jadual pemakanan seimbang untuk kuruskan badan

Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

Assalamua’laikum.

Nak Kuruskan Badan? Kira kalori! Nak kuruskan badan bukannya mudah kalau tak kena caranya. Silap haribulan, bertambah berat badan. Lagi tertekan jadinya. Bila emosi tak berapa nak betul, mulalah menjadikan makanan sebagai terapi pengubat kecewa, badan tak kurus-kurus! Antara perkara penting kalau nak dapatkan bentuk badan langsing, perut tak boroi, peha tak berselulit, dan paling best dapat tunaikan ibadah dengan kualiti yang lebih tinggi ialah JUMLAH KALORI YANG KITA AMBIL SETIAP HARI.

Jadual Pemakanan Diet Seimbang Boleh Kuruskan Badan Tak?

Pemakanan seimbang maksudnya menu harian kita lengkap dengan pelbagai nutrien. Senang cerita, piramid makanan yang selalu korang tengok tu. Itulah asas jumlah pengambilan kalori seharian kita.

Berapa jumlah nilai kalori normal yang sesuai untuk lelaki dan wanita? Untuk wanita, pengambilan kalori sepatutnya lebih kurang 1500 kalori dan bagi lelaki sekitar 2000 kalori. Semuanya berbeza ikut berat badan kita dan gaya hidup kita juga.

1. Macam mana nak agih nilai kalori dalam menu harian kita?

Kalau nak kuruskan badan, penting tahu dan kawal jumlah kalori makanan yang kita ambil. Jadi, untuk panduan agihan nilai kalori harian, boleh rujuk jadual kat bawah ni.

kuruskan badan-jadual diet pemakanan seimbang
Jadual agihan kalori harian: Contoh keperluan 1800 kalori sehari. Korang boleh ubah ikut keperluan sendiri. Ini maintenance. Kalau nak kuruskan badan? Sambung baca lagi….

Kalau terlebih kalori masa sarapan pagi, kenalah kurangkan kalori masa makan tengahari. Senang jer kaedahnya untuk potong jumlah kalori harian.

2. Jadual waktu makan yang betul untuk kita capai misi kuruskan badan?

Dah faham serba tentang agihan kalori harian, kenalah bijak dalam soal pemakanan seimbang sebanyak 5 sajian bermula dengan sarapan pagi berakhir dengan makan malam. Kita kadang-kadang terlepas sarapan pagi. Terus gabung sarapan pagi dengan makan tengahari sekaligus. Ada yang panggil “brunch”kan? Tak bagus tu. Jadi, jom kita tengok jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.

  • Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi.
  • Minum pagi: 10.00 – 10.30 pagi
  • Makan tengahari: 12.00 – 2.00 petang
  • Minum petang: 4.30 – 5.30 petang
  • Makan malam: 6.30 – 8.30 malam

Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan.

3. Contoh jadual pemakanan seimbang mengikut jadual agihan kalori harian.

Nak cukupkan nilai kalori dalam setiap sajian makanan memang mencabar juga. Payah juga nak kira setiap makanan yang nak dimakan.

kuruskan badan-jadual pemakanan seimbang sehari
Contoh jadual pemakanan seimbang ikut keperluan kalori harian. Kalau nak KURANGKAN BERAT BADAN, kena KURANGKAN JUMLAH KALORI yang kita ambil di atas. BERSENAM wajib. Itu kaedahnya.
  • NOTA: Makan dalam kuantiti kecil setiap hidangan, tapi kerap iaitu 5 kali. Bukan 5 kali makan, 5 kalilah semuanya banyak! Mahunya tak bertambah berat badan!
  • NOTA: Jadual ni untuk kekalkan berat badan sedia ada (berdasarkan pengambilan kalori harian sekitar 1600-1700 kalori). Kalau nak turunkan berat badan, baca sampai habis. =)

4. Bagaimana nak kuruskan badan dengan adanya jadual kiraan kalori makanan seimbang?

Ok. Dah ada jadual kalori makanan dan waktu makan yang baik. Kita nak buat apa untuk membolehkan kita mulakan proses transformasi kuruskan badan?

Kaedahnya memang senang, tapi nak buat tu yang mencabar. Perlukan disiplin tinggi dan azam yang cukup kuat! Sebab? Sebabnya kita nak kena ‘POTONG’ JUMLAH KALORI yang kita ambil dalam jadual di atas!

1. Untuk turunkan berat badan, disyorkan cuba kurangkan pengambilan kalori harian sebanyak 500 kalori. Kurangkan kuantiti makanan. Contoh. Nasi ambil hanya segenggam, bukan dua pinggan! Lebihkan sayur dalam setiap hidangan. Ganti air manis dengan air kosong. Boleh sambung baca di sini –> 5 Cara Mudah ‘Potong’ Kalori Dalam Menu Harian

2. BERSENAM. Mana boleh nak kurus macam tu jer tanpa ada aktiviti senaman. Berlari, joging, menari, workout, dan macam-macam lagi jenis aktiviti yang boleh dibuat. Contoh: Baca entri ni –> 7 Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat

PERLUKAN BANTUAN PAKAR UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?

Saya sarankan untuk anda baca panduan Ebook Formula Kurus di bawah. Ebook ini ditulis sendiri oleh En Nazrin yang dulunya juga seorang yang obes. Sekarang sado! Tengok bukti di bawah. Teruja tak? Apa yang dibuat telah dikongsi untuk semua berjaya seperti dia. Terbukti ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan berkesan.

Ini adalah hasil yang dia dapat dengan mengamalkan teknik yang betul:

1) Turun 3 ke 5 kg sebulan konsisten (Jumlah penurunan 25kg 5 bulan)

2) Ukur lilit pinggang turun sebanyak 9 inci (48″ ke 39″)

3) Kadar penurunan lemak badan sebanyak 9% (38% ke 29%)

Nak tengok testimoni mereka yang dah berjaya selepas amalkan ilmu dalam ebook ini?

Klik banner di bawah:

kurus diet atkins jadual makan seimbang
6kg turun tu!!!

Nota tambahan:

ย – Kalau nak naikkan berat badan, tambah 500 kalori dalam kalori intake per day.

– Nak kira berapa keperluan kalori harian? Kira di sini –> Cara kira kalori harian

Jangan salah faham. Memang ada macam-macam jenis diet. Ada yang terus tak sentuh nasi berbulan. Memang boleh kurus, tapi rasanya kurang seimbang pula sebab kurang sumber karbohidrat. Terpulang. Kalau nak makan nasi, makan sekadar rasa. Segenggam cukup untuk kenyangkan perut kita. Bila dah tiap-tiap hari ajar makan sikit, insyaAllah perut pun tak reti nak minta makan lebih had! Itulah namanya SEDERHANA yang agama kita ajar.

@hafizmd – Nak kuruskan badan memang susah kalau tak kena gaya, tapi boleh jadi senang bila tahu ILMU yang tepat dan berkesan!

58 comments

  1. alhamdulillah.. tq bro.. penerangan yang bagus. kebetualn aku pun tengah nak berdiet cara malaysia ni. hehe. tq brooo

  2. Emm biasanya saya makan jer..rasa malas nak kira kalori ni..mungkin juga cara hidup sebelum ni tak alert menda ni..dan mungkin juga sebab perasan diri ni perut masih tak boroi lagi..haha..untuk mereka yang nak kurus, sila ikuti apa yang artikel ni sarankan..hehe

  3. Lengkap sekali ulasannya, ditambah lagi ada ebook panduannya. Insya Allah akan sangat membantu mereka2 yang lagi berusaha untuk meng-kuruskan badan

  4. Macam-macam teknik kurus ada. Kena tau apa target kita dan nak ikut diet yang mana. Ada diet yang tak ambik karbo, ada diet yang tak ambik kalori. Macam2. Kena tau diet mana dan target.

    1. kalau gitu…lagi cepat kurus…1800 ni kalau nak mantain…kalau nak kuruskan badan, kenalah macam yg lu buat tu..nak kasi extreme…cut lagi 200-300..hahahaha

  5. sebelum ni cuba2 diet atkins tp x boleh.. lidah melayu ni mmg tak boleh lari dgn nasi.. tambah2 saya ni menyusukan anak lagi la terasa cepat laparnya.. apa yg saya buat.. mkn la nak mkn apa pun, janji exercise kena buat jg.. ๐Ÿ™‚

    1. Bagi ibu yg menyusu baby, biasanya penyusuan berterusan kepada bayi mampu mengembalikan bentuk badan ibu.

      Ada juga yang sarankan ambil supplemen tertentu ut bantu ibu lepas pantang kembali langsing =)

  6. salam perkenalan..terima kasih dengan perkongsian di atas..
    kadang2 kita tak sedar kan sihat ke menu seharian kita..

    jemput singgah blog zaty ye..
    zatytiey.blogspot.com

  7. Assalam…Tengah ada selera xpe. Xde selera besok nelan ayor lior jee le. Air lior kata dek deme bleh bwat ubat. Cuba Produk Fiber Estetica berasaskan serat buah-buahan, drpd testimonial pengguna Alhamdulillah ‘lost weight after pregnant’. Gmail hambaยป ยป bima.onlinebiz@gmail.com

  8. Banyakkan minum air suam. Perut Manusia kan ke 1/3 je bleh diisi dgn makanan. Lain-lain tu akan jadi hampas je. Jadi hampas xpe, takut jadi penyakit. Xpe, Dr. Asmadi ada.

  9. Pingback: Video Kuruskan Badan Bakar Lemak Perut Mudah di Rumah tanpa Alat
  10. Pingback: Diet Kalori | Hanan Salleh
  11. untuk menurunkan berat bedan melakukan diet sihat dengan menjaga asupan kalori dan jadwal makan yang teratur memang cara paling ampuh, tentunya harus pula diimbangi exercise yang cukup. thanks for share

  12. Assalam tuan Hafiz. ๐Ÿ™‚

    Terima kasih atas sharing. Mmg superbb bro.
    Ok. Saya dah kira kalori utk body ni.

    Berat skrg 91.4 kg, tinggi 177 cm. Perut dah maju ke depan (saiz pinggang 35 inci)
    Kiraan kalkulator kalori:
    Maintain = 2204 kcal
    Fat Loss = 1763 kcal
    Extreme Fat Loss = 1602 kcal.

    Mohon opinion tuan,
    1. apa jadual menu utk 1500 kcal?
    2. apa jadual senaman yg sesuai setiap hari?

    Tq bro. Semoga Allah permudahkan segala urusan bro.

    1. Waalaikumussalam Tuan.
      Alhamdulillah jika dpt membantu bro Rizal walaupun sedikit.

      Untuk jadual menu 1500kcal sehari, tuan boleh adjust jadual pemakanan seimbang yg saya sertakan dalam entri ini/emel yg akan saya hantar kat inbox tuan nanti. senang nak tengok hari2 (buat permulaan).

      Senaman pula, kalau nak pergi gym macam payahkan. Paling senang utk permulaan ialah joging setiap petang. 3 kali seminggu dah memadai rasanya utk permulaan.

      Saya akan emel tuan nanti. Tunggu yer.

      Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.

  13. Saye diet dah tiga bulan tak makan nasi. Makan tlor rebus and tomato, salad je. Exercise tu jngan lupe. Jngan ingat tak makan nasi boleh kurus huhu. Now alhamdulillah. 12.01.201 saye baru jamah sedikit nasi. Besar penuMbuk je. Tenaga hehehee

    1. Terbaik bro. Betul tu…formulanya biasanya 70% pemakanan, 30% senaman..makan kena jaga..kalau bersenam bagai nak rak sekalipun..tp makan tak jaga..payah jugak nak kurus dan turunkan berat badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *