Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan
Assalamua’laikum.
Apa punca kebas tangan? Tangan anda pernah rasa kebas? Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jemari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin kecil yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tak ambil kisah tentang kesihatan jari-jari tangan. Nak-nak mereka yang selalu gunakan jari dalam urusan harian termasuklah blogger! Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand. Untuk itu, saya kongsikan serba sedikit fakta berkenaan punca kebas tangan, gejala dan rawatan untuk kebas jari-jari tangan.
Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
- Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking.
- Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.
- Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga.
- Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
- Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh.
7 Punca Kebas Tangan
- Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Awas yer rakan blogger sekalian. Jangan terlebih dos!
- Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
- Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
- Pergelangan tangan kita pernah cedera.
- Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
- Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
- Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.
- Kekurangan vitamin B12 dalam badan kita.
Ini antara punca-punca berlakunya rasa kebas di hujung jari tangan, tapak kaki, lengan atas dan bahagian kaki.
Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
- Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.
- Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
- Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit.
- Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
- Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.
Rawatan/Langkah Pencegahan/Ubat Kebas Tangan & Kaki
Pertamanya, anda kenalah yakin bahawa setiap penyakit (ujian Allah ini) ada ubatnya kecuali mati. Paling penting, kita jangan putus asa untuk mencari penawar. Mungkin dah macam-macam ubat yang anda cuba tetapi masih belum berjaya mengurangkan rasa kebas dihujung jari mahupun kaki. Setiap kita mempunyai daya tindakbalas berbeza terhadap supplemen. Tak berjaya dengan supplemen ini, kita usaha dengan supplemen lain. Jangan putus asa, jangan hilang rasa yakin kepada semuanya ada penawar kecuali mati. Betul tak?
Jika anda masih mencari supplemen untuk mencegah dan insyaAllah merawat sakit kebas tangan dan kaki, bolehlah mencuba supplemen berikut:
- B-Complex: Mengandungi kandungan vitamin B 12 yang penting untuk badan.
Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak? Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin.
Anda mahu berusaha cegah & rawat kebas-kebas? Saya sarankan ANDA AMALKAN beberapa supplemen. Contohnya vitamin complex B12 dan alfafa complex.
@hafizmd – Punca kebas tangan. Ingat yer, sederhana itu yang paling terbaik!
Assalam.sya selalu kebas tangan kanan,bila pegang barang selalu jatuh,bila baring je kaki dan tangan kanan selalu kebas,bila kita ddk kejap je jari kaki kebas,paling kerap tangan kanan selalu kebas,adahkah tu tanda2 sakit hulu hati dn buah pinggang..
Assalam Zarina.
Saya tak dapat beri pendapat tepat. Mungkin toksik dlm badan tinggi. Mungkin..
Kebas yg kerap memang akan ganggu byk kerja harian.
Sis pernah cuba apa2 supplemen? Kalau ingin cuba..saya sarankan boleh cuba vitamin B12.
sy sllu merasa kebas dr tapak tangan,jari kelingking hga jari telunjuk,tapak kaki dan kadang2 bhagian muka serta bibir..sy suda mencuba bmcm jenis ubt tp mc xsembuh.. jd apa yg plu sy bt?
Sis Muhayara..sis dan jumpa doktor pakar?
Sy mengalami sakit dan kebas di lengan kiri sejak sebulan yg lalu sehingga kini msh terasa sakit malah sy tdk blh mengangkat tgn dan membawa tgn sy kebelakang.. Kdg kala tiba2 mjd sgt sakit klau sy tersentuh atau terkena sst benda.. Sy tlh ke hosp, doktor hnya memberi ubat mkn dan sapu shja .. Tp msh sakit sehingga kini ..sy juga disuruh membuat fisio.. Sy pergi ikut tarikh yg diberi ttp msh sakit.. Kali kedua sy pergi lg ke hosp ttp tdk dibeei ubat malah tidak check lgsg sakit sy.. Apa harus sy bt.. Skrg sy mkn ubat sakit urat dr farmasi shja.. Msh jg sakit..
Jika mampu, boleh ke klinik pakar untuk dapatkan pendapat doktor pakar. Jika ingin mencuba, puan boleh cuba ambil habbatussauda. InsyaAllah moga2 puan kembali sembuh. amiin
Mak sy alami keadaan mcm ni..dan dia ada pnykit tiroid..skrg bila pgang sesuatu benda cnform tak brtahan dan trlpas dr genggaman..
Boleh amalkan habbatussauda secara sedkit demi sedikit..banyakkan minum air masak setiap hari..moga mak awak lebih kuat sembuh tangannya yg kebas2…aminn
Pergelangan tgn rase lembik…jari pon xleh bergerak….ape patut sy buatxleh gengam
Tuan dah pernah berjumpa doktor? Jika belum, saya sarankan utk dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.
Sementara itu, tuan boleh amalkan minyak atau kapsul habbatussauda
Pergelangan tangan xleh bergerak jari pon xde bergerak..ade pape cara urutan yg bleh dilakukan
Boleh urut perlahan2. Boleh juga amalkan pengambilan minyak atau kapsul habbatussauda.
Assalam.. sy mengalami mslh kebas tangan kiri n kanan ketika bangun tido.. mngalami sejuk kedua2 tangn n x bole on kipas kerana akan merasa sejuk n kebas.. sy terpaksa berselimut tido di waktu siang hri tanpa memasang kipas.. kdg2 sy memakai bj sejuk utk ttp bahagian tangan shja.. harap tuan dpt membantu sy dgn mslh saya ini…
Sekian terima kasih..
Waalaikumussalam. Fizza, adakah Fizza tertindih tangan semasa tidur? Jika YA, elakkan yer.
Untuk berikutnya, mungkin Fizza perlu ke klinik untuk dapatkan nasihat lanjutan. Jangan dibiarkan jika risau berlarutan.
Saya selalu kena kebas tangan.
Tapi setelah mengambil “RICH Berries.” Untuk segala lander dan kesihatan.
In shaa Allah. Hilang kebas2.
Correction : Kanser
Sy pula hari2 kebas tangan sampao ke bahu.kadang2 sampI ke dadah sakitnya.dh banyak kali buat rawatan.tpi ndak bagus2 juga
Saya tgh mengalaminya skrg…tak buat apa pun tetiba tgn kanan rasa kebas…skrg tgn kiri pun mcm dah rasa sikit2…apatah lagi kalau tangan tak berehat…kdgkala sampai rasa tak selesa dan sakit bila kebas…
Nak kata rehat tangan….mmg selalu rehatkan tangan ni….Buat kerja setakat mampu…cuma saya terstop amik B complex dan alfafa…sblm ni saya mmg amik shaklee…
Mungkin saya akan cuba amik supplement balik…tp kalau berlarutan…saya akan berjumpa yg pakar…
terima kasih tuan atas perkongsian yg sangat berguna…
Alhamdulillah. Moga Nadia sentiasa sihat..amalkan pemakanan yg seimbang yer..