Jan 28, 2010

Domain Percuma dan Hosting Percuma

Mempunyai blog berbayar rasanya berbeza ketika memiliki blog percuma. Deria rasa mana pula yang memberi rasa beza ni? Saya bukanlah blogger yang terbaik untuk menyatakan rasa beza pasal perkara ini. Sayapun baru dua tiga hari mengenal blog berbayar ini. Sebelum ini, sayapun pengguna tegar blogspot. Rezeki saya awal tahun 2010 sungguh murah. Mana tidaknya, semuanya saya dapat secara percuma. Ya, betul, memang 100% PERCUMA! Domain percuma dan hosting percuma. Nak juga? Siapa taknak kan? Benda percuma semua suka..yeppi..

Semuanya kerana saya sertai pertandingan yang Saudara Rohaizad anjurkan tahun lepas. Pertandingan ini senang sangat iaitu teka berapa jumlah komen yang ada dalam blognya. Memang sempoi habis pertandingan ini. Saya pula, bukanlah manusia yang suka masuk pertandingan. Kali terakhir masukpun, bukannya pertandingan melibatkan blog atau internet. Pertandingan zaman sekolah-sekolah dulu biasalah. Pertandingan lawan getah, ‘chop’ tiang, lawan kemuncup sudah menjadi rutin. Hadiah pula, mana ada hosting-mosting dan domain. Setakat dapat getah pemadam dah riuh satu sekolah.

Mungkin juga bantuan ‘insting’ yang kuat, saya sertai pertandingan ini. Tapi, saya bukan main hentam teka sahaja. Mesti ada perkiraan melibatkan hukum mantik dan matametik. Tolak, tambah, bahagi, darab, jumlah komen sehari berapa dan purata komen setiap bulan. Cukup mudah bukan? Dalam 10 minit , saya hantarkan tekaan jumlah komen saya. Ini ‘screenshot’ saya di blog Rohaizad.com:

Screenshot teka komen
Screenshot teka komen

Adat bertanding, ada menang dan ada yang tak menang. Menjadi rezeki saya pula untuk menang pertandingan kali ini. Memang sungguh terkejut. Sekali masuk, terus menang. Memang rezeki manusia, siapa yang tahu kan? Hadiah domain percuma dari Godaddy.com dan hosting percuma setahun tajaan JomHosting.net telahpun menjadi milik saya.

Moralnya;

  1. Berani untuk mencuba perkara baru dalam hidup kita (perkara baik-baik jer)
  2. Percaya rezeki Allah itu amatlah luas dan datang pada kita dalam pelbagai bentuk.
  3. Sentiasa bersyukur pada Allah dan berterima kasih sesama kita.
  4. Sentiasa memacu diri untuk menambah ilmu dalam apa jua bidang, walaupun hanya sepatah perkataan.
  5. Jangan cepat berputus asa dan harapan, sentiasa pandang kehadapan dan sesekali kebelakang takut ada hantu
  6. Bijak mengambil peluang yang datang. Jangan bertangguh nanti melepas.

p/s – Terima kasih Rohaizad.com dan Jomhosting.net

p/s lagi – Maaf sebab tiada perenggan yang nyata. Sedang diperbaiki. :D

®Hafizmd – Peluang tetap akan datang, pokok pangkalnya bagaimana kita menguruskannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

  • wah.. bestnye die.. dapat percuma.. baguslah.. rezeki kan..

    oh ye, kate nak masukkan entry pasal nak buat domain sendiri nih? mau buat ka lagu mana?
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Annur Pandai Cakap Sudah =-.

    • Itula. Memang tak sangke pula boleh menang. Memang rezki terpijak la..alhamdulillah

      • Bagus dan tahniah. Selamat datang ke dunia dot com.

        Menjaga blog dot com lebih sukar berbanding blog biasa. Setiap hari kita selalu memikirkan pengisian blog dan pengunjung yang datang.

        Yang penting niat Lillahhita’ala.
        .-= Faridrashidi.Com´s last blog ..Jejak Thursina: Merentasi Terusan Suez =-.

        • Terima kasih. Menjadi seorang blogger adalah perkara yang mudah tetapi menjadi blogger yang amanah dan yang berusaha untuk menyebarkan ilmu mahupun dakwah adalah lebih sukar. Moge kite diberi kekuatan dariNYA.

  • Bila ada hosting dan domain sendiri secara tak langsung kita akan lebih menghargai blog..dan tentukan akan lebih berusaha untuk memajukan diri sendiri..mencabar kemampuan diri
    .-= Kujie´s last blog ..Kisah Biasa Orang Biasa =-.

    • Terima kasih Kak Jie. Memang bila ade blog sendiri, ianya lebih dihargai dan dibelai. Mencabar kemampuan diri pasti menyeronokkan lebih-lebih lagi bila ade blogger yang cool dan sporting macam Kak Jie :D

  • Bila dah ada blog .com sendiri ni.. seolah-olah telah menjadi satu harta buat kita di dunia online. Tahniah Hafiz!
    .-= nuaeman´s last blog ..Emansipasi Wanita di dalam Perempuan Berkalung Sorban =-.

    • Terima kasih Bro Nuaeman. Moge harte online ni tak hanyutkan kite..

  • Salam Ziarah Hafiz..

    Tahniah atas kemenangan kamu;-)

    Saya memulakan blog UstazCahaya di domain dan hosting sendiri, tapi kurang menyerlah. Takpalah, saya anggap itu proses belajar. Bila buat di blogspot, Alhamdulillah, ia boleh jalan;-)
    .-= UstazCahaya´s last blog ..Post Tanpa Huruf ‘A’ =-.

    • Terima kasih ustaz. Tidak mengapa. Mane-mane platform pun, usaha kite untuk belajar tetap boleh diteruskan. Terima kasih sudi singgah :D

  • tahniah menang..bukan senang nak teka blog yg busy tu..hehe

    • hehe..main2 teka ajer..tapi still buat kira2 jugak sikit..

      p/s – thanks atas tajaan hosting selama setahun..mmg yg terbaik terbaik punya dari JomHosting

  • wah..memg rezekilah tu..2010 semunya baru..yeppi ;) jadi rajin2lah berblog yer..

    hai bestnya dpt free..agaknya bila le turn aku pulak?wawaa..

  • wah..memg rezekilah tu..2010 semunya baru..yeppi ;) jadi rajin2lah berblog yer..

    hai bestnya dpt free..agaknya bila le turn aku pulak?wawaa..
    .-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

  • Great thread. Enjoyed the posts…

  • [...] ada 7 biji semuanya. Boleh baca kisah bagaimana saya bermula dengan domain sendiri di entri ini: Domain percuma dan Hosting percumaDan kenapa saya beria benar untuk berpindah Hosting? Boleh juga baca di entri-entri ini: Mungkin [...]

Leave a comment

CommentLuv badge

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin