Suatu Hari yang Berdarah..

Saya masih ingat lagi hari-hari berdarah yang dilalui. Sepanjang ingatan saya, kali pertama hari berdarah saya ialah sewaktu saya berumur 8 tahun. Waktu itu, tiada yang lebih mengerikan bila darah yang keluar tidak henti-henti. Semuanya sebab yang satu itu. Sudah pasti, saya juga seperti orang lain, mama tempat pertama yang saya tuju. “Sikit jer tu, jap lagi okla”. Sungguh lembut dan menenangkan. Seberapa ketika, darah yang sebentar tadi deras mengalir, sudahpun berhenti. Sungguh mama seperti sudah lali dengan hal berdarah seperti ini. Bukan itu kali pertama hari berdarah yang saya tempuh.

Saya sungguh yakin dan pasti, setiap dari kita pernah merasai ‘nikmat’ hari berdarah. Ada yang biasa-biasa sahaja sebabnya tapi darahnya banyak seperti dipotong kaki dan tangan. Saya juga lebih yakin dan pasti, kaum hawalah yang paling faham tentang hari berdarah. Kenapa? Janganlah buat-buat tak tahu pula.

Kenapa saya bercakap tentang hari berdarah? Adakah kerana saya juga sedang alami hari berdarah setiap bulan. Oh! Tidak. Sebenarnya, saya mahu berkongsi tentang rasa fobia. Ya, suatu masa dulu, saya fobia pada darah. Walaupun saya lelaki, entah mengapa begitu fobia dengan darah. Asal nampak darah saja, pasti terasa nak pitam. Asal nak pitam saja, pasti sebab nampak darah. Masa kecil-kecil dulu, pantang kalau berdarah pasti menangis jawabnya. Mungkin juga sebab saya hensem manja.

Apa itu fobia?

Fobia terjadi bila kita alamai ketakutan  yang tidak wajar atau tidak rasional pada sesuatu perkara samada benda, haiwan, situasi dan sebagainya. Gejala fobia juga dikaitkan sama seperti penyakit jiwa yang lain seperti murung. Mungkin kita tak sedar yang kita alami fobia. Sedar-sedar saja, dah terbaring enak atas katil. Rasanya, bermacam-macam jenis fobia yang ada. Mungkin ada yang fobia pada ketinggian (gayat la tu..), fobia pada makanan pedas, fobia pada bunyi bising , fobia dengan minyak wangi dan mungkin juga fobia dengan perempuan seksi!

Bagaimana kita boleh atasi gejala fobia?

Fobia mampu dicegah dengan beberapa kaedah. Contohnya, saya fobia pada darah. Saya tidak lagi  fobia pada darah pada waktu saya darjah enam. Bagaimana?

  1. Saya perlu percaya dan yakin yang semuanya dalam keadaan okey jika saya berdarah (tak okey kalau darah dah memancut-mancut keluar bak ai terjun yer..).
  2. Mengawal perasaan dan emosi supaya tidak kalut bila berhadapan dengan situasi yang ditakuti.
  3. Bila berhadapan dengan situasi fobia, tarik nafas dalam-dalam dan cuba fikirkan perkara positif.
  4. Jangan fikir perkara yang bukan-bukan.

fobia dengan komputer Saya ada beberapa jenis fobia dan mungkin ianya kedengaran pelik tapi dah fobia, nak buat macam mana?

  1. Ailurophobia- Takut akan kucing
  2. Albuminurophobia- Takut kepada sakit buah pinggang
  3. Amychophobia- Takut kepada cakaran atau dicakar (terlepas teknik cakar harimau :D)
  4. Androphobia- Takut kepada lelaki (biar betul!)
  5. Antidaeophobia- Takut setiap masa, dimana jua anda berada, seekor itik sedang memerhatikan anda (itik balik kampung daa..)
  6. Arachibutyrophobia- Takut kepada keadaan dimana peanut butter melekat di lelangit mulut (adeii…)
  7. Aurophobia- Takut akan emas (lelaki mungkin suka..hikss)
  8. Bogyphobia- Takut kepada bogeys atau bogeyman (ala..raksasa bawah katil tuh..)
  9. Bromidrophobia- Takut akan bau badan (beli deodarant banyak-banyak yer..)
  10. Caligynephobia- Takut kepada perempuan cantik (isk isk isk..)

Kesimpulannya, jika kita ada sesuatu jenis fobia, perkara terbaik yang perlu dilakukan ialah jangan larikan diri daripada menghadapinya. Bersedia hadapinya dengan fikiran yang positif. Minda kita cukup kuat untuk mengatasinya. Hanya kita yang membataskan penggunaannya ketahap maksimum.

® hafizmd – teringat fobia masa nak jumpa tok mudim..

18 comments

    1. Adeh..ni bahaya juge ni. So, setakat ni, kalau terjumpe binatang camni pe ko buat? Ini kalu name sainsnya dipanggil “Herpetophobia”..fobia pada binatang merayap seperti cik lip..

    1. Oo..fobia tinggi yer. Aku dulupun mase kecik-kecik ade gak. Tapi pakse diri naik tempat tinggi then tengok bawah lame-lame. Selalu buat camtu bile pegi rumah abg aku kat putrajaya dulu-dulu. Tengok dari tingkat 11..adeh..gayat juge..:D

    1. Kalau geli mungkin rase macam ngilu2 jer kot. Tapi kalau fobia, mungkin boleh jadi mimpi ngeri di malam hari..hehehe..

      p/s – Musophobia or Muriphobia – fobia pada tikus

  1. Yup aku geli gak pada tikus, cencurut leh mengigil badan klu tgk ada skali tu masuk bilik aku terperanjat aku..siap pnggil kawan minta tolong halau tp xnk kuar plak…malam tu aku tido buka pintu tp ssh nk tido coz asyik teringat..geli teramat..

    1. Bukan kt rumah sewa 726….hahahaha ko ingat lg masa matrik ek…huhuhuhu masa tu yg paling berani roomate kita sorang tu selamba je dia tolak katil aku ke rapat ke dinding terus kiuk tikus tu…hehehehe

  2. Don’t have money to buy a house? You should not worry, because it’s real to take the mortgage loans to solve such kind of problems. Therefore get a collateral loan to buy everything you need.

  3. sejak kena kejar ular.
    hingga ke hari ini.
    aku masih fobia.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.

  4. pernah sekali aku terpijak paku
    berkarat.kawan aku kata.kalau
    pijak paku berkarat.tak boleh lena.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *