Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan

- 13 December 2012. Updated 18 September 2014Kesihatan

 

Assalamua’laikum. punca kebas tangan
Apa punca kebas tangan? Tangan anda pernah rasa kebas? Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jemari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin kecil yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tak ambil kisah tentang kesihatan jari-jari tangan. Nak-nak mereka yang selalu gunakan jari dalam urusan harian termasuklah blogger! Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand. Untuk itu, saya kongsikan serba sedikit fakta berkenaan punca kebas tangan, gejala dan rawatan untuk kebas jari-jari tangan.

Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.
  2. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.
  3. Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.
  4. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
  5. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.

7 Punca Kebas Tangan

  1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dos!
  2. Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
  4. Pergelangan tangan kita pernah cedera.
  5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
  6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
  7. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
  5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.

Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin.

Anda mahu berusaha cegah & rawat kebas-kebas? Saya sarankan ANDA AMALKAN beberapa supplemen. Contohnya ALAFAFA COMPLEX, vitamin complex B12.

 

@hafizmd – Punca kebas tangan. Ingat yer, sederhana itu yang paling terbaik!

{ 84 comments… read them below or add one }

pipoq December 13, 2012 at 2:55 pm

kebas jari tangan tak pernah lagi la..kebas kaki bila bersila lama sangat tu biasa sangat..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: iPhone 5 gadget impian

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:02 pm

kebas kaki ek..ambe nak kena cari info pasal ni jugak..sbb ambepun kdg2 ade kebas jugak

Reply

anif December 13, 2012 at 3:19 pm

Ada kaitan secara langsung dengan faktor umur ni. :D
Baca entri terkini Blogger anif´s: Nokia Lumia 920 – RM1999

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:02 pm

Biasalah…dah makin berusia

Reply

fiezaradzi December 13, 2012 at 4:29 pm

masa mengandung hujung2 tu, biasa ada, sebab tu kadang2 cramp.
lagi satu, lepasa bedah hari tu de gak rasa kat tangan, esp bila tidur tangan tak rileks betul2. perubahan hormon kot. tapi skg, dah ok. tak de kebas2 dah
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Ayam Penyet Jalan Gombak

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:03 pm

ooo..ingat2..alhamdulillah

Reply

donnyien December 13, 2012 at 5:02 pm

harap-harap dijauhkan dengan masalah ini. Lepas ni boleh kurangkan penggunaan mouse yang kerap.
Baca entri terkini Blogger donnyien´s: Malaysia bakal lahirkan blogger jutawan

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:03 pm

Kalau guna kerap, kena rehat byk dan guna dgn teknik yg betul

Reply

ohcikgu December 13, 2012 at 8:02 pm

patutlah kebas semacam aje..
Baca entri terkini Blogger ohcikgu´s: (Official Video) Bersama lakukan perubahan – Aizat

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:03 pm

kena rehat lebih skit

Reply

Denaihati December 13, 2012 at 11:07 pm

tak pernah alami rasanya, biasa kebas kaki sbb duduk lama sangat je…ini ramai orang alami rasanya
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Blogger Jutawan Bukan Hanya Khayalan

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:03 pm

hehe..duduk lama2 mmg boleh bikin kaki kebas

Reply

Afifah Munirah December 14, 2012 at 12:34 am

Mmg selalu dengan pasal SC nie… Dan ramai yg dah merasa :(
Baca entri terkini Blogger Afifah Munirah´s: HowTo: Cara Menjimatkan Pengunaan Data Broadband

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:04 pm

Nak kena peka juga..takut kalau melarat..

Reply

maza December 14, 2012 at 12:56 am

woo.. maza pernah kena… barangakali disebabkan menaip dan menggelek tetikus..
sekarang ini semakin pulih..

terima kasih abg hafis..

maklumat berguna ini maza hendak kongsi sama.. boleh?
Baca entri terkini Blogger maza´s: Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 separuh akhir Malaysia vs Thailand

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:04 pm

Mungkin jugak tu bang maza

Terima kasih kembali dan mmg nak bang maza kongsikan dgn semua rakyat jelata…hehe

Reply

akubiomed December 14, 2012 at 3:11 pm

Apa pun masalah kesihatan perlu berjumpa pakar supaya dapat diagnosis dan diambil tindakan.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Kempen Berblog secara Berhemah 2013 (Responsible Blogging Campaign)

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 3:05 pm

Silalah berjumpa yg pakar

Reply

TehR December 14, 2012 at 11:46 pm

sesekali ada juga rasa kebas tangan atau kaki
tapi bila rehat kejap ia akan hilang begitu sahaja
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Perlawanan Akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2012

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:54 pm

Kalau mudah hilang, takpe kot

Reply

Hafizul December 16, 2012 at 1:42 am

biasa pernah juga alami..dan waktu tu tangan pantang disentuh..memang rasa tak selesa..biasa nya biarkan sahaja dan beberapa minit akan hilang…bagus perkongsian ini..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Isteri Minta Cerai

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:49 pm

lama sangat guna tgn tuh..nak kena rehat2 jugak..

Reply

Ladfe Amir December 16, 2012 at 12:40 pm

memang selalu kebas tangan masa berbaring. salah ambik port sbb ruang ug sempit berkongsi katil ngan anak yg manja.u
kaki pun biasa kebas juga. bukan setakat kebas…lenguh2 lagi. kalau boleh kasi bunyi bestnya.
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Bukannya Fizo Omar (Episod 1)

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:48 pm

Kalau terkepit, mmg cepat kebas..darah tak berjalan..

Reply

farah December 21, 2012 at 2:47 pm

saya dulu alami gak masalah ini, tangan kerap kebas dan pening pening kepala, tapi alhamdullah lepas jumpa doktor doktor suruh rehat secukup nya jam 10 dah boleh tidur sebelum nie selagi tak pukul 2-3 pagi saya tak tidur… esok bangun pagi terus gie kerja…
Baca entri terkini Blogger farah´s: Upgrade Template Thesis 1.8.5

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:26 pm

Bahaya jugak kalau kena ni. Terima kasih Farah berkongsi =)

Reply

onlajer December 28, 2012 at 6:36 pm

Ha ah lah aku pun macam ada kebas – kebas sekarang. kalau kebas tu bukan tandanya nak dapat duit ke der hehe
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Renovasi dan Dekorasi – Saya memilih Iman Puri

Reply

hafizmd January 3, 2013 at 11:27 pm

hehe..itu gatal tgn bro…keh3…

kalau kebas selalu, nak kena checkup jugak…

Reply

shizuka February 6, 2013 at 3:29 pm

salam, saya baru lepas melahirkan baby umur 3 bulan…semenjak ni baru ada penyakit kebas tangan terutama lepas bangun tido…dah pegi check doc…gula semua okay…takkan sbb kerja angkat baby berat 6 kilo ni kan…

Reply

hafizmd February 7, 2013 at 9:52 am

As salam,
Alhamdulillah.Pn Shizuka sihat.
Mungkin jugak sebab salah posisi tgn masa tidur, mungkin tangan yg kebas tu diletak dibwah sesuatu dalam masa yg lama.
Moga pn shizuka dan baby sihat sentiasa =)

Reply

Thiaga June 18, 2013 at 12:17 pm

Tangan saya rasa kebas bila setiap pagi selepas bangun.Saya bimbang kerana ada rakan memberitahu saya bahawa mingkinini adalah punca awal sakit jantung.Saya sangat risau…………………………..

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:07 pm

Tiada apa yg pasti jika hanya andaian. Saya sarankan mr thiaga jumpa doktor dan ceritalah apa yg patut. Selagi kita tak tanya, selagi tu tiap2 hari kita risau. Betul tak mr thiaga? Moga2 mr thiaga sihat dan ceria =)

Reply

dja@sishaza June 21, 2013 at 4:07 pm

gejala ini memang kerap disangkakan sebagai petanda masalah jantung. sebenarnya, ia juga berkemungkinan adalah berkaitan RSI. Saya pernah menyiarkan satu artikel berkaitan RSI dan cara menanganinya. Sahabat semua boleh melihatnya di sini : http://ujanasihat.com/info-penyakit/rsi-komputer-puncanya/
Baca entri terkini Blogger dja@sishaza´s: PUNCA-PUNCA KEROSAKAN HATI

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 6:52 pm

betul tu dja, ramai yg sangka ianya ada kaitan dgn sakit jantung…tu yg ramai jadi risau tnpa tahu sebab sebenar…

terima kasih dja berkongsi link…moga ramainyg mendapat manfaat darinye…
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman

Reply

Ayie Qie August 14, 2013 at 11:04 am

skrg rase kebas kat ibu jari tgn knan n kiri..pergelangan tgn kiri pnh terseliuh n smpai skrg xsmbuh lagi..smpai msuk angin..kdg2 kalo slh hayun tgn,prgelangan skit gile cm ade bnde cucuk2 kt pergelangan..pagi ni ibu jari bru trase kebas cm cramp pn ade..hoho.

Reply

hafizmd August 15, 2013 at 8:53 pm

Nak kena pergi check betul2 ni..risau gak takut kalau dibiar nanti melarat..

moga ayie sihat2 saje =)

Reply

AUC August 18, 2013 at 5:03 pm

ada jg kadang2 kebas tangan ni… kena jg2 dah ni :)
Baca entri terkini Blogger AUC´s: Review Blog PapaMifz.com

Reply

hafizmd September 12, 2013 at 6:06 pm

moga2 semuanya ok…

ada gi check tak bro?
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Pengalaman Beli Belah di Zalora!

Reply

munir ardi September 10, 2013 at 5:45 pm

tangan saya terasa sangat sakit dibagian sendi tapi bukan di jari saat ini
Baca entri terkini Blogger munir ardi´s: Manfaat menggunakan lidah buaya untuk kulit dan rambut

Reply

hafizmd September 10, 2013 at 8:31 pm

mungkin penat akibat kerja, bang munir? kena rehat lebih ya…moga sihat sentiasa

Reply

Wan Norhayati Wan Mustaffa September 10, 2013 at 10:03 pm

Ya Allah saya sebijik kena sakit camni. Dr.ortopedik suh saya stop bf my baby 6 months sbb tak boleh angkat berat dan hormin related ngan sakit ni huhu ade cara yg ssuai x sbb pergi berurut x jd ape2. Sy nk bf ank lg sdih sbb kne stop bf :(
Terima kasih

Reply

hafizmd September 11, 2013 at 6:58 am

Allahuakbar. Berat rasanya saya yg membacanya. Lebih2 lagi anak puas sedang bf.

Mungkin jika puan nak juga cuba, bolehlah cuba perubatan alternatif sperti homeopati. Cuma puan pastikan ianya tak menjejaskan kesihatan puan dan baby utk bf nanti.

moga puan diberi kekuatan dan kembali sihat sediakala…ameen ameen ameen

Reply

mohd suhairy September 14, 2013 at 3:39 am

Rasa kebas dan sejuk pada jari kelingking dan manis serta kedua belah tapak dan jari kaki…

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:44 pm

Lebih baik buat pemeriksaan

Reply

jcy November 23, 2013 at 3:10 pm

Sya mengalami kebas di jari kaki dan di dua bela telapak tangan saya…

Reply

hafizmd April 2, 2014 at 6:44 pm

Jcy..jcy ade buat pemeriksaan dgn doctor dah?
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!

Reply

kak yong December 24, 2013 at 9:40 am

Tanda-tanda tu semua sy dah rasa… jumpa doktor dia bg neurobione pil vits tak ok jugak… doktor pon ckp masalah saraf kot tp mcm tu je la die ckp dia kata xde ape tp bile tgk kat internet org kate jgn ambil mudah pasal kebas2 lenguh tgn ni risau jadinye rase mls nak pi klinik kerajaan ni ..sy dah penah buat fisioterapi sendiri tgk kat internet kurang sikit tapi bila cuaca sejuk jadi balik.. stress nya rasa.. pastu cuba plak urutan tapak kaki 3 minggu xde rase kebas2 lenguh… tapi pastu jadi balik.. xtau nak uat ape lg.. :(

Reply

hafizmd December 24, 2013 at 11:54 am

Allahuakbar. Berat membacanya, berat lagi kak yong yg menanggungnya. Bykkan bersabar ek kak yong.

Kak yong dah cuba jaga makan tak? kot2 ada makanan yg nak kena kurangkan. Contohnya, pengambilan kuantiti nasi.

Saya tak berani nak beri apa2 cadangan pada kak yong. Maaf yer kak yong. Moga diberi kemudahan dan bantuan Allah jua utk sembuh…ameen

Reply

ctakhtar December 28, 2013 at 4:39 am

Saya setiap hari akan merasa skit kebas2 tanga nie.kebas yabg lain mcm.rasa mcm tangan membengkak.Sakit sampai menangkap ke bahu.Setiap pagi dalam lingkungan kul 3-4 pagi mesti terbangun.Skrg nie sya goyangkan tanagan masa kebas dah x berkesan pape.Dulu doc penah cek dia kata sindrom nie sya kena.Lepas tue saya rehatkan bdn dan control mkn…alhamdullilah baik sikit.Kalau kebas dh menyerang…naktekan suis pun x mampu rasanya…mmg setiap pagi berjuraian airmata…sakitnye mcm org nakntanggalkan tangan kite….Skrg pun sye bru kena kebas..saya tuam tangan dengan air panas…baru lega sikit….lepas baca artikel nie…esok nak jumpe doc.dah tak tahan sangat dh..sakit nielah merupakan jam loceng saya…hehehehe……

Reply

hafizmd December 29, 2013 at 1:02 am

Allahuakbar. Moga diberi kesabaran utk hadapi ujian Allah ni. Pasti ada ubatnya..insyaAllah.

Moga2 ada jalan selesai dgn iktiar jumpe doktor esok..insyaAllah…ameen

Saya doakan yg terbaik utk ctakhtar…ameen

Reply

nurul January 3, 2014 at 3:35 pm

Assalamualaikum…sblm ni sy selalu rse sakit di antra jari telunjuk n ibu jari…rse sengal2 n sakit…dia dtg sakit smgu..kmudian hilang..pastu nnti sbln akn dtg, die dtg smula..brulang2 kali yg sama…skrg ni dia dtg smula sakit tu tapi lama…dlm sbulan lebih da..pasti ditmbh plak kebas hujung jari telunjuk n ibu jari spnjg masa…kalo sejuk mlm2, lagi sakit smpai trbgn tdo…rse cramp..skrg ni pon rse kebas je..xselesa..:-( ade kah kaitan dgn syndrome ni ye? Mohon pnjelasan…tq

Reply

hafizmd January 4, 2014 at 9:37 pm

Waa’laikumussalam Nurul.
Nampaknya, jalan terbaik yg dapat saya cadangkan hanyalah utk usaha minta pandangan doktor. Mungkin doktor akan berikan vitamin/supplemen yg bersesuaian.
Maaf yer, tak dapat saya berikan penjelasan lanjut. Moga diberikan kesihatan yg baik.ameen

Reply

Suhaila Kamal January 9, 2014 at 12:12 am

Salam…Saya sakit jari tunjuk hampir 2 minggu dan melarat ke pergelangan tangan dan lengan..semuanya kebas…setiap hari perlu diurut supaya kembali normal…dan setiap jam kebas kembali.apakah yg perlu saya buat.

Reply

hafizmd January 9, 2014 at 8:56 am

As salam Suhaila.

Allahuakbar. Saya nak rekomen pun tak berapa nak pandai. Tapi ada kawan saya try makan kapsul habbatussauda. Ada kesan positif.

Suhaila nak cuba? Moga2 kembali sihat sejahtera…ameen

Reply

ramlah January 20, 2014 at 12:45 pm

assalamualaikum..saya mengalami masallah kebas dn sakit tangan sebelah kanan sahaja..ada masa2 saya merasa terlalu sakit..tapak tangan dn jari2 terasa panas..apakah suplemen yang harus ambil..

Reply

hafizmd January 21, 2014 at 12:14 am

Wa’laikumussalam.

Ada rakan saya yg mencuba habbatussauda. Alhamdulillah, katanya berkesan. Habbatussauda lagipun antara makanan yang Nabi sebut penawar segala penyakit kecuali yg 1 itu.

Kalau perlukan bantuan utk dapatkan habbatussauda, boleh cakap kat saya yer..terima kasih. Moga sihat2 sentiasa. Ameen.

Reply

nurul February 7, 2014 at 12:15 am

Hujung2 jari sy asyk rasa kebas jer..risau jgk ni..

Reply

hafizmd February 11, 2014 at 2:28 am

moga2 dapatlah cari penawar yg sesuai…ameen

moga sihat walafiat hendaknya..
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 5 Cara Mudah Bakar Kalori Untuk Suami!

Reply

ina February 21, 2014 at 2:58 am

Assalamualaikum..sy mmg buat kje mggunekn komputer.sy tdo ok je tp arini tgn kanan sy kebas sampai xboleh bergerak…sy tersedar dr rdo td,n tgn kanan sy xboleh bgerak….ya Allah,tkutnyeeeee..sy pkse tgn sy bgerak,akhirnye br nk bgerak…wuwu…saye tkut…nk tdoblik pn dh xberani..huhuhu knp jd cmni?tlg sy huhu

Reply

hafizmd February 21, 2014 at 6:58 am

Waa’laikumussalam.

Alluakbar. Kalau nak sedapkan hati, mungkin tak saudari Ina masa tidur tu, tangan tertindih dengan badan@bantal? Mungkin tidur tangan duduk bawah badan?

Saya sendiri ada juga beberapa kali tangan berasa kebas@kita panggil rasa semut-semut bila saya tersalah gaya tidur (tangan di bawah badan). Jadi, aliran darah tak lancar.

Kalau Ina terus risau, bolehlah dapatkan nasihat dan rawatan susulan jika perlu yer. InsyaAllah, semuanya ok. S

p.s- saya sekadar boleh beri semangat =)

Reply

Nieda March 6, 2014 at 6:24 pm

Tq for such a good article!…

Reply

hafizmd April 2, 2014 at 6:43 pm

Terima ksih nieda
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!

Reply

liana March 27, 2014 at 4:15 pm

saya selalu kebas tangan kiri atau kanan. Ia berlaku sejak lahir anak no.3. kemudian hilang apabila saya mengandung anak no.4. Selepas lahir anak no.4, ia berlaku sekali lagi dan smp sekarang tangan saya akan kebas kalo buat kerja/pegang barang. apakah rawatan yang sesuai. buat pengetahuan en, saya pernah jalani rawatan fisio selepas lahir anak no.3

Reply

Hafizmd March 27, 2014 at 4:19 pm

Puan liana. Saya taklah berani dah sarankan apa2 rawatan utk puan..

Namun..ada kawan saye yg beramal dgn habbatussauda..dan alhamdulillah ada kesan positif

Moga puan liyana sihat ceria dismping famly tersyg..

Reply

hilal April 7, 2014 at 10:33 pm

assalamualaikum..
saya ada masalah dengan 2jari.. ibu jari dgn jari telunjuk sebelah tangan kanan.sudah 2 hari x hilang x hilang langsung kebas dan tidak boleh pegang sesuatu barang walaupun kecil dengan kuat..saya sudah urut tetapi tiada kesan ape2..puncanya mungkin pasal kerja saya yg terlalu banyak menggunakan tangan dan berat..saya sudah pergi jumpa doktor tpi dia ckap masalah saraf yg biasa..tapi penyakit ini menganggu kerja saya…saya sudah mc 2 hari..apa yg perlu saya buat..

Reply

Hafizmd April 8, 2014 at 6:49 am

Waalaikumussalam.Masanya utk tuan berehat sebentar terutama bahgian tgn tuan. Gunakan rehat mc sebaik-baiknya. InsyaAllah saya doakan tuan sihat2 hndknya.

Maaf..tak dpt sya berikan pndgn melebihi apa yg doktor dah berikan.

Boleh mencuba kapsul habbatussauda. Ada yg ckp..berkesan utk hilangkan rasa kebas-kebas tangan. Jgn lupa minum air masak byk2 yer tuan.

Reply

Ainaa Roseberry April 27, 2014 at 2:28 pm

Ena dahulu selalu juga alami kekebasan pada tangan ena. Tapi sekarang dah okay sebab dah kurangkan menaip sekarang ni. Terima kasih atas nasihat dan perkongsian.
Baca entri terkini Blogger Ainaa Roseberry´s: SELANGOR BIRDS RACE 2014

Reply

Atul Jafri May 12, 2014 at 3:49 pm

Sekarang ni selalu sangat rasa kebas tangan sampai kaki belah Kanan . Penyakit yg Sama ke . Errr

Reply

Ustazah Ain June 17, 2014 at 7:58 am

Entah
Entah kenapa kebas pulak tgn akhir2 ni terutama bila memandu dan menanda buku latihan..
Baca entri terkini Blogger Ustazah Ain´s: Selamat Hari Bapa

Reply

noorazielawate August 16, 2014 at 7:35 am

Slm…ooo..rupenye saya mengidap sakit ni…ALLAH maha penyayang..alhamdulillah mungkin dberi kerana masih sygkan saya…pergelangan tgn saya rase kebas hingga ke hujung jari…tp tidak jari kelingking…dan alhamdulillah tak pernah membengkak…hanya kebas…tp akhir2 ni makin teruk…dan kerap sgt brlaku pd waktu2 pagi semasa tgh tidur…xsabar rasenye nk g jumpe dr..thanks for d info…

Reply

Hafizmd August 16, 2014 at 2:43 pm

As salam Noor.

Moga2 apa saja ujian yg diharungi memberi kekuatan utk Noor. Moga semuanya ok2 dan cepat sembuh. Ameen.

Reply

saiful August 17, 2014 at 8:01 pm

salam..
saya berumur 30 thn,kedua tgn kiri dan kanan hanya pada jari kelungking dan jari manis berasa kebas,jika dikatakan perlu berehat,telah 2 bulan saya tidak bekerja dan hanya berehat.Mengenai simptom yang saya alami ini terjadi lbih kurang 1.5 -2 bln yg lepas,sehingga skrg blm pulih.

Reply

Hafizmd August 21, 2014 at 11:40 pm

As salam.

Paling terbaik saya sarankan en saiful dapatkan nasihat dan pandangan doktor pakar dgn segera.

Semoga sihat2 hendaknya..ameen

Reply

saiful August 17, 2014 at 8:09 pm

hari terakhir saya bekerja ialah pada bulan puasa lalu,yang mana sampai kerumah,kaki kiri saya kejang, jari kelingking kiri dan kanan juga kejang. Untuk pengrtahuan dr. skop kerja saya mmg super heavy,sektor kilang sawit, contract plk tu..saya mula membygkn sindrom sy berpunca dr overload, x sesuai dgn saiz badan dan load kerja yg saya kerjakan? tetapi saya juga seorg intrrnet surfer

Reply

Hafizmd August 21, 2014 at 11:39 pm

Mungkin juga beban kerja yg berterusan. Boleh cuba rhat2kan anggota utk tidak terus membebankannya.

Apapun..saya doakan en saiful sihat sejahtera hendaknya…

p.s – saya bukan dr =)

Reply

saiful August 17, 2014 at 8:15 pm

habbatussauda tu apa dr.? mne nk dpt?
kdg8 bl sy rimas dgn kebas2 jari ni saya urut picit,sudahnya jari tu jadi panas, dan jika saya urut jg lg satu badan plk panas jadicm nk demam.

Reply

Hafizmd August 21, 2014 at 11:38 pm

Boleh dapatkan di kedai2 jamu. Biasanya ada. InsyaAllah

Reply

zaimah September 6, 2014 at 9:41 pm

Jari tangan mmg kebas dn sakit sekarang ni,,sdh 2 minggu x hilang, ingatkan kebas biasa tp ni kebas da lma sgt,,x jmp doktor lg sbb ingat kebas biasa,,

Reply

Hafizmd September 7, 2014 at 5:40 pm

Ada baiknya Cik Zaimah rujuk doktor utk bab2 kebas tangan ni. Jangan ditangguh2 yer.

Semoga semakin sihat dgn segera. Ameen

Reply

Nadya November 17, 2014 at 11:49 am

Assalamualaikum…
Org mmg tgh kbas tgn Nih simptom dia pun tpat… Kje kilang mmg bnyk bgerak… Klo diabetes ftin xda kut.. Risau pun ada… Klo umo org bru 21… Dh 2hri kbas… Bter ftin g checkup..

Reply

Hafizmd November 19, 2014 at 9:09 pm

Waalaikumussalam.

Saya faham. Kerja kilang mmg byk gunakan tangan tanpa hentikan? Apapun..kena jugak usahakan rehatkan tangan dan jari2.

Check up cepat2 yer..moga semuanya sihat2 kembali..ameen ameen ameen

Reply

abdul rasid November 18, 2014 at 9:38 pm

Baru jumpa doctor tadi (18/11/14) dan perlu dibedah dlm maaa sebulan 2 lagi. Tapi pada aku kalau boleh sekarang aku nak bedah..,,dah tak tahan kebas tangan kanan ni

Reply

Hafizmd November 19, 2014 at 9:07 pm

Allahuakbar. Moga dipermudahkan Allah operation nanti. ameen ameen ameen

Reply

mama solehah November 20, 2014 at 7:52 pm

penggunaan tangan yang berlebihan tu tak lehden nak buat apo…memang kena guna tangan 24 jam..
Baca entri terkini Blogger mama solehah´s: 5 soalan panduan memilih suplemen yang tepat

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge