Salam untuk Rumah Baru
Alhamdulillah.
Sejarah Tercipta : Akhirnya, ‘rumah baru’ saya dah siap. Permulaan tahun 2010 nampaknya begitu mengujakan saya. Anda tanya kenapa? Semuanya bermula 2 atau 3 tahun yang lalu. Rasanya, tiada pula rasa ingin berblogging guna ‘rumah sendiri’. Ber’blogspot’pun sudah cukup memuaskan hati. Biasalakan, hati manusia mana pernah puas, ada saja nak ditambah. Saya masih ingat, antara blog terawal yang saya selalu lawati ialah blog kepunyaan Saudara SmartZul. Rasanya tak perlu saya huraikan panjang lebar berkenaan beliau, tapi kalau nak juga boleh ke blog beliau di sini. Rasanya, boleh saya katakan setiap artikel beliau cukup bermotivasi dan mantap isinya.
Laluan berliku: Membina blog sendiri pada saya bukannya suatu perkara yang mudah. Saya bukannya superman graduan bidang IT, jauh sekali ada kepakaran ilmu komputer yang mendalam. Masa zaman muda-muda dulu, jadi AJK bilik komputer pun tidak. Tapi, pada saya itu semua bukan masalah utama. Bill Gates pun bukannya pandai sangat tapi ada kemahuan yang kuat. Dari situ, saya tanam diam-diam dalam hati, “InsyaAllah, aku mesti ada blog sendiri nanti”. Dan ada tapi lagi, manusia memang mudah lupa apatah lagi saya ni memang Melayu. Melayu memang mudah lupa bak kata Tun Mahathir. Masa dua tahun, saya habiskan dengan merewang ke blog-blog orang sambil ambil apa-apa pengajaran. Saya lebih suka menjadi ’silent reader’. Akhirnya, hampir dua tahun berlalu dan saya masih lagi belum ada blog sendiri. Yang ada hanyalah blog percuma. Tapi kenapa saya sibuk sangat nak ada blog sendiri? Ada faedah ke? Atau saja ikut-ikut orang lain? Atau dah banyak sangat duit sampai tak tahu nak buat apa? Sudah tentu, setiap yang berlaku ada sebabnya.
p/s – Dah pukul 1.45 pagi, esok mahu kerja. Nanti tertidur esok, siapa mahu tolong? Tak siapa sudi tolong?
Artikel ini mungkin ada manfaat untuk anda
Tagged with: rumah baru
Filed under: Bicara santai
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!






Salam en hafiz.. tahniah sudah de rumah baru.. keep up a good writing.. nak bace entry lain pulak nih..
fiezaradzi´s last blog ..Annur Pandai Cakap Sudah
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
January 29th, 2010 at 12:30 am
Terima kasih my sweetheart. Moge kehadiran kite mewarnai dunia blogging dengan perkongsian yang bermanfaat.
[Balas Komen Ini]
Tahniah dengan kehadiran rumah baru yang menarik. Semuga kita terus mewarnai dunia blog tapi jangan jadi aduka taruna sudah lah…heeee
denaihati´s last blog ..5 hari di Cambodia yang menyentuh hati
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
January 29th, 2010 at 12:35 am
Terima kasih denaihati sudi singgah. Itula, mintak jauhla jadi macam si sang aduka taruna yang sedang berduka. Blogger mesti jage name baik dunia blogging nie..yeahh..
[Balas Komen Ini]
Welcome to dunia blogging.
Sama2 lah kita memeriahkan dunia blog.
Tumpang tanya ckit
Bro bekas budak kolej canselor, UPM kan??
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
February 11th, 2010 at 12:05 pm
Thanks bro..mintak tunjuk ajar yer..
p/s – Ini yg aku dok fikir bile tengok gravatar aktechpage..macam aku pernah jumpe..Ya Rabbi..yeap..budak canselor upm..
hafizmd´s last blog ..Bagus sangat ke penyedia hosting tempatan?
[Balas Komen Ini]
aktechpage.com
Reply:
February 11th, 2010 at 10:28 pm
heheheh…tu cam familiar je muka ko, tambah ada gambar ko dgn bebudak canselor yg lain cam “tiang” tu. Yg lain tu aku lupa daa…aku ingat “tiang” sorang je.
ko kan junior aku, xpe, at least jumpa gak geng2 canselor dlm arena blogging ni. Aku pun mgkn sedikit sebanyak dapat belajar drpd ko. Ko kan anak buah problogger Rohaizad.com
Ko duk kt mana skrg ni??
aktechpage.com´s last blog ..RankBuzz.com: Tool Informasi Domain & SEO
[Balas Komen Ini]
hafizmd
Reply:
February 12th, 2010 at 10:44 am
Hehe..itula..aku pun blehla belajar skit2 dari ko..aku pun budak baru belajar juge..
Haks..”tiang” mmg susah untuk dilupakan
[Balas Komen Ini]