Namun, jurulatih Dollah Salleh sekarang melatih PDRM FC. Apakah Pahang mampu meneruskan rentak cemerlang musim lalu? Malam esok mungkin boleh ceritakan serba sikit kekuatan skuad Tok Gajah!
Pasukan ‘the giant killer’
Lagi 7 pasukan iaitu ATM, Terengganu, Sime Darby, Sarawak, T-Team, Perak, dan PKNS bukan calang-calang pasukan. Sarawak dilihat pasukan ‘underdog’ yang mampu membaham pasukan besar musim ni.
Apapun, jangan lupa berikan sokongan padu kepada pasukan pilihan masing-masing. Jangan sebab isu jersi tak ngam, jersi tak kena dengan citarasa korang menyebabkan korang ‘bermasam muka’ dengan pasukan. Tak bestlah!
@hafizmd – Buat para isteri, inilah masanya menunjukkan kasih sayang kepada suami masing-masing yang minat bola. Berikan semangat dengan memberi laluan terkini untuk berkongsi tv di rumah…hohohoho
hogoh Pahang hogoh 🙂
bro auc apa makna perkataan “hogoh”
tahun ni kawe pilih kelantan 😀
sudah main cop cop nak pilih team mana ar pulak bro tehr ni. perak jugalah kalau kalah nak sorak jugalah erk..tak kisah mana-mana asal semangat kesukanan ada. kalau kita boleh beria sokong pemain liga english masakan pasukan team negara kita harus pinggirkan.
Emm agak-agak siapakah yang kalah ni ekk..haha..jersi kelantan yang baru ni macam comel je..macam cantik je..
Ni jersi terengganu kite boh…farhan n zairo…dah balik main utk terengganu…hehe
gua tetap harap selangor menjadi kali ini. hoho..
tapi esok, gua sokong pahang.
semoga team bertanding akan kencang dengan sepakan bola nanti
Gomo klate gomo. Moga Klate masih menyinar utk tahun 2014. Pahang, JDT, T-Team mahu buat kejutan pada yhn 2014 ni.
Tahun mesti team lain yg juara…
Kelantan lawan Sime Darby tu tak de tarikh ke bro?
19 jan gak bro… =)
Hogoh pahang hogoh…org besi kuar awai td..baru nak tengok sepakan padu..
tahniah pahang..go pahang go..
pahang dah menang dah. tahniah!
tahun nih Negeri Sembilan tiada dalam Liga Super…huhu
aku tunggu JDT 🙂
Hidup Yop….
tahniah pada pahang kerana menang. Yehh!
tok gajah udah menang, walaupun separuh masa pertama bikin jantung berdegup copot.. hahaham
syukurlah menang dengan 1-0…
Tahniah buat pasukan Pahang, jura Piala Malaysia tahun lepas, sekarang permulaan yang bagus. Semoga Pahang terus mengekalkan rentak mereka dgn lebih garang lagi.