Badminton Piala Thomas 2014 Malaysia Boleh!

Assalamua’laikum. Badminton Piala Thomas 2014. Badminton. Antara sukan tangan yang aku suka walaupun tak cukup power untuk jadi wakil sekolah. Korang masa Malaysia menang Piala Thomas terakhir, korang darjah berapa? Aku masa tu, baru darjah 3. Rambut masih belah tepi.

Tarikh: 18 Mei – 25 Mei 2014

KLIK SINI –> KEPUTUSAN TERKINI PIALA THOMAS MALAYSIA VS JEPUN

Jadual Piala Thomas melibatkan skuad Piala Thomas | Keputusan terkini Piala Thomas:

  • 18 Mei: Malaysia vs India (Malaysia 4 vs India 1) –
  • 19 Mei: Malaysia vs Germany (Malaysia 4 vs Germany 1)
  • 21 Mei: Malaysia vs Korea (Keputusan penuh: Malaysia 3 vs Korea 2) – suku akhir Malaysia akan menentang Thailand.
  • Petang ini, misi mesti menang untuk elak bertemu Indonesia/China di suku akhir. Bukan apa, kalau bertemu di suku akhir, peluang untuk layak ke separuh akhir lebih tipis. Itu jer percaturannya!
  • Liew Daren tewas dalam kedua-dua game sebelum ni. Mungkin petang ni tak main?
ranking pemain badminton malaysia bwf
Malaysia hanya ada LCW! Lin Dan ranking 58 dunia.

Kenangan Badminton Piala Thomas 1992

1. Korang ingat aksi memukau Rashid Sidek  lawan Ardy Wiranata? Sampai terguling-guling Ardy Wiranata nak sambut bulu tangkis Rashid Sidek! Aku kat rumah, dah macam orang tak betul meraung-raung tengok badminton dengan family.

Malaysia 3 vs Indonesia 2: (1) Rashid Sidek 15–11, 10–15, 15–8 Ardy B. Wiranata (2) Razif Sidek & Jalani Sidek 9–15, 15–9, 3–15 Eddy Hartono & Rudy Gunawan (3) Foo Kok Keong 15–6, 15–12 Alan Budikusuma (4) Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang 15–12, 10–15, 15–8 Ricky Subagja & Rexy Mainaky (5) Kwan Yoke Meng 3–15, 7–15 Joko Suprianto

2. Sengaja aku imbau betapa gembira tak terkata masa tu tengok aksi pemain badminton kita. Sekarang, banyak kali bila tengok rasa geram! hohoho…

Pemenang Piala Thomas: Malaysia 5 kali, Indonesia 13 kali, China 9 kali.

3. Ok. Itu cerita dulu-dulu. Sekarang, sudah 2014. Cara bermain dan taktikal serta kiraan mata juga sudah berubah.

Badminton Piala Thomas 2014 New Delhi, India

1. Skuad kali ni, bagi aku jujurnya memang bukan pasukan pilihan. Selain Dato Lee Chong Wei, pemain lain memang belum konsisten.

2. Takpe. Kita tengok dulu barisan pemain Piala Thomas Malaysia.

  • Single: Lee Chong Wei, Liew Daren, Chong Wei Feng dan Goh Soon Huat.
  • Double: Hoon Thien How/Tan Wee Kiong; Tan Boon Heong/ Chan Peng Soon dan Lim Khim Wah/Goh V Shem
kumpulan piala thomas india 2014
Boleh lepas peringkat kumpulan tak?

3. Tengok undian kumpulan dulu. Malaysia dalam kumpulan biasa-biasa jer. Kalau ikut atas kertas, paling teruk boleh jadi naib juara kumpulan.

4. Kalau jadi naib juara, laluan lepas tu memang saja cari nahas sebab boleh bertemu China!

5. Ok. Korea dan India. Germany kita tolak tepi dulu (walaupun macam tak kuat, tapi kita tak tahu apa pun boleh jadi). Korea memang dah makin power. Pemain Korea baik single atau double rasanya sama kuat dengan Malaysia atau lebih kuat. India boleh kacau daun. Ramai juga pemain India yang berbakat walaupun nampak slow juga perkembangan badminton mereka, tapi semangat India sebagai tuan rumah tak boleh letak tepi woo!

6. Senarai pilihan pemain. Korang mesti tertanya-tanya, mana perginya Zulfadli, Ramdan Misbun, Zulkarnain, Ariff Latiff. Ni semua nama yang ramai peminat badminton rasa “lebih layak” untuk isi slot pemain single.

7. Tapi ikut BAM, mereka tak datang/tewas masa buat perlawanan ujian pemilihan pemain. So, kalau tak datang sesi pemilihan walaupun dah menang banyak game antarabangsa sekalipun, bye-bye jer jawapnya. Itu semua tak diambil kira.

Buat pasukan badminton Malaysia, walaupun banyak dikritik dan disangsi keupayaan korang dalam misi Piala Thomas 2014 ni, aku tetap menaruh harapan untuk lihat paling tidak sampai ke separuh akhir Piala Thomas. Aku rasa boleh dengan syarat mesti jadi juara kumpulan C. Inilah jugak sasaran BAM.

@ hafizmd – Dato Lee Chong Wei mungkin last dah edisi Piala Thomas 2014. Siapalah nak ganti dia jadi pemain terbaik dunia lepas ni ek?

17 comments

  1. Ya memang Best betul bila mengimbau balik kenangan tahun 1992 ketika Malaysia memenangi Piala Thomas… Kelihatan reaksi Presiden BAM ketika itu Datin Sri Dr Siti Asmah (Isteri Perdana Menteri) begitu berdebar menyaksikan pertarungan diantara Rashid Sidek Vs Ardy Wiranata…

    Fuhhh!! Harap kejayaan tersebut akan berulang kembali dalam edisi Piala Thomas pada kali ini….

  2. Ardy Wiranata, Susi Susanti, Allan Budikusuma antara pemain badminton negara Indonesia yang memang legend… nak-nak Ardy Wiranata cara dia bagi servis

  3. Ingat lagi masa Malaysia menang Piala Thomas dulu..merata ceruk tiba2 ada banyak gelanggang badminton..memang gila demam badminton masa tu..
    Kalaulah skrip masa tu berulang…

  4. Tahun ni mmg ‘Mission Impossible” lah bro. Kawe rasa masuk semis pun susah. Tapi kalau nak imbau kenangan 92’ tu, kawe lebih teringat peringkat separuh akhir bila Rashid kejutkan Zhao Jianhua. Itu antara perlawanan badminton paling klasik, hebat dan mendebarkan dalam sejarah Piala Thomas. Sampai skrg tak lupa beb!

    1. target BAM semi final.. =)

      ambe kalau ikut ikhlas hati, nak jadi juara kumpulan c pun ambe rase sukar juga tu. India nyata bukan pasukan india yg dulu.

      korea lagilah..ramai pemain mereka dah kuasai top 20 pemain terbaik dunia.

      kita kena usaha sungguh2 dan kena kuat semangat…itu yg kita ada

  5. Sayang sekali, pasukan kurang mantap. L.C.W. satu point dah confirm.
    Dua bergu tak seimbang malah tak konsisten.
    C.W.F bagus dan tangkas, sayang tak cukup pengalaman. G.S.H. bagus, bersemangat, sungguh-sungguh, (bekas pelatih saya diMSSM Melaka) tapi tak cukup hebat untuk curi satu point. L.D. agak kecut, hati kecik dan tak konsisten. Harapan tinggi menggunung seluruh rakyat malaysia. Nak lihat sejarah berulang tahun 1992 dulu. Apa nak buat, realitinya jelas kita jauh di belakang Cina dan hampir seimbang dengan Korea Selatan dan Indonesia. Insyallah kita akan masuk separuh akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *