Segmen Review Sesama Blogger
Assalamua’laikum.
Segmen Review Sesama Blogger. Ambe bab-bab review ni segan sebenarnya. Maklumlah, blog ambe blog picisan saja, tapi dah ada blogger otai yang buka ruang dan peluang, inilah saat dan ketikanya untuk bertindak. Untuk berjaya, tindakan adalah langkah penting berbanding angan-angan. Setuju? Siapa blogger otai yang anjurkan segmen review ni? Siapa lagi kalau bukan pemilik tagline “Life In Between Mom”. Dah dapat dah? Betullah tu, pemilik blog puanbee.com. Syaratnya cukup mudah dan hadiahnya juga cukup meriah!
Nak tau pasal syarat, sila klik entri segmen review ni kat sini, “Segmen Review Sesama Blogger”. Ada 4 syarat utama yang ambe rasa sangat mudah dan tak renyah nak buat. Tak percaya? Sila redah sendiri. Ok. Sekarang nak kena review serba sikit pasal blog ambe ni, blog puanbee.com dan juga blog lensablogger.com. Sekadar review ringkas…
Blog hafizmohd.com
- Blog ni sebenarnya blog personal kedua ambe. Blog pertama? Ambe dah ‘tutup’. Ambe sudah ada 2 anak. Sepasang yer. Ada juga ambe selitkan celoteh si Kakak, contohnya dalam entri “Celoteh Kakak – Angsa?“.
- Entri pertama. Domain dan hosting blog ni awalnya dapat percuma selepas menang kontest anjuran Bro Rohaizad. Boleh baca kat entri ni, “Domain & Hosting Percuma“.
- Antara ayat power yang benar-benar memberi inspirasi ialah daripada Blogger Kak Jie. Kata Kak Jie, “Bila ada hosting dan domain sendiri secara tak langsung kita akan lebih menghargai blog..dan tentukan akan lebih berusaha untuk memajukan diri sendiri..mencabar kemampuan diri..” (ditulis oleh Kak Jie pada 28 Januari 2010).
- Dulu, blog ni memang blog campur-campur macam ABC. Sekarang, ambe cuba untuk lebih kecilkan nichenya kepada sukan (bola sepak), petua kesihatan dan isu semasa (asal bukan politik). Memang terkesan dengan entri Blogger Denaihati tentang “Membina jenama dengan niche blog”.
- Pencapaian setakat ni? Kalau sebut pencapaian memang subjektif. Ukuran wang ringgit memang bukan asasnya, walaupun niat asal berblog memang untuk menjana wang sampingan. Adalah dapat tapi tidaklah banyak. Kepuasan berkarya dan tambah kenalan serta ilmu lebih ambe utamakan. Dah jadi macam hobi dah…hehehe
- Antara entri yang ambe tulis biasanya ada nama yang ambe cipta. Contohnya Pak Din. Ada beberapa entri tentang Pak Din iaitu Pak Din Bolognese, Misteri Kebun Pak Din, Pak Din & Lelaki Menopaus dan terkini Pak Din & iPhone 5.
Blog puanbee.com
- Paling menarik ialah themes yang Puan Bee guna sekarang. Memang cukup kemas dan cantik. Bak kata Pak Din Bolognese, “Sodap mata memandang, sodap lagi orang yang memakainya”. Ambe kasi 4.5 bintang untuk rekabentuk ni. Jeles!
- Paling terkini, naskhah “Al-Fatihah Untuk Abah” dan “Taubatku Taubat Nasuha”. Serius best baca. Ambe cadangkan supaya Puan Bee buatkan cerpen ni dalam format ebook (pdf). Senang nak download dan baca bila-bila. Boleh ke Puan Bee? Untuk tu, ambe Like page puanbee.com!
- Entri pertama. Setakat yang ambe korek di peta laman, entri “8 Cara Jadikan Anak Genius – Dr. Fadhilah Kamsah”, bertarikh 5 September 2010. Apa yang menariknya? Hanya ada 8 komen! Cuba tengok entri sekarang…berpuluh malah beratus komen!
- Bakal pemenang iPhone 5? Mungkin juga. Untuk itu, ambe sudah klik g+1 untuk entri iPhone 5 Gadget Impian.
- Kalau nak berjaya, kena ikut langkah orang yang berjaya tu lakukan. Jadi, ambe jadikan blog puanbee.com antara jambatan ilmu untuk turut berjaya. Harap Puan Bee terus menjadi pemurah dalam berkongsi apa saja tips dan cerita bermanfaat. Terbaik!
Blog lensablogger.com
- Blog yang nampak macam baru tapi menurut Puan Bee, blog ni milik seorang blogger yang blog lamanya sudah dihack. Jahat sungguh hacker itu!
- Pemilihan themes memang kemas dan menarik. Sesuai sangat dengan nama lensa, setiap entri diselit gambar. Best!
- Entri kesihatan seperti entri “Kanser-Durian Belanda 10,000 Kali Lebih Baik dari Kemoterapi” memang patut diperbanyakkan. Untuk itu, ambe Like lensablogger.com!
- Serius, blog ni antara blog yang patut kita baca dan terjah. Banyak info-info menarik yang dikongsi.
Itulah saja review ringkas ambe untuk segmen kali ni. Kalau terkurang dan tersalah, silalah ketuk kotak komen di bawah yer…
“Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com , Pondokkecil.com , Servis Tempahan Design , Anarm.net , PaPaMifz.com , Ciklaili.com ”.
@hafizmd – Kalau ada yang berminat, dipersilakan untuk sama-sama memeriahkan segmen ni. Apa tunggu lagi?hehehe…
Selamat berjaya dengan segmen review sesama blogger yang disertai.
terima kasih bro AB.
pssst..dah dapat buku yg ambe pos?
Terima kasih kerana menyertai segmen review ini , terharu den , tk ramai yang luangkan masa untuk memeriahkan segmen ni , walau apa pun review blog mu akan di buat nanti , sementara itu link akan di letakkan di sidebar ..
bab PDF tu jom kita sembang di facebook , saya budak baru belajar ..
tq sekali lagi ..
Terima ksih kembali. Mereka sibuk tu..nanti2 mesti ramai yg serbu..
p.s-ambe jenguk balik fb utk update pasal ni
Susah ni kalau nak review blog dia orang. Nak cari kelemaham mereka utk diulas, nak cari kelebihan utk dihurai. W/apa pun tahniah buat HAFIZMD.
Terima kasih S2020!
all d best utk kontest ni.. lau de rezeki, alhamdulillah.. chaiyok..
Terima kasih
dia tuliss dahhh..hehe
Mesti tulis maaa…hehe
all the best der, ambe kalau buat review macam masih kelaut
Terima kasih OL..ambe kelaut juga..hehe
ni contest ker bro
Ala2 GA
bagus juga segmen ni
boleh beri maklumat untuk rakan2 yang lain
tahniah dan selamat berjaya
Terima kasih cikgu. ameen
Semoga berjaya bro dengan segmen review. HP tak pandai buat review.
Terima kasih bro HP.
kalau bab review ni memang fail abis..hhehehehe..
ape pun semoga berjaya dalam segmen ni bro..
Ambepun sekadar mencuba..
Terima kasih bro pipoq
gud luck boh..hehe..hebat cadangan yang diberikan pada puanbee tu..memang betul buat file pdf senang nak download sikit..hehe
Sedang diusahakan..moga tercapai…ameen
hai bro, good luck diucapkan, hujung tahun ni memang banyak contest yang diadakan..
terima kasih bro donny
selamat berjaya bro dgn contest ni. saya kurang sikit lah bab2 review ni. mcm bro gak..saya mungkin akan mengekalkan beberapa niche dan mencipta jenama seperti entri yg baru ni.
Terima kasih bro ladfe..ambe sekadar mencuba
gud luck yer 🙂
terima kasih sara
dah lama xjoin segmen..nati kl smpt nak join jgk weekend ni..
Terima kasih cik tom..cik tom mmg sibuk awal2 tahun nikan?
Assalam..
Dah lama jugak tak join apa2 aktiviti blog…kekangan masa…
Assalam,
Takpe iza..ada masa bolehlah masuk, kalau tak, tengok jer…