Lagi Contest SEO: Shawl HijabTerkini & Custom Sticker Kereta!

shawl hijabterkini | custom made sticker kereta

Assalamua’laikum.

2 contest SEO hampir serentak. 1 pasal shawl daripada hijabterkini.com dan 1 lagi pasal custom made sticker kereta. Kali ni, taruhan kata kunci untuk pertandingan SEO memang betul-betul menarik. Kata kunci ni boleh bikin pemilik produk ni pengsan nak layan tempahan pelanggan yang bertalu-talu masuk. Itupun kalau 2 kata kunci milik mereka ni berjaya dimunculkan di muka surat pertama enjin carian. Cabaran tu! Memang best kuasa SEO ni…

Cabaran SEO untuk blogger

Contest SEO terakhir yang ambe masuk ialah Contest SEO Eridy. Memang ke laut dalam entri ambe. Teruk kena humban…hohohoho. Pemenang untuk contest tu ialah Bro Khairul Asrol. Dia baik hati kongsikan jurus-jurus yang dia buat untuk menang kontest tu. Kalau korang belum baca, gi baca kat sini –> Rahsia Perjalanan Contest SEO Eridy.

Rugi kalau tak baca. Lagi rugi, bila dah baca, tapi tak buat apa-apa. Betul tak?

Jadi, demi menyahut seruan kerajaan dalam menambah pendapatan sampingan untuk menahan asakan kenaikan harga barang, amatlah wajar untuk kita para blogger sekalian, untuk turut sama BUANG PERASAAN TAKUT dalam diri untuk turun padang berlawan secara sihat dalam 2 contest SEO hijabterkini.com dan custom car stiker ni.

Hijabterkini & custom sticker kereta contest seo
Tak cuba tak tahu…(kredit gambar: thedailyriff.com)

‘Untung sabut timbul, untung batu tenggelam’ & ‘tuah ayam nampak kat kaki, tuah korang takde sape yang tahu.’ Percayalah, kalau korang tahu apa yang blogger power SEO ni tahu, memang senang-senang jer nak buat duit dengan blog ni. Masalahnya, ada yang dah tahu, tapi masih lagi takut nak buat. Buat jer. Blog tu blog korangkan. Kasi sumbatlah apa yang patut.

Sebab tu, manusia genius macam Encik Titan tu hampir tiap-tiap hari dia tempek bukti duit online dia. Bukan dia nak menunjuk-nunjuk, bukan!

Dia nak buktikan yang dia boleh cari duit tambahan dengan cara yang betul tanpa perlu caci maki orang yang naikkan harga barang dan tanpa pijak kepala orang lain untuk berjaya. Memang respek!

Apa tunggu lagi yop! Moh ler kita usahakan mana yang boleh untuk mantapkan kemahiran berblogging dengan cara yang betul. Mana tau, entri contest macam ni bakal membawa korang ke satu tahap yang korang pun tak pernah bayangkan sebelum ni.

Sebelum ambe terlupa, ada 2 lagi contest lain yang sedang berlari dengan riang ria menunggu ambe dan korang untuk turut serta. Moh terjah!

  1. Mom Blogger Top Referrel Contest
  2. Contest Review SirapLimau.com

@hafizmd – Jumaat ni, bola sepak Malaysia akan bermula tirai musim 2014. Tak sabor dah ni nak tengok aksi bola sepak Malaysia musim 2014! yeaahhhh!