9 Ciri Suami Idaman
Assalamua’laikum.
Ciri suami idaman. Elok benar rasanya kalau ambe berkongsi serba sikit tentang ciri-ciri seorang suami idaman dambaan seorang isteri. Mana taknya, cuti sekolah dah nak habis, maka kadar jemputan ke kenduri kahwin juga bakal berkurangan. Para suami yang baru diijab-qabul, pastinya masih lagi berdebar dan teruja dengan status terkini iaitu sebagai suami. Para lelaki yang dah lama menamatkan zaman bujang juga macam ambe ni sepatutnya merenovasikan ciri-ciri seorang suami baik lagi soleh. Bukan rumah saja yang perlu diubaisuai, ciri dan cara kita juga perlu diubahsuai sama demi mendirikan sebuah rumahtangga bahagia. Jom pakat teliti 8 ciri menjadi suami idaman lagi hebat! 8 Cara Menjadi Suami Hebat
- Ciri suami idaman- Boleh jadi Tok Imam. Kalau suami boleh jadi Imam, inshaaAllah ada potensi untuk jadi suami soleh. Kalau tak boleh jadi imampun, jadi makmum kat surau pun boleh. Yang tak berapa nak boleh ialah kalau tak tau langsung jalan nak ke surau masjid walaupun dah tinggal kat situ lebih 5 tahun!
- Ciri suami idaman – Lebihkan agama. Kita selalunya tak berkira nak pasang pakej internet paling laju atas dunia, pakej astro paling hebat tapi kita lupa dan berkira nak beli buku agama, sejadah, telekung isteri dan sama-sama membaca buku ilmiah bersama keluarga.
- Ciri suami idaman – Cukup matang. Percaya atau tak, isteri memang akan minta pendapat suami dalam membuat keputusan walaupun isteri mungkin dapat membuat keputusan sendiri. Untuk suami, boleh guna ayat penyedap ni bila isteri tanya pendapat, “Ok..abang rasa pendapat sayang tu ok dan praktikal, jadi kita guna idea sayang kali ni…” haaa…nampak tak?hehe…
- Ciri suami idaman – Terer bab memasak. Siapa tak suka kalau suami pandai masak? Nak-nak kalau pandai masak macam-macam. Hujung minggu waktu yang sesuai untuk suami tunjuk skill masak kat isteri dan anak-anak. Kalau tak pandai, cukup setakat potong-potong sayur. Potongpun tak pandai? Makan sampai habis lauk yang isteri korang masak! Kat rumah mertua, elok simpan skill tu dulu, takut ada kecelaruan di hujung hari nanti…
- Ciri suami idaman – Pandai buat sendiri’. Ramai yang salah sangka bila cakap bab gosok baju, basuh baju dan lipat baju. Jangan harap isteri sorang-sorang tunggang terbalik buat itu dan ini. Suami kenalah ringankan tangan tolong basuh baju (mesin yang basuh, bukan basuh tangan), jemur baju dan lipat baju. Senang dan mudah. Hasilnya? Korang cubalah sendiri, baru tau! Tak kahwin lagi? Praktis lipat baju sendiri dulu…
- Ciri suami idaman – Ada prinsip hidup. Kata orang ada pendirian. Jangan jadi macam lalang, kena tiup angin ke kiri ke kanan. Kalau dah buat keputusan (selepas berbincang dengan isteri), kekal pada keputusan.
- Ciri suami idaman – Pandai jaga anak. Jangan harap isteri buat semua kerja rumah. Biarlah sama-sama penat, sama-sama seronok. Paling tidak, bangun buatkan susu untuk anak. Ok? Ramai yang rasa suami malas nak bangun malam buat susu dan tukar lampin. Betul ke? Mungkin betul…hahaha..(tips: elok digalakkan isteri untuk menyusu badan untuk bayi). Korang boleh tidur sampai pagi…hehehe (jangan hanya pandai ‘buat’ anak…opsss).
- Ciri suami idaman – Suami macam ‘google’. Ini bahagian paling menarik. Kalau isteri korang tanya bab komputer, korang tahu. Tanya bab politik…bersembur air liur, tanya bab ekonomi…habis buku boleh catat, tapi jangan tanya bab darah…korang tersipu-sipu nak jawab!
- Ciri suami idaman – Pandai bergurau – Kalau suami serius jer sepanjang tahun, macam mana agaknya? Kenalah pandai bergurau dan ambil hati isteri. Kalau isteri suka makan waffel coklat, balik kerja singgahlah beli sekeping untuk dia. Pasti senyum lebar!
- Tunggu korang tambah…nanti ambe tambah kat sini…silap-silap ambe bukukan terus..hahahaha
Itulah saja peringatan sempena hari Isnin dan beberapa tips untuk kita renovasikan ciri-ciri seorang lelaki biasa menjadi seorang suami idaman dan hebat lagi soleh. Bukan senang nak jadi suami terbaik. Tak dapat jadi terbaikpun, jadi yang paling baik untuk isteri dan anak-anak sendiri (bukan isteri orang lain yer…) sudah memadai. Rasululllah SAW adalah contoh terbaik untuk menjadi suami idaman dan terbaik lagi soleh.
@hafizmd- kalau suami korang dapat hadiah iPhone 5, mesti dia bagi kat isteri punya…jadi, doakan moga-moga suami anda dimurahkan rezki…ameen
haha.. iphone 5 bagi bini? aku takkan buat punya. haha..
hahaha…ko takde bini lagi…mmglah..hahahaha
takk. aku takkan bagi punya. 2 ribu lebih tuuu..diorang nak, beli sendiri la. telefon rumah ada. apa kes nak beli mahal-mahal..
haha
ko belum tahu lagi bro titan
orang perempuan ni banyak langkah silatnya
memang tak daya ko nak menahan
haha
benda lain, aku leh terima lagi. pinggan ke..nak makan hari-hari ke..nak durian crepe ke..nak emas ke.. iPhone 5? ohh..itu takkan aku lakukannn…
@titan,weh..kalau dia mintak emas 10kilo boleh?lagi bagus ni…hehehe
@cikgu,dia belum tahu lagi tu cikgu…keh3
kedekut gile titan..kesian r bini2…huhu
@cik tom, ni dia cakap jer tuh…kalau ada bini, dia beli satu sorang..heheheh
aku tak de tepon rumah, sbb tu nak iphone 5.. haha.. tak de la, bini pun tau laki die suka gadget2 ni.. tak de nak mintak.. tapi kalau laki sendiri bagi, ok.. hahaha
@fieza,hahaha..itulah…kenalah bagi isteri gembira…bukan isteri org lain..isteri sendiri jugak
aku setuju tu..hahaha..bagi pinjam boleh la..bhahahaha..
ada juga yang bersetuju dengan aku. makcik-makcik jangan marah aa..kalau marah, kena belanja aku cendol semingguuuuuuuuuuuuuu..
@titan,ko tengah keracunankan?selamat makcik2 ni…hahaha
@pipoq,keh3…last2, anak jugak yg main…
Terlalu ideal untuk seorang suami. 🙂
😀 Terlalu ideal tentu sangat menyukarkan..
@Anif,sukar tp tak mustahil…hehe
setuju. terlalu ideal. kopak gak encik suami nanti.
@titan,haaha..tu baru sikit tu..kopak utk bini jugak…cewah…keh3
@AB, mmg ideal..maklumlah…suami idaman…fuh!
suami yang taat pada perintah ALLAH dan tegas dalam beribadah..susah nak jadi / cari suami jenis camni..
Nak kena usaha lebih kuat
No 10 : Suami yang suka membantu – membantu wanita dalam kesusahan 🙂 terus amik wat bini kalau sesuai kihkihkih…
cewah..tu bro azmanlah tu..mmg rajin tolong awek2 maupun mereka yg memerlukan..
Nampak gaya lambat benor bg orang bujang macam sy. Hehe
isk3…jgn camtu bro..hehe
wahhhh bagusnya
Mudah-mudahan dapat diamalkan…
ciri2 suami yang baik. mudah je ni asalkan ada kemahuan 😉
hehe…mudah taklah mudah sgt…keh3
ijin baca-baca dan nyimak artikelnya ya kawan.
terimakasih sudah berbagi info dan salam kenal.
terima kasih singgah di sini…salam kenal dari saye juga
yang ke 10. mungkin suami yg bertolak ansur dan suka membelai isteri. heeee 😀
yaaa,penting tu..heee
hehehe..thanks bro untuk perkongsian ni 🙂
Terima kasih kembali. Tunggu turn boni plak..
haha setuju dengan semua ciri suami idaman tuh, nak tambah lg, suami yg bersikap melindungi.
Melindungi..penting tu
apsal kecik sangat font ni? sakit mata aku nak membaca ni wehh. haha..
hahahaha…saje test..ko dah cakap sakit, aku tukar lain pulak..hahahaha..thanks bro
smua yg komen entri ni lelaki…hehee…
tips yg bgs utk ciktom cr suami..ada available lg yg ciri2 camtu??huhu…
keh3..ni semua lelaki sejati ni cik tom…haahha
ada, kena cari leklok..macam cari jarum dalam jerami padi kot?hihi
in shaa Allah ada lagi lelaki mcm ni. rakan2 di facebook ramai yg bujang2 tapi ada termasuk dlm kategori mcm ni.
pandai ambil hati isteri dan anak2. sentiasa memanjakan anak2 walaupun ada masanya marah kepada mereka. tetapi tetap rasa sayang
Sokong suami yang pandai memasak huhu 😛
hehe…mesti isteri suka kalau pandai masak
point no 7 bab susu tu, lagi bagus lau time bini bangun susukan anak, suami juga bangun temankan isteri.. haha.. best tu.. ayh ustaz don buat macam tu.. hihi..
tima kasih jadi suami yg mmg idaman saya.. ahhaa..
ahaks! boleh bangun, tp jap jer…mata meronta2 nak tutup balik…hahah
terima kasih kembali =) (tulis lebih2 nanti, ada yg termuntah…khahaha)
Sokong, akak undi Hafiz sebagai suami mithali 🙂
( Errr…Hafiz buat tak semua perkara di atas tadi ? )
Ada yg sudah dibuat dan menjadi amalan..ada yg masih dalam latihan =)