Domain Percuma dan Hosting Percuma

Mempunyai blog berbayar rasanya berbeza ketika memiliki blog percuma. Deria rasa mana pula yang memberi rasa beza ni? Saya bukanlah blogger yang terbaik untuk menyatakan rasa beza pasal perkara ini. Sayapun baru dua tiga hari mengenal blog berbayar ini. Sebelum ini, sayapun pengguna tegar blogspot. Rezeki saya awal tahun 2010 sungguh murah. Mana tidaknya, semuanya saya dapat secara percuma. Ya, betul, memang 100% PERCUMA! Domain percuma dan hosting percuma. Nak juga? Siapa taknak kan? Benda percuma semua suka..yeppi..

Semuanya kerana saya sertai pertandingan yang Saudara Rohaizad anjurkan tahun lepas. Pertandingan ini senang sangat iaitu teka berapa jumlah komen yang ada dalam blognya. Memang sempoi habis pertandingan ini. Saya pula, bukanlah manusia yang suka masuk pertandingan. Kali terakhir masukpun, bukannya pertandingan melibatkan blog atau internet. Pertandingan zaman sekolah-sekolah dulu biasalah. Pertandingan lawan getah, ‘chop’ tiang, lawan kemuncup sudah menjadi rutin. Hadiah pula, mana ada hosting-mosting dan domain. Setakat dapat getah pemadam dah riuh satu sekolah.

Mungkin juga bantuan ‘insting’ yang kuat, saya sertai pertandingan ini. Tapi, saya bukan main hentam teka sahaja. Mesti ada perkiraan melibatkan hukum mantik dan matametik. Tolak, tambah, bahagi, darab, jumlah komen sehari berapa dan purata komen setiap bulan. Cukup mudah bukan? Dalam 10 minit , saya hantarkan tekaan jumlah komen saya. Ini ‘screenshot’ saya di blog Rohaizad.com:

Screenshot teka komen
Screenshot teka komen

Adat bertanding, ada menang dan ada yang tak menang. Menjadi rezeki saya pula untuk menang pertandingan kali ini. Memang sungguh terkejut. Sekali masuk, terus menang. Memang rezeki manusia, siapa yang tahu kan? Hadiah domain percuma dari Godaddy.com dan hosting percuma setahun tajaan JomHosting.net telahpun menjadi milik saya.

Moralnya;

  1. Berani untuk mencuba perkara baru dalam hidup kita (perkara baik-baik jer)
  2. Percaya rezeki Allah itu amatlah luas dan datang pada kita dalam pelbagai bentuk.
  3. Sentiasa bersyukur pada Allah dan berterima kasih sesama kita.
  4. Sentiasa memacu diri untuk menambah ilmu dalam apa jua bidang, walaupun hanya sepatah perkataan.
  5. Jangan cepat berputus asa dan harapan, sentiasa pandang kehadapan dan sesekali kebelakang takut ada hantu
  6. Bijak mengambil peluang yang datang. Jangan bertangguh nanti melepas.

p/s – Terima kasih Rohaizad.com dan Jomhosting.net

p/s lagi – Maaf sebab tiada perenggan yang nyata. Sedang diperbaiki. 😀

®Hafizmd – Peluang tetap akan datang, pokok pangkalnya bagaimana kita menguruskannya.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.