10 Blogger Pilihan 2013!

senarai blogger melayu

Assalamua’laikum.

Mungkin ciri blogger yang tak “membosankan” ialah blogger yang tak tumpu pada diri dia sorang jer. Sikit sebanyak, blogger ada masanya akan keluar dari ‘persembunyian’ untuk bertegur sapa. Ada juga blogger yang jarang bertegur sapa, tapi bukan bermaksud dia sombong. Jangan mudah kita buat keputusan bersandarkan pengalaman negatif kita sorang jer. Sentiasa berfikiran positif (bersangka baik) banyak kali boleh menyelamatkan perhubungan. Begitu juga sebaliknya. Kita ada kehidupan dan keperluan serta kehendak yang berbeza. Mana mungkin kita sama walaupun kita makan nasi putih beras cap Jati juga!

10 Blogger Pilihan 2013

Sepatutnya, awal tahun 2014 ambe dah tulis. Biasalah, jiwa YB (yang busy) selalu sangat memadamkan hasrat murni ni. 10 blogger pilihan 2013 ni ambe pilih 100% berdasarkan ‘Top Plugin Commentator’ yer. Jadi, sahlah 10 blogger yang bakal ambe tulis adalah mereka yang memang wajar kita contohi semangat kepahlawanan mereka dalam berblogwalking. Ingat yer. Senarai ni bukan senarai muktamad. Mereka ni memang super saiya rajin singgah di blog hafizmohd.com. Terima kasih buat korang semua sama ada tersenarai atau tak. Korang memang antara momento yang terbaik dalam kamus hidup ambe!

Ambik kesempatan atas 10 blogger pilihan 2013!

  1. suri Suri (629)
  2. Hafizul Hafizul (346)
  3. titan Titan (281)
  4. TehR TehR (208)
  5. Datin Tyka Datin Tyka (205)
  6. akubiomed Akubiomed (196)
  7. papa mifz Papa Mifz (174)
  8. fiezaradzi Fiezaradzi (161)
  9. Denaihati Denaihati (139)
  10. yusri Yusri (129)

Sila klik untuk melawat blog-blog hebat di atas. Memang tak rugi singgah. Semuanya blog yang ada ilmu bermanfaat. Bukan blog hiburan dan gosip artis! Terima kasih semua! Sama ada dalam senarai atau tak, korang antara sumber kekuatan blog ni. Itu pasti. Terima kasih.

InsyaAllah, semua yang di atas ni akan ambe buatkan 1 entri khas untuk setiap sorang. Tunggulah yer.

Sedar tak sedar, dah masuk seminggu tahun 2014. Macam mana prestasi hidup kita? Prestasi blog janganlah kita runsing sangat. Begitu juga macam-macam hal yang naik.

Yang lebih utama buat diri ambe dan korang juga pastinya TAHAP IMAN kita. Ada tak kita usaha NAIKkan? Jangan sebab banyak benda naik, IMAN kita TURUN sebab mulut kita caci maki tak tentu pasal. Dosa bertambah, pahala berkurang. Wanau’zubillah!

Akhir kata, bagi korang yang berkelapangan dan ada masa. Boleh turut serta dalam beberapa kontest terbaik yang sedang berlangsung. Antaranya ialah;

  1. Mom Blogger Top Referrel Contest
  2. Contest Review SirapLimau.com

@hafizmd – #1 dah masuk. #2 dalam proses mengarang. Korang dah tulis?