Biodata Ringkas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman MB Terengganu
Assalamua’laikum. Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang “diturunkan” jawatan. Ambe sebagai rakyat jelata Negeri Terengganu ‘tidaklah terkejut’ mana, disebabkan memang dah dengar khabar angin sejak tahun lepas lagi tentang perjanjian tempoh setahun antara Datuk Seri Ahmad Said dan PM Dato Seri Najib Razak. Benar atau tidak adanya perjanjian sebegini, wallahua’lam.
Isu kenapa Datuk Seri Ahmad Said di’turunkan’ jawatan tidaklah ambe berminat untuk tulis dan cerita panjang lebar di sini. Itu bukan bidang ambe. Anda boleh cari sendiri di blog-blog politik yang lain. Ambe hanya sediakan sedikit snapshot kronologi perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said pada 13 Mei yang lalu.
Cuma satu saje nasihat ambe, baca boleh tapi janganlah percaya 100%. Kalau rasa nak komen, komenlah secara akhlak orang Islam. Kalau nak maki, baik simpan kata-kata makian anda dalam mulut dalam-dalam! Itu lebih baik berbanding anda ‘berhutang pahala’ dengan sesiapa saja yang anda maki!
Apa yang lebih menarik perhatian ambe ialah siapa dia Menteri Besar baru Negeri Terengganu Darul Iman yang ambe sayangi ini. Dia ialah Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Biodata Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
- Tempat lahir: Kuala Terengganu
- Tarikh lahir: 7 November 1965
- Sudah berkahwin dengan mempunyai 4 orang cahayamata.
- Pendidikan: Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia.
- Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.
- Menteri Besar Terengganu yang ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
- Beliau juga memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri.
- Hobi waktu lapang: Baca buku-buku agama.
- Tempat yang paling ingin dilawati: Mekah dan Madinah
Inilah serba ringkas biodata Menteri Besar Terengganu yang terkini, Datuk Ahmad Razif. Sekadar pencerahan kepada diri ambe dan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui situasi terkini perkembangan politik di negeri Terengganu Darul Iman.
Ambe baca, tengok dan perhati penuh minat dari kejauhan!
Terkini:
- Datuk Ahmad Razif akan buat sidang media khas selepas bertemu PM.
- PAS Terengganu juga akan buat sidang media khas tentang kemelut politik Terengganu petang ni, pukul 5.
- 2.06 petang: Bekas MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kembali sertai Umno. Sebelum itu, Adun Bukit Besi iaitu Roslee Daud juga turut kembali sertai Umno.
- Nampak gayanya, kembali seperti asal. Hanya tukar MB Terengganu yang baharu.
Menarik untuk ambe perhati. “Dunia politik memang adakalanya kejam penuh sepak terajang diluar batasan!” & semuanya dalam perancangan Allah jua. Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Tinggal kita nak fikir dengan mata fitrah!
Tiba-tiba teringat entri kawan ambe yang ni tentang jasa Datuk Seri Ahmad Said. Boleh baca di sini yer, “Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman.”
@hafizmd – Macam ambe katalah, kalau nak komen silalah komen dengan adab dan akhlak seorang Islam. Bukan setakat di blog ini, malah kat mana pun kita, akhlak tunjang kekuatan kita. Betul dok ning?
Haha..terbaik!!! Walau apa-apa pun, Datuk Seri Ahmad Said tetap di hati….hahahaha
Banyak sangat berahsia dan penafian akhirnya semua spekulasi sudah tersebar di media sosial.
Peraturan politik kat Malaysia ni pelik sikit. Ikut darjat dan ikut wang je yang lebih. Tulis detail macam mana sekalipun kat atas perlembagaan or mana-mana peraturan, selamba je dilanggar bila dah sentuh darjat atau wang, atau kedua-duanya sekali.
Dunia politik ni macam-macam benda boleh jadi, kalau masuk bidang ni kena bersedia apa saja.
Bab politik ini kadang juga buat saya geram,geram kalau tengok pengikutnya saling menyalahkan.
Hmm.. patut awal2 tak kasi Mat Said bertanding. Kan dah kecoh sekarang 😀
wah inilah rupanya Mb terbaru Terengganu
Dalam dunia politik akhir zaman ni semuanya bersandarkan pada “dunia” semata-mata. bila tuhan bukan menjadi yang utama, kekecewaan akan melanda hati. tapi bila tuhan adalah yang utama, hidup aman bahagia. sama-sama kita doakan agar kita dan pemimpin kita akan menjadikan tuhan itu adalah yang utama. jika sesuatu tindakan itu berasaskan tuhan, kasih sayang akan muncul. aman bahagia akan terasa dari setiap sudut hati :). pelepasan jawatan itu bukanlah suatu masalah lagi.
Takpelah dapat mb baru.. Banyak homework krna buat noh
tulih politik mung..hahaha..ganu pahceroh..apa aku cakap ni..ahaha
hoho..siap ada biodata segala bagai lagi nih..
dari jauh baca berita pasal ni, geleng kepala je mampu depan laptop ni… hihi
Oh..mb baru tganu lahir bulan november..
mesti jurruh orang dia nie.. hehehe..
Napok pada muke…mmg jurruh ngoh ti..macam org tu jugoklah… =)
inilah politik malaysia…
salam kenal buat bapak
Saya suka entri macam nih. Tak terlalu kepolitikan, tapi nampak sangat profesional.
Semoga Dato Razif berjaya memimpin Terengganu menjadi lebih baik daripada Mat Said 🙂
terima kasih bro Firdaus.
Ambe tak reti nak tulis bab politik..sbb tak semua member2 kita sealiran..kena hormati pandangan org juga.maklumlah blog ni tmpat kita sambung ukhwah
thanks bro!
Mat Said kena jaga Kijal =)
dalam dunia pilitik, biasalah ikut giliran, kalau nak duduk lama lama kat atas bagimana orang yang dalam Q nak naik, takut mati kempunan. kalau dah sampai masa tak turun turun kena tolak le jawabnya. zaman sekarang dah ramai tokoh tokoh yang dok tunggu dipelbagai jawatan, lebih lebih lagi dalam dunia politik, free kick, corner, penalty, kad kuning, kad merah dan pelbagai lagi semua ada. kena terima la hakikatnya.
beliau hampir-hampir menjadi MB paling cepat digantikan dengan MB yang baru. Akhirnya tak jadi. Betullah perancangan Allah lebih rapi berbanding perancangan manusia
cukup menanngapi dengan senyuman hehehe 🙂