“Dia panggil saya pakcik?”

Assalamua’laikum.
Tempat: Di sebuah stesen minyak sekitar Ipoh.

“Abang, tadi ada perempuan call…” pantas isteri ambe memberi laporan sambil tangan membuka pintu kunci kereta.

“Perempuan? Sape?…” ambe selamba jer jawab tanpa rasa ragu-ragu.

“Entahlah…tapi dia cakap abang ada singgah kat tempat dia tadi…” isteri ambe jugak membalas soalan ambe penuh ‘kesempoian’.

“Perempuan mana pulak ni…aku takde pulak singgah mana-mana tadi…awek mana pulak ni?” otak ambe cuba menggagau peristiwa 2 jam lepas. Belum sempat ambe jumpa jawapannya, isteri ajukan lagi soalan berikut.

“Aiii…perempuan mana pulak ni? Tadi abang singgah mana lepas makan roti canai?” soal isteri nak detektif Conan.

Ambe terdiam. Mencari jawapan. Melihat ambe yang semacam terkedu, isteri pantas memberi satu klu untu ambe.

“Dia panggil abang pakcik…katanya abang singgah nak ambil name card…” terang isteri jelas dan terang.

“Oooooo…name card. Memang ada singgah tadi. Awak ada sekali tadi,kan? Tapi kenapa pulak dia panggil abang ni pakcik?” ambe menjawab macam tak puas hati dengan cashier perempuan tu.

“Aiii…abangkan dah nak masuk 30, oklah tu panggil pakcik…” selamba jer isteri menjawab. Ambe tak cakap apa-apa.

“Ke abang nak ayat penyedap?, isteri cuba memberi cadangan jawapan untuk ambe.

“Mungkin dia nak panggil abang kot, tapi sebab saya yang angkat, terus panggil pakcik…agaknyalah…kan bang?” balas isteri bernada selamba.

Ambe terus terdiam tak cakap apa-apa. Isteri tambah lagi, “Saje nak test jer..tau dah..”. Selang seminit, kami sama-sama ketawa….hahahaha

@hafizmd-rumahtangga mesti kena ada gurau senda, baru best!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.