Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
Assalamua’laikum. Buffet Ramadhan Casa Ombak. Anda mencari tempat untuk berbuka puasa? Inginkan kelainan menikmati menu buffet Ramadhan?
Casa Ombak “This Is Something Different“ InsyaAllah memberikan kelainan dan kenangan manis kepada anda di bulan Ramadhan ini.
Buffet Ramadhan Casa Ombak “This Is Something Different“
Tagline “This is something different” membayangkan suasana dan pengalaman yang berbeza buat anda yang berkunjung ke Casa Ombak untuk menikmati buffet Ramadhan. Konsep santai dengan ruang terbuka ala-ala taman sememangnya menjanjikan keselesaan terutama kepada pengunjung yang datang bersama anak-anak. Pasti konsep ala taman sebegini sedikit sebanyak ‘melegakan’ anak-anak yang sentiasa sukakan tempat yang terbuka dan santai. Percayalah, anak-anak pasti akan lebih seronok dan teruja untuk menikmati hidangan buffet Ramadhan di Casa Ombak ini.
Berbuka sambil beramal di Casa Ombak!
Tidak cukup dengan konsep santai ini, pihak pengurusan Casa Ombak Sdn. Bhd sentiasa prihatin dengan isu semasa lebih-lebih lagi melibatkan saudara kita di Palestin. Tiada yang lebih menggembirakan bilamana kita tidak melupakan nasib saudara-saudara kita yang ditimpa ujian.
Atas dasar persaudaraan sesama agama inilah, saya percaya pihak Casa Ombak telah pun mengambil inisiatif kutipan derma khas untuk Tabung Gaza. Satu usaha yang cukup murni dan bermakna lebih-lebih di saat kita berbuka puasa. Hikmah Ramadhan dirai bersama. This is really something different! Tahniah!
Menu buffet Ramadhan di Casa Ombak?
Menu di buffet Ramadhan Casa Ombak disediakan secara buffet stall terbuka. Anda bebas memilih aneka juadah hidangan yang tersedia dalam suasana yang cukup santai dan tenang. Pelbagai hidangan kampung tersedia dan juga instant cook stall corner untuk anda!
Jom kita cuci mata dengan menu seleksi pilihan di Casa Ombak yang semestinya HALAL.
Ini baru sedikit! Banyak lagi seleksi pilihan buffet Ramadhan untuk anda jamah di Casa Ombak. Kambing golek pun ada!
Promosi & pakej yang ditawarkan di Buffet Ramadhan Casa Ombak?
Tempahan boleh dibuat untuk individu, berkumpulan, berkeluarga mahupun untuk tempahan syarikat. Semuanya akan diuruskan untuk anda.
Dewasa : RM 55.00 seorang
Kanak-kanak : RM 27.00 seorang ( umur 5 – 12 tahun )
Pastinya harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan apa yang bakal anda nikmati.
Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi pihak Casa Ombak Sdn Bhd dengan segera di talian:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013-2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative pageTempat solat yang selesa juga disediakan untuk muslimin dan muslimah.
Orang kuat Buffet Ramadhan Casa Ombak?
Jom kita kenali serba ringkas orang kuat di sebalik Casa Ombak. Anda boleh kenali mereka dengan lebih mesra di lokasi buffet Casa Ombak. Semuanya ramah-ramah belaka!
- Ombak Creative adalah sebuah syarikat pengurusan majlis dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.
- Telah menjalankan pengurusan majlis lebih 10 tahun. Sememangnya cukup cekap! Anda jangan risau jika ingin membuat tempahan syarikat. Pastinya terbaik!
- Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan katering, majlis perkahwinan, majlis koprat dan persendirian.
- Lokasi kami terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi yang berkonsepkan ala taman yang cukup santai.
Bersediakah anda merasai pengalaman santai berbuka puasa bersama insan tersayang di Casa Ombak? Rasai sendiri Buffet Ramadhan Casa Ombak – THIS IS SOMETHING DIFFERENT!
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
hang pi sana jugak ke haritu bro?
Mana ade…aku dah tak nyempat dah dah nak p mana2…hahaha
hoho…hang pegi tak buffet nih?
Gua pergi dlm mimpi jer….hahaha
Bro dah pergi jugak ke berbuka kat sana. Ada kelebihan nie.
tak pergi bro. just baca apa yg tuan casa ombak tulis jer..huhu
InsyaAllah memang berbaloi berbuka kat sini, suasana dan menunya memang hebat.
Tempat berbuka puasa yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga bagi yang berkesempatan.
Eh tak la mahal mana pun kan..
Buffet Ramadhan Casa Ombak ni memang istimewa… Mempunyai kelainan berbading Buffet Ramadhan yang lain…
agaknya bolh sorok bawa bekas makanan dalam beg tangan nanti hee..
dah ramai sangat yang recommend tempat ni..nampaknya wajib pegi dah ni..:)
jauh berbatu sungguh heee..tapi kita tak pernah pula berbuka bagai tempat begini. cukup sekadar rumah atau kedia makan biasa.
semoga berjaya ya
saya memang surrender bab buffet ni.. orang selalu cakap, rugi bawa saya ke buffet sebab harga dibayar tak berbaloi dengan jumlah yang saya makan..
Dah singgah sini..Memang puas hati
Banyak pilihannya..ini baru sikit ya..alhamdulillah boleh menderma kepada saudara kita di gaza
menarik betul. ramai share pasal empat buffet ni
Mewah makanan kat situ…anyway good luck bro
orang cakap makanan kat sana ala2 makanan seberang skit betul ke bro? xtaulah sebab x pernah pergi
adui akak makan ber round2 kat sini masa berbuka puasa hari tu, ikan masin masak lemak dengan nenas memang mabelez
untung dapat rasa sendiri buffet ni
good luck bro
jom berbuka di casa impian. Buffet dia pun berpatutan.
wah best semua tgk buka puasa dekat casa ombak
memang meriah nampaknya.
juadah pun nampak menyelerakan.
best jgk tempat ni…tp mcm tersorok sket..tq for sharing
banyaknya menu..semua cam best
Banyak sungguh pilihan makanan kat sini. Bestnya kalau boleh pergi ke sini. Makan tak ingat dunia lah jawabnya. Hehehe
Ni konsep open macam ni kalau hujan memang masalah ni. Hehe.
Nampak best ni. Macam nak try je.
Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal ‘Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini…
Salam Bro…
lawatan di pagi Jumaat di bulan syawal yang Mulia….
Menyusun 10 jadi maaf di pinta jika ada tersalah dan terkasar bahasa sepanjang lawatan saya ( tiranaAduka ) ke blog Bro ni…..
Salam lebaran yang Indah 2014
woww handal jugak eh buffet ni ..ehhehe..buffet raya ?
Lapar la plak tgk gmbar2 makanan….
Dah habis puasa ramadan…Skrang puasa 6 pulak…. 🙂
Huhhh…lamanya bro menyepi..ke tumpukan pada blog yang baru?hehe
huhuhu…tak sempat bro nak update..balik kerja tenaga dah haus atas jalanraya…hohoho
Wowuww…kue-kuenya banyak sekali, kelihatan sangat sedappp
lame dok singgoh sini…huhu
Selamat Hari Raya Aidilfitri boh…
menarik ni. boleh save untuk puasa tahun depan (kalau umur panjang. InshaAllah)…=D