Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com!

- 19 March 2014Blogging

Assalamua’laikum.

Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com! Iya. Jangan baca! Ingat aku main-main ke? Bukan aku yang suruh jangan baca, tuan tanah sendiri yang buat permohonan tak rasmi. Tak caya? Nah tengok sendiri….

lifestyle blog terbaik 2014

Nampak tak permainan ayat power Encik Titan?

‘Cinta pandang pertama’

Seingat aku, aku mula kenal nama Titan ni dengan blog earncent.com tu. Blog tu memang sempoi habis. Banyak ilmu dan eksperimen cara buat duit dengan blog yang dia kongsi kat blog tu. Aku dulu-dulu, macam korang jugaklah….rasa macam nak ketuk-ketuk jer kepala sendiri tiap kali Titan tayang bukti duit online dah masuk.

Itu dulu. Berkat aku baca dan fahamkan apa yang dia tulis di blog tu dan terkini di blog ahmadfaizal.com, Alhamdulillah dapatlah jugak aku merasa sekupang dua hasil menulis di blog ni. Memang masih jauh yang amat nak bandingkan pencapaian aku dengan Encik Titan ni…tapi..

Tapi ingat….nak dapat hasil macam Titan dapat tu, berapa banyak duit dia dah lebur dan labur. Berapa banyak masa dia dah korbankan. Masa yang sepatutnya dia layan gadis-gadis comel yang sentiasa mengekori dia (entah betul ke tak..aku tak tau…hahhaha), dia buat kerja betul-betul. Antara hasil yang menakjubkan bagi aku ialah bila dia dapat settlekan hutang PTPTN dia. Korang boleh baca kat sini (baca: Macam mana Titan boleh terhabis bayar hutang PTPTN?) untuk kasi naik semangat masing-masing.

Aku juga pernah jumpa face to face dengan Titan ni. Senang citer, dia ni memang peramah orangnya. Tak lokek ilmu, janji korang belanja dia cendol…hahaha. Korang boleh baca entri khas yang aku tulis, saat manis kami membaham cendol di Banting! (baca: Bila 2 jejaka kacak lagi hensem makan cendol!).

Habis tu, kenapa jangan baca blog Titan???

Takde sebab selain jangan baca sekadar baca yang biasa-biasa jer, baca dengan mata hati dan sungguh-sungguh. Titan pun makan nasi, kita pun makan nasi. Cuma mungkin dia makan cendol lebih sikit. Tu bukan alasan untuk kita tak boleh capai paling kurang 10% kejayaan dia dalam arena blogging!

Kalau kita jenis baca blog Titan, tapi masih cari sejuta alasan dan tanya macam-macam cara nak buat duit dengan blog, sedangkan dalam blog Titan tu, aku kira boleh tahan banyak dia cerita segala benda yang dia buat.

Kalau entri dalam blog Titan tu dibuat buku fizikal, mahu boleh jual ratus ribu salinan!

Jadi, jomlah kita baca blog Encik Titan ramai-ramai. Lagi ramai, lagi bagus!

@hafizmd – Entri ini khas buat TOP 10 Blogger 2013. Baru siap cover 3 blogger. Ada lagi 7 orang!

{ 30 comments… read them below or add one }

Myra Jay March 19, 2014 at 10:31 am

MJ pernah jumpa masa SBB lepas, perkongsian beliau mengenai affiliate ;)

Seronok kalau kenal dengan orang yang tak lokek berkongsi ni kan :)

Reply

Blogger Babyface March 19, 2014 at 10:38 am

bukan kat SBB tapi seminar Buat Duit Dengan Blog

Reply

Hafizmd March 19, 2014 at 1:06 pm

@baby…betul2…

Reply

Hafizmd March 19, 2014 at 1:06 pm

Setuju tu sis myra

Reply

Blogger Babyface March 19, 2014 at 10:39 am

jangan baca blog titan. sbb dia ada bubuh racun yang manis supaya kita boleh datang banyak kali.

Reply

Hafizmd March 19, 2014 at 1:05 pm

Itu yg aku heran tu…hahahaha

Reply

Anuar March 19, 2014 at 10:48 am

Alamak.. Tak boleh baca blog cikgu Titan lepas ni… Hehehe.. Tapi kalau tak membaca, nanti kurang ilmu di dada… hehehe

Reply

Hafizmd March 19, 2014 at 1:05 pm

Haaaa..tau takpe…hehe…kena singgah selalu

Reply

Hafizul March 19, 2014 at 11:10 am

Banyak yang leh pelajari dalam blog ahmadfaizal.com tu..terutama sekali ayat-ayat merapu yang sedap hati..haha.. Terbaik la tuan punya blog ahmadfaizal.com…dia luah apa yang dia rasa..tak ada hipokrit punya orang…hahaha..tapi tak tahu kot sebaliknya..kan??

Reply

Hafizmd March 19, 2014 at 1:04 pm

Haha…blog dia mmg best…beracun kot?

Reply

reezluv March 19, 2014 at 2:21 pm

oho..dasat sekali penulisan kali ni..ehehe..

Reply

Ismail N March 19, 2014 at 4:09 pm

Blog sifu wehhh.. Kawe pun tabik lah sama Titan tu. Semoga dia terus sukses selalu.

Reply

onlajer March 19, 2014 at 5:51 pm

haha kenal blog dia masa zaman lelaki kacak ,orangnya kenal gambar je hehehe

Reply

mrhanafi March 19, 2014 at 7:48 pm

bro pun apa kurangnya..gaya penulisan bro seronok dibaca..harus dijadikan buku…

Reply

akubiomed March 19, 2014 at 9:04 pm

Lagi dilarang membaca lagi hendak membaca. :-)

Reply

Hairul Azni March 19, 2014 at 10:07 pm

“Sila jangan baca”.. = ayat pancing suruh baca… haha..

Reply

Akuro San March 19, 2014 at 11:03 pm

setuju… mmg tak leh baca… berhantu mcm tuan blog nya juga… huhu~

Reply

profhariz March 20, 2014 at 6:37 pm

Terbaik review dari bro :)

Reply

titan March 20, 2014 at 10:08 pm

woittt..

woiitttt…macam tu sekali aa..

Reply

Hafizmd March 20, 2014 at 11:08 pm

Akhirnya lu dtg jugak bace…lame gua tungguu…hahaha

Reply

W.R March 21, 2014 at 10:53 am

Gua suka gaya penulisan titan nie..:)
sempoi kata org… dan selamba hehehe

Reply

cyza March 21, 2014 at 1:00 pm

Sememangnya bro Titan ni memang sempoi, lain dari yang lain, unik, suka bikin gempak, dan aku tak paham mana datang masa dia yang byk utk update blog dan try eksperimen buat duit online…maybe dia bujang lagi, so senang la…cuba kalau dah kawin dan ada anak 4 orang macam aku…sure susah…huhu

Reply

Farid Laham March 22, 2014 at 11:37 am

wah ni mmg power :)

Reply

amirulfaiz March 22, 2014 at 2:08 pm

Jangan baca tanpa baca Bismillah terlebih dahulu. :D

Reply

myrujukan March 22, 2014 at 5:45 pm

titan sudahpun menempa nama… :)

Reply

yusri April 12, 2014 at 1:19 pm

Aku pernah masuk dulu blog earncent tu. Rupanya titan punya blog. Dan rupanya juga pemilik ebook SEO Merah Jambu.

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:42 pm

titan mmg power!

Reply

Sya Isya April 16, 2014 at 10:33 am

betul2. banyak yang Sya belajar dari blog earncent tu. Pencetus Sya terjun ke kancah affiliate tahun 2012 lalu. memang ada juga lah rasa geram tu kadang2. Tapi menaikkan semangat ^_^

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:27 pm

Blog tu mmg lejen!

Reply

Ummi Hanie April 29, 2014 at 3:39 pm

otai real mcm gitu ler.. bukan tau cakap jer, tp ada buktinya… kan

Reply

Leave a Comment