Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan

 

Assalamua’laikum. punca kebas tangan
Apa punca kebas tangan? Tangan anda pernah rasa kebas? Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jemari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin kecil yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tak ambil kisah tentang kesihatan jari-jari tangan. Nak-nak mereka yang selalu gunakan jari dalam urusan harian termasuklah blogger! Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand. Untuk itu, saya kongsikan serba sedikit fakta berkenaan punca kebas tangan, gejala dan rawatan untuk kebas jari-jari tangan.

Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.
  2. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.
  3. Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.
  4. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
  5. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.

7 Punca Kebas Tangan

  1. Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dos!
  2. Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
  3. Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
  4. Pergelangan tangan kita pernah cedera.
  5. Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
  6. Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
  7. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.
  8. Kekurangan vitamin B12 dalam badan kita.

Ini antara punca-punca berlakunya rasa kebas di hujung jari tangan, tapak kaki, lengan atas dan bahagian kaki.

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)

  1. Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
  2. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
  3. Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
  4. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
  5. Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.

Rawatan/Langkah Pencegahan/Ubat Kebas Tangan & Kaki

Pertamanya, anda kenalah yakin bahawa setiap penyakit (ujian Allah ini) ada ubatnya kecuali mati. Paling penting, kita jangan putus asa untuk mencari penawar. Mungkin dah macam-macam ubat yang anda cuba tetapi masih belum berjaya mengurangkan rasa kebas dihujung jari mahupun kaki. Setiap kita mempunyai daya tindakbalas berbeza terhadap supplemen. Tak berjaya dengan supplemen ini, kita usaha dengan supplemen lain. Jangan putus asa, jangan hilang rasa yakin kepada semuanya ada penawar kecuali mati. Betul tak?

Jika anda masih mencari supplemen untuk mencegah dan insyaAllah merawat sakit kebas tangan dan kaki, bolehlah mencuba supplemen berikut:

  1. B-Complex: Mengandungi kandungan vitamin B 12 yang penting untuk badan.

b complex ubat kebas hujung jari tangan kaki

ubat kebas hujung jari tangan kaki

 

Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin.

Anda mahu berusaha cegah & rawat kebas-kebas? Saya sarankan ANDA AMALKAN beberapa supplemen. Contohnya vitamin complex B12 dan alfafa complex.

 

@hafizmd – Punca kebas tangan. Ingat yer, sederhana itu yang paling terbaik!

117 comments

  1. masa mengandung hujung2 tu, biasa ada, sebab tu kadang2 cramp.
    lagi satu, lepasa bedah hari tu de gak rasa kat tangan, esp bila tidur tangan tak rileks betul2. perubahan hormon kot. tapi skg, dah ok. tak de kebas2 dah

  2. woo.. maza pernah kena… barangakali disebabkan menaip dan menggelek tetikus..
    sekarang ini semakin pulih..

    terima kasih abg hafis..

    maklumat berguna ini maza hendak kongsi sama.. boleh?

  3. biasa pernah juga alami..dan waktu tu tangan pantang disentuh..memang rasa tak selesa..biasa nya biarkan sahaja dan beberapa minit akan hilang…bagus perkongsian ini..hehe

  4. memang selalu kebas tangan masa berbaring. salah ambik port sbb ruang ug sempit berkongsi katil ngan anak yg manja.u
    kaki pun biasa kebas juga. bukan setakat kebas…lenguh2 lagi. kalau boleh kasi bunyi bestnya.

  5. saya dulu alami gak masalah ini, tangan kerap kebas dan pening pening kepala, tapi alhamdullah lepas jumpa doktor doktor suruh rehat secukup nya jam 10 dah boleh tidur sebelum nie selagi tak pukul 2-3 pagi saya tak tidur… esok bangun pagi terus gie kerja…

  6. salam, saya baru lepas melahirkan baby umur 3 bulan…semenjak ni baru ada penyakit kebas tangan terutama lepas bangun tido…dah pegi check doc…gula semua okay…takkan sbb kerja angkat baby berat 6 kilo ni kan…

    1. As salam,
      Alhamdulillah.Pn Shizuka sihat.
      Mungkin jugak sebab salah posisi tgn masa tidur, mungkin tangan yg kebas tu diletak dibwah sesuatu dalam masa yg lama.
      Moga pn shizuka dan baby sihat sentiasa =)

  7. Tangan saya rasa kebas bila setiap pagi selepas bangun.Saya bimbang kerana ada rakan memberitahu saya bahawa mingkinini adalah punca awal sakit jantung.Saya sangat risau…………………………..

    1. Tiada apa yg pasti jika hanya andaian. Saya sarankan mr thiaga jumpa doktor dan ceritalah apa yg patut. Selagi kita tak tanya, selagi tu tiap2 hari kita risau. Betul tak mr thiaga? Moga2 mr thiaga sihat dan ceria =)

    1. betul tu dja, ramai yg sangka ianya ada kaitan dgn sakit jantung…tu yg ramai jadi risau tnpa tahu sebab sebenar…

      terima kasih dja berkongsi link…moga ramainyg mendapat manfaat darinye…

  8. skrg rase kebas kat ibu jari tgn knan n kiri..pergelangan tgn kiri pnh terseliuh n smpai skrg xsmbuh lagi..smpai msuk angin..kdg2 kalo slh hayun tgn,prgelangan skit gile cm ade bnde cucuk2 kt pergelangan..pagi ni ibu jari bru trase kebas cm cramp pn ade..hoho.

  9. Ya Allah saya sebijik kena sakit camni. Dr.ortopedik suh saya stop bf my baby 6 months sbb tak boleh angkat berat dan hormin related ngan sakit ni huhu ade cara yg ssuai x sbb pergi berurut x jd ape2. Sy nk bf ank lg sdih sbb kne stop bf 🙁
    Terima kasih

    1. Allahuakbar. Berat rasanya saya yg membacanya. Lebih2 lagi anak puas sedang bf.

      Mungkin jika puan nak juga cuba, bolehlah cuba perubatan alternatif sperti homeopati. Cuma puan pastikan ianya tak menjejaskan kesihatan puan dan baby utk bf nanti.

      moga puan diberi kekuatan dan kembali sihat sediakala…ameen ameen ameen

  10. Tanda-tanda tu semua sy dah rasa… jumpa doktor dia bg neurobione pil vits tak ok jugak… doktor pon ckp masalah saraf kot tp mcm tu je la die ckp dia kata xde ape tp bile tgk kat internet org kate jgn ambil mudah pasal kebas2 lenguh tgn ni risau jadinye rase mls nak pi klinik kerajaan ni ..sy dah penah buat fisioterapi sendiri tgk kat internet kurang sikit tapi bila cuaca sejuk jadi balik.. stress nya rasa.. pastu cuba plak urutan tapak kaki 3 minggu xde rase kebas2 lenguh… tapi pastu jadi balik.. xtau nak uat ape lg.. 🙁

    1. Allahuakbar. Berat membacanya, berat lagi kak yong yg menanggungnya. Bykkan bersabar ek kak yong.

      Kak yong dah cuba jaga makan tak? kot2 ada makanan yg nak kena kurangkan. Contohnya, pengambilan kuantiti nasi.

      Saya tak berani nak beri apa2 cadangan pada kak yong. Maaf yer kak yong. Moga diberi kemudahan dan bantuan Allah jua utk sembuh…ameen

  11. Saya setiap hari akan merasa skit kebas2 tanga nie.kebas yabg lain mcm.rasa mcm tangan membengkak.Sakit sampai menangkap ke bahu.Setiap pagi dalam lingkungan kul 3-4 pagi mesti terbangun.Skrg nie sya goyangkan tanagan masa kebas dah x berkesan pape.Dulu doc penah cek dia kata sindrom nie sya kena.Lepas tue saya rehatkan bdn dan control mkn…alhamdullilah baik sikit.Kalau kebas dh menyerang…naktekan suis pun x mampu rasanya…mmg setiap pagi berjuraian airmata…sakitnye mcm org nakntanggalkan tangan kite….Skrg pun sye bru kena kebas..saya tuam tangan dengan air panas…baru lega sikit….lepas baca artikel nie…esok nak jumpe doc.dah tak tahan sangat dh..sakit nielah merupakan jam loceng saya…hehehehe……

    1. Allahuakbar. Moga diberi kesabaran utk hadapi ujian Allah ni. Pasti ada ubatnya..insyaAllah.

      Moga2 ada jalan selesai dgn iktiar jumpe doktor esok..insyaAllah…ameen

      Saya doakan yg terbaik utk ctakhtar…ameen

  12. Assalamualaikum…sblm ni sy selalu rse sakit di antra jari telunjuk n ibu jari…rse sengal2 n sakit…dia dtg sakit smgu..kmudian hilang..pastu nnti sbln akn dtg, die dtg smula..brulang2 kali yg sama…skrg ni dia dtg smula sakit tu tapi lama…dlm sbulan lebih da..pasti ditmbh plak kebas hujung jari telunjuk n ibu jari spnjg masa…kalo sejuk mlm2, lagi sakit smpai trbgn tdo…rse cramp..skrg ni pon rse kebas je..xselesa..:-( ade kah kaitan dgn syndrome ni ye? Mohon pnjelasan…tq

    1. Waa’laikumussalam Nurul.
      Nampaknya, jalan terbaik yg dapat saya cadangkan hanyalah utk usaha minta pandangan doktor. Mungkin doktor akan berikan vitamin/supplemen yg bersesuaian.
      Maaf yer, tak dapat saya berikan penjelasan lanjut. Moga diberikan kesihatan yg baik.ameen

  13. Salam…Saya sakit jari tunjuk hampir 2 minggu dan melarat ke pergelangan tangan dan lengan..semuanya kebas…setiap hari perlu diurut supaya kembali normal…dan setiap jam kebas kembali.apakah yg perlu saya buat.

    1. As salam Suhaila.

      Allahuakbar. Saya nak rekomen pun tak berapa nak pandai. Tapi ada kawan saya try makan kapsul habbatussauda. Ada kesan positif.

      Suhaila nak cuba? Moga2 kembali sihat sejahtera…ameen

  14. assalamualaikum..saya mengalami masallah kebas dn sakit tangan sebelah kanan sahaja..ada masa2 saya merasa terlalu sakit..tapak tangan dn jari2 terasa panas..apakah suplemen yang harus ambil..

    1. Wa’laikumussalam.

      Ada rakan saya yg mencuba habbatussauda. Alhamdulillah, katanya berkesan. Habbatussauda lagipun antara makanan yang Nabi sebut penawar segala penyakit kecuali yg 1 itu.

      Kalau perlukan bantuan utk dapatkan habbatussauda, boleh cakap kat saya yer..terima kasih. Moga sihat2 sentiasa. Ameen.

  15. Assalamualaikum..sy mmg buat kje mggunekn komputer.sy tdo ok je tp arini tgn kanan sy kebas sampai xboleh bergerak…sy tersedar dr rdo td,n tgn kanan sy xboleh bgerak….ya Allah,tkutnyeeeee..sy pkse tgn sy bgerak,akhirnye br nk bgerak…wuwu…saye tkut…nk tdoblik pn dh xberani..huhuhu knp jd cmni?tlg sy huhu

    1. Waa’laikumussalam.

      Alluakbar. Kalau nak sedapkan hati, mungkin tak saudari Ina masa tidur tu, tangan tertindih dengan badan@bantal? Mungkin tidur tangan duduk bawah badan?

      Saya sendiri ada juga beberapa kali tangan berasa kebas@kita panggil rasa semut-semut bila saya tersalah gaya tidur (tangan di bawah badan). Jadi, aliran darah tak lancar.

      Kalau Ina terus risau, bolehlah dapatkan nasihat dan rawatan susulan jika perlu yer. InsyaAllah, semuanya ok. S

      p.s- saya sekadar boleh beri semangat =)

  16. saya selalu kebas tangan kiri atau kanan. Ia berlaku sejak lahir anak no.3. kemudian hilang apabila saya mengandung anak no.4. Selepas lahir anak no.4, ia berlaku sekali lagi dan smp sekarang tangan saya akan kebas kalo buat kerja/pegang barang. apakah rawatan yang sesuai. buat pengetahuan en, saya pernah jalani rawatan fisio selepas lahir anak no.3

    1. Puan liana. Saya taklah berani dah sarankan apa2 rawatan utk puan..

      Namun..ada kawan saye yg beramal dgn habbatussauda..dan alhamdulillah ada kesan positif

      Moga puan liyana sihat ceria dismping famly tersyg..

  17. assalamualaikum..
    saya ada masalah dengan 2jari.. ibu jari dgn jari telunjuk sebelah tangan kanan.sudah 2 hari x hilang x hilang langsung kebas dan tidak boleh pegang sesuatu barang walaupun kecil dengan kuat..saya sudah urut tetapi tiada kesan ape2..puncanya mungkin pasal kerja saya yg terlalu banyak menggunakan tangan dan berat..saya sudah pergi jumpa doktor tpi dia ckap masalah saraf yg biasa..tapi penyakit ini menganggu kerja saya…saya sudah mc 2 hari..apa yg perlu saya buat..

    1. Waalaikumussalam.Masanya utk tuan berehat sebentar terutama bahgian tgn tuan. Gunakan rehat mc sebaik-baiknya. InsyaAllah saya doakan tuan sihat2 hndknya.

      Maaf..tak dpt sya berikan pndgn melebihi apa yg doktor dah berikan.

      Boleh mencuba kapsul habbatussauda. Ada yg ckp..berkesan utk hilangkan rasa kebas-kebas tangan. Jgn lupa minum air masak byk2 yer tuan.

  18. Ena dahulu selalu juga alami kekebasan pada tangan ena. Tapi sekarang dah okay sebab dah kurangkan menaip sekarang ni. Terima kasih atas nasihat dan perkongsian.

  19. Slm…ooo..rupenye saya mengidap sakit ni…ALLAH maha penyayang..alhamdulillah mungkin dberi kerana masih sygkan saya…pergelangan tgn saya rase kebas hingga ke hujung jari…tp tidak jari kelingking…dan alhamdulillah tak pernah membengkak…hanya kebas…tp akhir2 ni makin teruk…dan kerap sgt brlaku pd waktu2 pagi semasa tgh tidur…xsabar rasenye nk g jumpe dr..thanks for d info…

  20. salam..
    saya berumur 30 thn,kedua tgn kiri dan kanan hanya pada jari kelungking dan jari manis berasa kebas,jika dikatakan perlu berehat,telah 2 bulan saya tidak bekerja dan hanya berehat.Mengenai simptom yang saya alami ini terjadi lbih kurang 1.5 -2 bln yg lepas,sehingga skrg blm pulih.

  21. hari terakhir saya bekerja ialah pada bulan puasa lalu,yang mana sampai kerumah,kaki kiri saya kejang, jari kelingking kiri dan kanan juga kejang. Untuk pengrtahuan dr. skop kerja saya mmg super heavy,sektor kilang sawit, contract plk tu..saya mula membygkn sindrom sy berpunca dr overload, x sesuai dgn saiz badan dan load kerja yg saya kerjakan? tetapi saya juga seorg intrrnet surfer

    1. Mungkin juga beban kerja yg berterusan. Boleh cuba rhat2kan anggota utk tidak terus membebankannya.

      Apapun..saya doakan en saiful sihat sejahtera hendaknya…

      p.s – saya bukan dr =)

  22. habbatussauda tu apa dr.? mne nk dpt?
    kdg8 bl sy rimas dgn kebas2 jari ni saya urut picit,sudahnya jari tu jadi panas, dan jika saya urut jg lg satu badan plk panas jadicm nk demam.

  23. Jari tangan mmg kebas dn sakit sekarang ni,,sdh 2 minggu x hilang, ingatkan kebas biasa tp ni kebas da lma sgt,,x jmp doktor lg sbb ingat kebas biasa,,

  24. Assalamualaikum…
    Org mmg tgh kbas tgn Nih simptom dia pun tpat… Kje kilang mmg bnyk bgerak… Klo diabetes ftin xda kut.. Risau pun ada… Klo umo org bru 21… Dh 2hri kbas… Bter ftin g checkup..

    1. Waalaikumussalam.

      Saya faham. Kerja kilang mmg byk gunakan tangan tanpa hentikan? Apapun..kena jugak usahakan rehatkan tangan dan jari2.

      Check up cepat2 yer..moga semuanya sihat2 kembali..ameen ameen ameen

  25. Baru jumpa doctor tadi (18/11/14) dan perlu dibedah dlm maaa sebulan 2 lagi. Tapi pada aku kalau boleh sekarang aku nak bedah..,,dah tak tahan kebas tangan kanan ni

  26. Assalamualaikum..masalah saya ialah..dlm jangka setahun ini..sy telah mengalami masalah kebas2 di hujung jari di sebelah kanan sahaja..sy sudah beberapa kali ke klinik utk membuat rrawatan . doktor ada mengambil darah sy utk pastikan yg sy ada mengidap penyakit kencing manis atau tidak. Alhamdulillah..sy didapati tiada penyakit tersebut. . tetapi masalah kebas2 di hujung jari sy ini masih lagi berterusan..sy agak risau dgn masalah yg dihadapi sekarang ni. .

    1. Waa’aliakumussalam en mohd.

      Moga2 Allah memberi anda kesabaran dan menemukan anda dgn penawarnya. Pasti ada ubatnya insyaAllah.

      Kalau anda nak cuba, boleh cuba kapsul atau mintak habbatussauda. Moga2 anda sihat sejahtera. ameen.

      terima kasih sudi berkongsi cerita.

  27. Salam, baru2 ni saya selalu rase kebas di tgn kanan, kiri n kaki.pastu kadang2 panas.sampai sakit kepala bahagian kiri.badan sebelah kiri pun panas je.pastu badan jd lemah.saya pun ade mengalami gastrik.lepas tu juga saya baru buang hempedu sebab ade bt.saya x tau ape punca jadi macam ni.adakah pasal gastrik?

    1. Bdan lesu atau lemah mungkin berpunca kurang nutrien tertentu. Amalkan makanan seimbang. Oleh sebab Sue ada gastrik…jadual makan mestilah tepat yer. Moga sihat sejahtera hendaknya.

  28. Mak saya selalu kebas tangan, nak bawa kereta gi kerja pun x boleh sebab kebas tangan. Dulu gi hosp doc bg buat therapy dgn lilin x de kesan pun. Harap2 dgn info ni sy blh tolong mak

    1. InsyaAllah. Usaha ek. Jgn putus asa. Boleh cuba habbatussauda dulu. try sikit2 dulu tgk macam mana. Semoga Allah sembuhkan dan beri kesihatan yg baik kepada mak Wani.

  29. Saya pernah kebas-kebas bila bgn tido.. Bangun secara mengejut sampai jatuh terduduk terkulai di lantai.. Baru tahu ketika itu kaki saya dah xde rasa.. Saya relax 5 minit, lps itu kaki rasa mencucuk-cucuk sakit.. Lps 10 minit baru saya berdiri.. Jumpa doktor ambil darah & result darah semUa OK.. Skrg masih kebas-kebas di kaki & tangan.. Harap dapat membantu..

  30. Assalamualaikum

    Saya sedang menghadapi kebas n sakit tangan sebelah kiri, dari jari sehingga ke lengan. bila mengengam pun terasa sakit..sudah berjumpa doktor dan doktor telah bagi neurobion tuk saraf untuk 2 minggu. walaubagaimanapun setelah 3 hari makan sakit tersebut masih lagi terasa..

    1. Waalaikumussalam.

      Saya doakan moga Nurlisa disembuhkan Allah jua.

      Jika nak cuba, boleh amalkan habbatussauda. Kapsul atau minyak. Jgn lupa minum air masak byk2 ek.

  31. Saya dapat penyakit lengan kanan saya sampai tidak dapat angkat tangan langsung. Semuanya kerana kemalangan kecil iaitu tergelincir gara-gara lantai licin. Adakah cara untuk pilihkan lengan saya dan mintalah ia diangkat semua? Info:- Ia berlaku 2 hari sebelum puasa bermula. Sekarang, dah 4 atau 5 hari masih tidak dapat angkat tangan… Kalau angkat, pasti sakitkan. Berkemungkinan masalah sendi atau otot atau benda lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *