Wanita Solehah Bunga Idaman Mutiara Syurga

awek cun idaman kalbu

Assalamua’laikum. Wanita solehah bunga idaman mutiara Syurga! Sejarah kehebatan perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan syiar Islam tidak pernah kering daripada pengorbanan wanita solehah. Di saat Rasululullah SAW pulang dari berkhalwat di Gua Hira’ dalam keadaan yang begitu memerlukan sokongan, Khadijah a-Khuwailid dengan penuh ketenangan meredakan kegelisahan Rasulullah SAW. Dialah Khadijah a-Khuwailid Ummul Mukminin. Setia, cekal, penyayang, dermawan dan memiliki sifat keibuan yang terbaik antara sekelumit peribadi mulia Khadijah a-Khuwailid.

awek cun idaman kalbu

Bagaimana cara selayaknya seorang isteri menjadi isteri solehah?

Jom kita sama-sama baca dan muhasabah diri masing-masing. Tak perlu kita cari kesalahan orang lain. Kita ubah diri kita menjadi lebih baik, insyaAllah serahkan yang lainnya kepada Allah.

1. Pagar bagi suami.

Bagaimana nak jadi pagar untuk suami? Caranya cukup mudah iaitu dengan hiasan dan solekan seorang isteri khas untuk suaminya. Solekan dan cara berhias seorang isteri kalau kena caranya mampu menggetarkan perasaan suami. Biarlah suami RASA RUGI bila lambat balik rumah. Rasa rugi kalau sembang lama-lama di kedai mamak.

Elakkanlah berselfie tak tentu hala, buat gaya ‘duck-face’ kemudian upload di facebook. Ni semua boleh mendatangkan fitnah. Buatlah ‘muka-itik’ di rumah khas untuk suami masing-masing. Itu lebih disenangi suami!

2. Tahu waktu terbaik untuk bersolek.

Isteri yang peka pasti dapat ‘setting’ masa yang terbaik untuk berhias dan bersolek. Takkanlah sepanjang masa nak bersolek. Waktu masak, rasanya takde isteri yang bersolek bagai, kan? Jadi, pilihlah waktu berikut untuk berhias dan bersolek untuk suami sebagaimana maksud surah An-Nuur ayat 58;

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepadamu TIGA MASA iaitu SEBELUM SOLAT SUBUH, KETIKA MEMBUKA PAKAIANmu di tengah hari dan SESUDAH SOLAT ISYA.”

Nampak tak? Jadi, pandai-pandailah berhias untuk suami masing-masing. Jangan nak ke pejabat jer make-up 10 lapis, untuk suami lebihlah lagi,kan?

3. Melembutkan suara.

Wanita ni memang dianugerahkan suara yang lunak, merdu lagi lembut. Dengar suara isteri di telefon pun boleh tenteramkan suami. Apatah lagi bila berdepan bertentang mata. Betul tak? Makanya, bercakaplah dengan alunan lembut penuh sopan dengan suami.

4. Jururawat solehah.

Jadilah jururawat solehah kepada suami anda. Suami ni kadang-kadang manjanya lain macam. Demam sikit, menggigilnya mengalahkan anak 4 tahun (nak bermanjalah tu, isteri kena fahamlah..hehe). Sentuhan tangan seorang isteri biasanya boleh redakan kesakitan yang suami rasa.

Tak cukup lagi tips-tips menjadi isteri solehah? Jangan risau. Anda boleh teruskan pembacaan di bawah atau hadiri konvensyen ‘The Bidadari’.

Wanita Syurga Srikandi Mulia Di Sisi Rasulullah SAW

Konvensyen ‘The Bidadari’ – Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat – Denaihati.com

bidadari srikandi mulia di sisi rasulullah
Konvensyen ‘The Bidadari’

Kisah pengorbanan, kesetiaan dan kewangian budi pekerti Ummul Mukminin Khadijah a-Khuwailid tidak mampu ditandingi oleh mana-mana wanita dalam sejarah perkembangan Islam. Wahai para ibu, para isteri, anak-anak perempuan, adik-adik yang bernama wanita. Tanyalah diri masing-masing. Sejauh mana kita ingin menjadikan Khadijah a-Khuwailid sebagai contoh ikutan tauladan dalam melayari kehidupan sebagai seorang wanita? Samada anda seorang isteri atau pun seorang ibu, bagaimana seharusnya kita meneladani Khadijah a-Khuwailid?

Tepuk dada dan tanya diri masing-masing.

“Entri ini juga menyahut Cabaran Duit Raya Aidilfitri anjuran Tuan Amir pemilik Blog Denaihati.com dan ditaja blog Asamboi.com.”

korban gaza palestin
Jangan lupa untuk sentiasa doakan Palestin!