Pembelian Online:Kedekut atau Takut?

Assalamua’laikum.
Anda pernah beli barang secara atas talian/online? Apa produk fizikal pertama yang anda beli? Baju? Kasut? Beg tangan? Perfume? Alat solek? Uissh..jenuh ambe kalau nak buat senarai. Sebenarnya, idea pasal entri ni terhasil selepas ambe baca satu komen menarik seorang blogger yang sinonim dengan cendol dan novel Ain Maisarah yang dah masuk episod ke…lupa ke berapa daa…hahaha.siapa lagi kalau bukan blogger Titan (tersedak cendollah ambe sebut nama dia ni…hahaha). Apa kata Titan tentang beli barang secara online?

titan says: “orang malaysia memang kedekut. hehe..”

Betul ke orang kita ni kedekut bila dalam bab membeli secara online? Kalau ikut tafsiran DBP, kedekut ialah sangat berkira-kira hendak membe­lanjakan wang. Apakah takrif berkira-kira itu kita boleh tafsirkan sebagai seseorang yang teliti dalam urusan kewangan? Kalau betul, maksudnya tak salah kita “kedekut” bila berbelanja secara atas talian. Betul tak? Itu pendapat bro Titan yang baru jer habis layan filem Aku, Dia dan Tong Sampah (kalau lu ada pendapat lain, sila kasi komen yer…hehehe).

Kedekut tu satu hal. Ambe rasa orang kita masih suka dan gemar pembelian jenis lama iaitu tengok, pegang, belek dan rasa. Contohnya kalau nak beli baju, mesti pegang dulu nak rasa kualiti kain. Nak cuba pakai dulu, takut nanti tak muat. Kalau beli atas talian, mana dapat buat semua ni. Setakat ni, belum ada lagi teknologi yang membolehkan kita “merasa” terlebih dulu barang yang nak dibeli! Cuba bayangkan kalau ada teknologi ni. Fuh!

Bro Shraqs pulak kata, “…rasanya orang Malaysia ni masih was was dengan pembelian online kot”. Was-was pun satu hal jugak. Dahlah kita diajar untuk menjauhi perkara was-was. Betul tak? Was-was, kedekut dan takut tertipu. Ini mungkin antara sebab kenapa trend pembelian atas talian masih lagi kurang berjaya di Malaysia.

Itu juga memungkinkan Google masih lagi belum mengembangkan pengiklanan Adsense sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan juga untuk blog berbahasa Melayu seperti yang dibincangkan oleh Blogger Shraqs dalam entrinya, “Boleh ke pasang Adsense di blog Bahasa Malaysia?”. Boleh ke pasang sebenarnya? Silalah baca entri tu. Ada jawapannya!

Pembelian barang online. Kedekut atau takut? Anda ada pengalaman menarik nak dikongsi bersama? Mana tahu, lepas ni ada yang mula nak berjinak-jinak membeli barang fizikal secara online/atas talian.

@hafizmd – Mula nak membeli buku secara online…hehe