Syabas Harimau Malaya dan dot dot

Assalamua’laikum.
Apa? Korang tak puas hati? Rasa nak karate jer leher pengadil Korea tu? Sabor yop…sabor. Atenye, pengadil tu manusia juge…udoh suke main kad, sampe lupe etike. Apa namenye? Lee Ming Yu? Kacak ke? Nak tengok ghupenye? Kat sini takde gambornye, yop kene jenguk blog paling popular di Bandar Baru Bangi tu haaa…kat situ panjang ceritenye.

Apa yang dot dotnya? Meh sini ambe cerita…
1. Ambe tetap bangga dengan pasukan Harimau Malaya yang layak ke separuh akhir. Ramai yang rasa kita tak mampu lepas peringkat kumpulanpun. Kalah tetap kalah, tapi tetap kena ada post-mortem. Kat bawah ni ambe tulis apa yang ambe rasa. Setuju atau tak, terpulang…
2. Malam ni memang pemain kita ramai yang out. Serba tak kena. Memang nampak sangat tak menjadi dan…
3. Nampaknya, kad merah yang langsung tak logik untuk Fadhli Shas benar-benar kasi moral dan fokus pemain kita lari. 2 gol dalam masa 6 minit! Mamat siam yang provok dia lepas camtu jer. Memang macam dah rancang nak ‘keluarkan’ Fadhli Shas yang dah kena kad kuning.
4. Kenapa coach Raja tak tukar pemain awal-awal separuh masa kedua? Yang ni memang benar-benar mengganggu medula oblongata dan tulang rusuk ambe malam ni.
5. Nampaknya, coach Raja pasti akan letak jawatan lepas ni sebagaimana ynag dia janji sebelum kejohanan. Dia akan dikenang sebagai antara jurulatih terbaik pernah kita ada.
6. Nor Shahrul Idlan memang terbukti penyerang terbaik Malaysia setakat ni.
7. Nak tak nak, ambe teringat ketajaman tandukan Hairuddin Omar, larian deras dan kawalan tengah yang baik Badri Radzi dan mutu gelecekan serta tendangan berbisa Nor Farhan.

Tak cukup 7 perkara? Pandai-pandailah korang tambah. Ingat, puji jangan melambung, kutuk jangan berlebih. Kita tetap sayangkan skuad Harimau Malaya sampai bila-bila. Apa yang ambe tulis, sekadar pandangan ambe yang sayangkan sukan bola sepak Malaysia!

@hafizmd – Tahniah juga buat peminat Harimau Malaya yang terbang ke Bangkok malam tadi dan korang semua yang sentiasa sokong Harimau Malaya. Korang memang terbaik! Tahniah Harimau Malaya dan kita jumpa lagi Piala AFF Suzuki 2014.