Terengganu, Kelantan, JDT, Pahang, ATM, Selangor | Liga Super 2014

- 19 January 2014Sukan

Assalamua’laikum.

Terengganu, Kelantan, Pahang, ATM, Selangor dan Johor DT. 6 pasukan yang berjaya rembat 3 mata pertama dalam saingan Liga Super Malaysia 2014. Ambe tak sempat tengok semua siaran langsung yang Astro Arena 801 dan RTM tayang, tapi masih sempat tengok review review beberapa perlawanan. Antaranya ialah JDT vs Perak, Terengganu vs PKNS dan Pahang vs Lions XII serta Selangor vs T-Team. 3 mata pertama, penting ke?

Dah nampak bayangan awal Juara Liga Super 2014?

1. JDT. Macam yang ambe tulis sebelum ni, ramai pemerhati sukan meletakkan JDT pasukan pilihan. Jadi, secara tak langsung tekanan pasti lebih berat untuk pasukan berbintang ni. Dengan kelibat Pablo Aimar malam tadi dengan sorang lagi pemain import tu, memang nampak berbisa. Nampak gayanya, Safiq Rahim macam dah jumpa balik bisa yang hilang selama ni. Wak Amri (Amri Yahyah) siap score lagi malam tadi! Tengok video gol JDT vs Perak

2. Perak. Walaupun kalah malam tadi, ambe tengok skuad muda Perak bukan skuad sembarangan. Liat juga JDT nak kalahkan Perak malam tadi. Bola mainnya satu pasukan. Tak mustahil, Perak boleh habiskan larian Liga Super musim 2014 antara top 5!

3. Terengganu. Permulaan yang best untuk Penyu. Taktikal coach Hj. Abdul Rahman nampak menjadi malam tadi, tapi masih banyak yang kurang. Harap lepas ni, Terengganu vs Perak boleh menang lagi….yeahhh!

4. Selangor. Selangor nampak garang juga dengan jersi baru tu. Serangan Selangor nampak bagus juga. Si Paulo Rangel tu score 2 biji. Nasib baik, kalau tak, mau dia score 1-2 biji lagi petang tu. Ambe sempat tengok sekejap. Serius, bukan nak mengalah cepat, tapi cara T-Team main hari tu memang rasa macam “tak berapa nak main.”  Mungkin tak berapa panas lagi agaknya. Tu yang T-Team nampak tak berapa menjadi. Harap T-Team cepat panas dan lebih meletop lepas ni. Yeahh!

5. Pahang. Serius. Seronok tengok Pahang main malam tu. Nak-nak Gopi tu. Laju benor lari. Kawalan bola pemain Pahang pun nampak bagus.  Kena gayanya, Pahang adalah jadi calon feveret musim ni. Hogoh Pahang Hogoh!

Baru 1st game. Belum nampak lagi belang pasukan masing-masing. Jadi, takde pasukan yang boleh dabik dada untuk menang mudah dalam setiap perlawanan. Pasukan muda macam Perak, paling menarik untuk diperhati musim ni. Tanpa pemain bintang, Pahang pun boleh jadi juara Piala Malaysia 2013! Sebab, semua orang tahu, bola sepak bukannya permainan individu!

@hafizmd – Sekadar kemaskini pelepas rasa seronok. Seronok mana pun, bola sekadar hiburan sampingan jer…hohohoho…

{ 9 comments… read them below or add one }

APAN January 19, 2014 at 11:11 pm

sebagai anak pahang, semestinya ingin melihat pahang lebih berjaya di musim ini…penyokong pun makin ramai di stadium. jngn la hampakan sokongan mereka…x semestinya menang sokmo, tp sekurang2nya main bersungguh2…

selamanya tok gajah. haha…

dan team lain pun masing2 ada pembaharuan…tmbh2 JDT…kepimpinan yg bagus, banyak mende baru johor dpt…walaupun x berapa masuk ngan penyokong sana, tp pengurusan sana terbaik. nike, stadium updgrade…tngk padang dorang mcm tngk epl lak sebab ada papan iklan elektronik tu…memberi inspirasi kpd pasukan lain…bagus
Baca entri terkini Blogger APAN´s: Jersi Rasmi 12 Pasukan Liga Super Malaysia 2014

Reply

hafizmd January 20, 2014 at 6:56 am

Terbaik boh! Itu mesti. Mana kita lahir, itulah pasukan yg kita sokong selamanya! yeahhh

JDT. Nampaknya, mmg betul2 fenomena yg TMJ buat. Mmg fuuuh! Moga2 pasukan lain pun usaha lagi kuat utk cari dana lebih besar…terbaik!

Reply

Aniza Ghazali January 20, 2014 at 12:08 am

Ha..ha… duk review pasukan bolasepak, tapi di title ada pasukan Kelantan tapi isi di dalam taida pun ulasan daripada TRW atau memang bro tak tengok aksi mereka (Klate) bermain.
Baca entri terkini Blogger Aniza Ghazali´s: Contest SEO – Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Reply

hafizmd January 20, 2014 at 6:54 am

hehee..itulah jawapannya…masih tak sempat tengok pasukan Kelantan lawan Sime Darby hari tu…tp dalam hati, Kelantan ttp pencabar utama Liga Super musim ni walaupun hilang ramai pemain bintang mereka…tu yg tetap tulis di tajuk entri..hehe =)

Reply

hafiz January 20, 2014 at 8:56 am

Yang penting usaha dan pelaburan besar jdt menampakkan hasil, biarlah org nak kata apa yg penting bolasepak jdt maju ke depan
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Dapat 101 like di fanpage Hairulafiz.com

Reply

hafizmd January 20, 2014 at 9:33 am

Terbaik! Penyokong setia macam bro yg bakal memajukan sukan Malaysia.

Usaha TMJ mmg benar2 dah buka mata byk pihak. Itu nyata. Tahniah TMJ dan JDT!

Reply

Juan January 20, 2014 at 4:36 pm

hamba sokong JDT, hehee
Baca entri terkini Blogger Juan´s: Kelebihan dan Faedah Prudential BSN Takaful

Reply

Hafizul January 24, 2014 at 2:00 am

Semoga terengganu ada harapan dan bawa sinar baru tahun ni..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Tips Pujuk Anak Mandi

Reply

hafizmd January 24, 2014 at 6:55 am

yeah! peteh ganu peteh!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge