Lee Chong Wei dan pengganti Lin Dan…
Assalamua’laikum.
Badminton. Antara sukan yang saya minat sejak dulu lagi. Sejak zaman anak-anak Sidek sampailah zaman Lee Chong Wei. Sejak zaman kita kuasa besar dunia, sampailah zaman kita hanya ada Lee Chong Wei. Sejak zaman Ardy Wiranata dan Rashid Sidek, hinggalah zaman Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Sekarang, kita hanya ada Lee Chong Wei. Baru-baru ni kita cukup bangga dengan Zulfadli Zulkifli yang jadi Juara Remaja Dunia, tapi nampaknya kelibat beliau masih lagi sukar untuk ‘memikat’ BAM untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas tahun depan.
Petang tadi, sempat layan separuh akhir badminton Super Series terakhir untuk tahun 2011. Sudah tentunya pertemuan Dato Lee Chong Wei dan Chen Long begitu menarik. Memang menarik dan mendebarkan. Rasanya, China memang cukup kuat dalam acara perseorangan. Mereka ada super Lin Dan, Chen Long, Chen Jin. Kita Malaysia hanya ada Dato Lee Chong Wei.
Menang ke kalah petang tadi?
Akhirnya, Dato LCW terpaksa akur juga dengan kehebatan Chen Long yang saya kira pengganti terbaik Lin Dan. Bermain tiga set, Dato LCW tewas 16-21, menang 21-16, tewas di set ke-3, 18-21. Memang rasa kecewa tapi cukup bangga dengan Dato LCW yang bersendirian berjaya menggalas cabaran negara dengan begitu konsisten dalam setiap kejohanan Super Series tahun ni. Rekod di bawah sebagai buktinya;
5 kali juara, 3 kali naib juara. Memang cukup terbaik! Tapi, sampai bila Malaysia harus bergantung pada beliau? Sampai bila agaknya BAM nak simpan beliau? Rasanya BAM baru sedar akan hakikat yang kita memang tiada pengganti setanding Dato LCW sekarang. Rasanya, mungkin Zulfadli Zulkifli memerlukan 2-3 tahun untuk sampai ke tahap ni. Takpe, paling tidak, kita ada.
China, sudah ada pengganti Lin Dan iaitu Chen Long. Mereka bakal berentap esok dalam perlawanan akhir. Dalam peringkat kumpulan sebelumnya, Lin Dan terpaksa kerja keras untuk tewaskan Chen Long (3 set). Ini bermakna, China memang punya rakan sepelatih yang setanding. Dato LCW?
® hafizmd – moga sukan badminton Malaysia kembali bersinar macam dulu-dulu






aku rasa lee chong wei sendiri kena buat sesuatu. Dia kena sound BAM. haha..
Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Chong Wei dikecewakan lagi..
Kalau dia sound? Habislah… =)
Huhuhu……..
Penat dah dato lee chong wei bermain….
Dah byk sgt jasa dia kat Msia
Byk jasa dia byk juga harta dia hehe
Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Penebang pokok dan kapak tumpul
Beliau juga pemain badminton popular dunia berbanding Lin Dan.
Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Ada apa pada WordPress 3.3?
Nampaknya, Dato LCW mmg lebih friendly =)
Betul tu bEe,
Setahun, berapa kejohanan yg dia masuk. Semua org harap dia menang…mmg penat fizikal dan mental.
Hrp tahun depan, Dato LCW pilih2 kejohanan yg utama saje
Aduhhh !! 3 kali LCW kalah kat Cheng Long …
Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONG
Harap tahun depan, ada pemain Malaysia yg boleh jadi macam Chen Long (bekas juara remaja dunia)
China memang hebat kalau pasal Badmintion ada je super hero mereka … cam Yang-Yang zaman dulu2 …
Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONG
Rasanya sukan badminton perlu sekuad muda A dan B macam yang dilakukan oleh FAM dengan mewujudkan skuad Harimau muda A dan B.
Bagus juga idea ni. Tapi, BAM sudah ada skuad pelapis utk setiap umur…namun, tak nampak pula yg muncul dalam skuad senior melainkan bila dah terpaksa. Mcam Ariff Latif yg mmg nampak berbakat besar
Zaman Yang yang..fuhh..nostalgik betullah!
Malaysia pun zaman dulu ramai juga hero tetapi sekarang ni tinggal seorang … BAM perlu fikir sesuatu …
Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONG
cri anak muda yg baru ar…bila lagi nk tggu??
Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Manfaat Bicicletă
Dah ada rasanya, tp terpaksa ikut seniority kot???
Jurang pemain muda dan senior amatlah jauh jadi mahu tidak mahu skuad senior adalah pilihan yang ada dan terbaik setakat ini walaupun belum tentu menjanjikan kemenangan disetiap pertemuan.
@AB, betul tu…jurang yg dah lama BAM tak dapat selesaikan
Dulu mmg meriah. Sekarang, sedih rase…BAM kena bangkit!
Diharapkan juga agar ada banyak sponsor diperolehi dalam badminton untuk diguna dalam pembangunan badminton diperingkat akar umbi.
Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONG
Betul tuh. Penaja amat penting utk terus maju. Tp kalau nak ada penaja, mesti perform dulu. Tak gitu bang benjy?
Mungkin malaysia perlu menghantar spy ke china untuk melihat strategi keseluruhan mereka dalam sukan badminton ini.
Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..PANDUAN MENCARI KERJA KOSONG
Malaysia malu kot? Alih2, terpaksa hire coach asing…huuu
chong wei memang perlu rakan pelatih yang hebat, yang setanding
nampak sekarang ni belum ada siapa pun lagi
Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Neymar vs Messi
Mmg takde. Bila agaknya yer…
huhu sedig gak tapi kita terima dg terbuka..
Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Manfaat Bicicletă
huhu…nak buat camne..ada pasang surutnya
tak per tahu hadapan ada pelung agi hrp jgn d kciwakan hee..
p/s:kak brg dah smpi hari jumaat heee..tq.
Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Manfaat Bicicletă
Tahun depan, olimpik jadi sasaran. Harap LCW dapat jd juara…baru puas hati…
p/s-kak kate, alhamdulillah =)
bagi lin dan ranking tak penting
Lin Dan kalau dinilai dia memang jaguh dunia sebab dia dah banyak memenangi acara2 penting spt Olimpik, Kejohanan badminton dunia dan lain-lain lagi.
Dato LCW memang payah nak kalah kan dia. huhu
Blogger ahmad kamil´s berkongsi entri terkininya ..Kisah Nabi Isa a.s bersama dua pengikutnya
@Ahmad Kamil, mungkin juga sbb Dato LCW penat sbb lebih byk harungi kejohanan berbanding Lin Dan, tpi mmg payah nak kalahkan super dan ni..
setuju. dia mmg tak kisah. boleh pilih nak main kejohanan mana. boleh tarik diri sesuka hati…hehehe
X pe yop, Nampak Zulfadli Zulkifli dan Arif Latif tu bakal penganti Lee Chong Wei.

Cuma mereka perlu banyakkan join international match untuk kembangkan lagi karier mereka dan kalau ada rezeki boleh jadi lebih hebat dari Lee Choong Wei.
Blogger ahmad kamil´s berkongsi entri terkininya ..Kisah Nabi Isa a.s bersama dua pengikutnya
Setuju. Harap BAM dpt senaraikan Zulkifli dalam skuad piala thomas tahun depan. Pendedahan mmg perlu utk tingkatkan kemahiran dan keyakinan.
Chen long juga bekas juara remaja dunia dan sekarang sudah dpt tewaskan LCW.
Bagi budak2 baru main…sampai netul2 matang…yang dah senior jadi sparing partner lah.boleh kalau buat betul2….. Hindarkan perkauman dalam sukan.memang boleh berjaya……….
Mmg boleh, tp nampaknya macam ada yg tak kena dgn pembangunan badminton Malaysia. Harap kembali bersinar
BAM mesti dah ade strategi tu.. jangan kontroversi sudah…
Blogger tips´s berkongsi entri terkininya ..Tips Kurus dan Petua Sakit Pinggang – Panjat Bukit Broga
harapnya camtulah…tp rasanya ada yg tak kena ni..
Betul sangat. Malaysia dah mcm takde pemain. Kalau China tu semua kategori pun dia conquer.
Pape pun all the best Malaysia
Blogger yanieKy´s berkongsi entri terkininya ..Judges are Everywhere
Semua dia libas. Mmg nampak sgt China bagus dalam pembagunan sukannya