Madu oh! madu

Madu oh! madu.
Engkau sungguh manis. Manismu membawa seribu rahmat.
Madu oh! madu.
Namamu mekar mengharum dilembaran suci.
Membawa sejuta khasiat.

Cukupla tu. Nanti ada kata-kata “aaii..suka madu nampak?”..hiks..

Bila sahaja disebut madu, sudah pastinya kaum wanita mungkin sedikit terasa akan ‘kemanisannya’ walaupun penutup botolnya belum dibuka. Tetapi, bukan ‘madu’ itu yang saya cuba sampaikan hari ini. Pasal yang satu ini, tidak akan saya sentuh langsung dalam artikel kali ini. Madu yang saya benar-benar maksudkan ialah madu keluaran yusoof taiyobb lebah yang mana ada Allah sebutkan dalam kitab suci Al-Quran yakni dalam Surah An-Nahl.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Surah an-nahl ayat-69

Maksudnya: “Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir”

Keupayaan lebah untuk menghasilkan madu telahpun ditunjukkan buktinya dengan cukup jelas di dalam ayat di atas. (Saya bukanlah ahli tafsir dan saya tidak akan mentafsir lebih lanjut ayat ini)

Dan kerna itu juga, saya rasa kita cepat sungguh lupa dan mungkin taknak ambil tahu tentang binatang kecil bernama si lebah ini. Apa yang kita tahu, janji kita dapat apa yang kita mahu. Madu oh! madu. Mari kita perhatikan apa yang terkandung dalam madu:

khasiat madu Sungguh menakjubkan, si haiwan bertubuh kecil ini mampu menghasilkan sebegini banyak sumber nutrisi. Tetapi, adakah si lebah ini menempuh jalan yang mudah untuk menghasilkan madu yang sebegini hebat? Sudah tentu tidak. Si lebah telahpun dibisikkan wahyu suci untuk membuat sarang-sarang di bukit-bukit, pohon-pohon kayu dan juga tempat yang dibuat oleh manusia (rujuk ayat 68 – Surah an-nahl).

Perjalanan si lebah sudah tentunya sukar dan memerlukan ketahanan dan kesabaran. Si kecil ini menunjukkan teladan yang cukup baik untuk kita contohi. Untuk mencapai sesuatu hasil yang membanggakan, bukanlah perkara yang mudah. Banyak kriteria yang perlu ada dalam diri. Semalam, saya singgah di blog Smartzul. Antara post yang saya rasakan cukup mendalam dan cukup memotivasikan ialah post yang bertajuk “Dirimu tidak akan kemana-mana jika…”.

Saya kutip satu point yang Zul titipkan iaitu:

Hidup selalu di dalam kegelisahan kerana takut. Takut gagal, takut dikritik, takut disisihkan, takut ditolak (rejection) dan takut segala-galanya. Hidupnya dibayangi oleh bayang-bayang sendiri.

Jika kita kaitkan dengan si kecil lebah tadi, mana mungkin lebah mampu manghasilkan madu yang berkualiti dan berkhasiat jika takut untuk meredah hutan dan bukit-bukau. Lebah membuktikan walaupun bertubuh kecil, ia tetap bersemangat dan berdaya usaha tinggi untuk menghasilkan madu.

Begitu jugalah saya rasakan. Andai kata kita masih lagi dalam keadaan gelisah kerana takut, takut untuk mencabar keupayaan diri sendiri, takut ditolak, takut dengan apa pandagan orang sekeliling dan sebagainya, maka kita sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri. Inilah yang selalunya membantutkan usaha kita untuk maju ke depan.

Mungkin sudah sampai masanya, sudah sampai titik permulaan, kita ambil iktibar dari si kecil lebah ini untuk melakukan sesuatu yang baru dan mencabar keupayaan sendiri. Buang jauh-jauh apa sahaja rintangan mahupun kata-kata yang menidakkan dan merendahkan keupayaan kita.

Kesimpulannya, kita perlu terus bersyukur dan berfikir tentang kebesaranNYA di sebalik setiap kejadian dan penciptaan. Bukannya menyalahkan takdir atas setiap kekurangan dan kelemahan yang kita ada. Terus cuba untuk memperbaiki diri.

® hafizmd – Maaf, entri yang panjang. Moge ada kebaikan untuk kita.