Wanita Solehah Bunga Idaman Mutiara Syurga
Assalamua’laikum. Wanita solehah bunga idaman mutiara Syurga! Sejarah kehebatan perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan syiar Islam tidak pernah kering daripada pengorbanan wanita solehah. Di saat Rasululullah SAW pulang dari berkhalwat di Gua Hira’ dalam keadaan yang begitu memerlukan sokongan, Khadijah a-Khuwailid dengan penuh ketenangan meredakan kegelisahan Rasulullah SAW. Dialah Khadijah a-Khuwailid Ummul Mukminin. Setia, cekal, penyayang, dermawan dan memiliki sifat keibuan yang terbaik antara sekelumit peribadi mulia Khadijah a-Khuwailid.
Bagaimana cara selayaknya seorang isteri menjadi isteri solehah?
Jom kita sama-sama baca dan muhasabah diri masing-masing. Tak perlu kita cari kesalahan orang lain. Kita ubah diri kita menjadi lebih baik, insyaAllah serahkan yang lainnya kepada Allah.
1. Pagar bagi suami.
Bagaimana nak jadi pagar untuk suami? Caranya cukup mudah iaitu dengan hiasan dan solekan seorang isteri khas untuk suaminya. Solekan dan cara berhias seorang isteri kalau kena caranya mampu menggetarkan perasaan suami. Biarlah suami RASA RUGI bila lambat balik rumah. Rasa rugi kalau sembang lama-lama di kedai mamak.
Elakkanlah berselfie tak tentu hala, buat gaya ‘duck-face’ kemudian upload di facebook. Ni semua boleh mendatangkan fitnah. Buatlah ‘muka-itik’ di rumah khas untuk suami masing-masing. Itu lebih disenangi suami!
2. Tahu waktu terbaik untuk bersolek.
Isteri yang peka pasti dapat ‘setting’ masa yang terbaik untuk berhias dan bersolek. Takkanlah sepanjang masa nak bersolek. Waktu masak, rasanya takde isteri yang bersolek bagai, kan? Jadi, pilihlah waktu berikut untuk berhias dan bersolek untuk suami sebagaimana maksud surah An-Nuur ayat 58;
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu meminta izin kepadamu TIGA MASA iaitu SEBELUM SOLAT SUBUH, KETIKA MEMBUKA PAKAIANmu di tengah hari dan SESUDAH SOLAT ISYA.”
Nampak tak? Jadi, pandai-pandailah berhias untuk suami masing-masing. Jangan nak ke pejabat jer make-up 10 lapis, untuk suami lebihlah lagi,kan?
3. Melembutkan suara.
Wanita ni memang dianugerahkan suara yang lunak, merdu lagi lembut. Dengar suara isteri di telefon pun boleh tenteramkan suami. Apatah lagi bila berdepan bertentang mata. Betul tak? Makanya, bercakaplah dengan alunan lembut penuh sopan dengan suami.
4. Jururawat solehah.
Jadilah jururawat solehah kepada suami anda. Suami ni kadang-kadang manjanya lain macam. Demam sikit, menggigilnya mengalahkan anak 4 tahun (nak bermanjalah tu, isteri kena fahamlah..hehe). Sentuhan tangan seorang isteri biasanya boleh redakan kesakitan yang suami rasa.
Tak cukup lagi tips-tips menjadi isteri solehah? Jangan risau. Anda boleh teruskan pembacaan di bawah atau hadiri konvensyen ‘The Bidadari’.
Wanita Syurga Srikandi Mulia Di Sisi Rasulullah SAW
Konvensyen ‘The Bidadari’ – Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat – Denaihati.com
Kisah pengorbanan, kesetiaan dan kewangian budi pekerti Ummul Mukminin Khadijah a-Khuwailid tidak mampu ditandingi oleh mana-mana wanita dalam sejarah perkembangan Islam. Wahai para ibu, para isteri, anak-anak perempuan, adik-adik yang bernama wanita. Tanyalah diri masing-masing. Sejauh mana kita ingin menjadikan Khadijah a-Khuwailid sebagai contoh ikutan tauladan dalam melayari kehidupan sebagai seorang wanita? Samada anda seorang isteri atau pun seorang ibu, bagaimana seharusnya kita meneladani Khadijah a-Khuwailid?
Tepuk dada dan tanya diri masing-masing.
“Entri ini juga menyahut Cabaran Duit Raya Aidilfitri anjuran Tuan Amir pemilik Blog Denaihati.com dan ditaja blog Asamboi.com.”
Bimbang dengan perkongsian wall FB dikalangan wanita.
info yang sangat menarik..
peringataan untuk diri sendiri..
bilion terima kasih sahut cabaran duit raya denaihati dan semoga berjaya.
informasi yg sgt bagus…. sesuai utk membentuk seorang isteri yg solehah..
Syurga bagi isteri pada suaminya, jadi amat penting menjaga hati dan mentaati suami agar mendapat suami redha terhadapnya.
indah luar menarik dalamnya amin.
salam ramadan ya hafiz dan keluarga
gua sayang bini gua. hoho
tiket syurga yang mudah untuk seorang isteri Sang Bidadari Buat Suami Dunia & Akhirat
impian untuk menjadi ketua bidadari untuk suami di jannah nanti.terima kasih kerana share sedikit tips Hafiz.:-)
Info menarik….semoge kita semua di tempatkn dlm golongn org2 yg beriman….Amin…
“Buatlah ‘muka-itik’ di rumah” Ok. Ayat ni kelakar. Hahahaha. Seronoknya kalau dapat isteri yang ada semua ciri-ciri ni.
Terima kasih diatas perkongsian yang menarik ini. Boleh share dengan isteri saya nanti.
sangat terkesan dengan entry ini..insyaAllah sama-sama kita amalkan..kene tengok cermin untuk praktice buat duckface la..menarik convention bidadari tu..kalau dapat pergi dengan suami lagi best.
yeyy terbaik bro entri ni 🙂
love you ..eh ? hehehe
tq for d info..sedang mendidik diri untuk jadi isteri solehah untuk suami tersayang..semoga dipermudahkan Allah..
Terbaiklah..suara yang lembut dan halus..itulah rahsia dan senjata isteri yang sangat berbahaya..hehe…
insyaallah.. aisyah cuba yg terbaik untuk jadi wanita solehah.. kawan2 doakan aisyah yer.. nk bertudung dah dlm masa terdekat ni..
InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan dan ketetapan hati utk kita perbaiki diri menjadi lebih terbaik.
Ameen utk Aisyah =)
terima kasih hafiz.. 🙂
Moga suami-isteri sama-sama saling bermesra agar keutuhan jalinan perkahwinan terus kekal dengan memahami satu sama lain. Semoga anda suami-isteri kekal selama-lamanya.
Petua hot gitu.thanx
mana yang mampu kita buat dan ikut kita ikut…=)
Alamak dah terlepas kapal.
Memang setuju sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Akhlak terjaga.. Maruah menghias diri.
Bukan mudah nak cari wanita yang betul betul jaga diri.. Niat memakai tudung yang betul betul menutup aurat.
Bukan kerana fesyen
info yang menarik dan saya suka setiap entri dalam keluarga. tahniah dan tq.
jemput datang ke blog kak
Terima kasih kak yati =)
Jangan nak ke pejabat jer make-up 10 lapis, he he he iya ya kalau untuk suami harus lebih cantik bersoleknya
entri yg sangat menarik..
insaf akak baca.. tq atas perkongsian anda..
dan tahniah anda ada blog yg banyak info.
jemput jalan2
Mudah-mudahan akan sebaliknya dengan para suami.
part berselfie x tntu hala di fb mengingatkan saya juga. kita manusia kdng2 terleka & terlupa sentiasa sama2 saling ingt mengingtkan..perkongsian yg sangat baik bt para isteri seperti kami 🙂 terima kasih ats perkongsian yg sgt bermanfaat..
Atikel nya sangata membantu gan.. menambah wawasan lagi nih,
paket pernikahan di tangerang
semoga bisa seperti yang diceritakan, sila mampir http://www.cakapcakap.com