Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

- 18 April 2013Blogging

Assalamua’laikum.

Live Streaming Dengan TM Unifi! Beberapa bulan lepas, ambe kecilkan pakej Astro. Buang saluran sukan yang ambe minati. Hanya tinggal pakej paling asas. Apakah ambe mampu bertahan tanpa menonton aksi menarik bola sepak Malaysia dan juga aksi Manchester United? Semuanya tak bertahan lama. Apatah lagi ambe “digoda” tanpa henti oleh entri ‘berhantu’ seorang blogger sepenuh masa itu. Apakah kesudahannya dan siapakah blogger itu?

Pengalaman daftar dan pasang set TM Unifi di rumah

  • Semuanya berlaku dengan pantas. Dengan hanya beberapa kali email kepada blogger itu, hanya 3 hari diperlukan untuk siap pasang Unifi.
  • Iya, hanya 3 hari bermula pendaftaran TM Unifi hinggalah pemasangan Unifi di rumah.
  • Juruteknik/agen Unifi yang datang pasang pun memang cool dan cepat serta tangkas. Kurang sejam, TM Unifi sudah selamat dipasang dan sedia untuk digunakan dengan lajunya!
  • Paling best, semuanya diuruskan oleh blogger itu. Ambe langsung tak berhubung dengan pihak TM. Hanya emailkan beberapa dokumen, selebihnya dia akan uruskan dari A-Z. Bestkan?

Pengalaman menarik live streaming TM Unifi

  • Ambe langgan pakej VIP5. Cukup laju untuk layan live streaming bola sepak. Download/upload 5 Mbps & download bandwidth 60 GB (sekarang masih unlimited sampailah TM cap)
  • Jadi, selesai masalah “kegersangan” ambe untuk menonton live streaming bola sepak Malaysia mahupun luar negara. Tinggal kena pandai cari link untuk live streaming jer.
  • Ada tersekat-sekat ke masa live streaming? Setakat ni, semuanya lancar. Tiada rasa bosan masa loading.
  • Lebih mengujakan bila isteri memang suka layan cerita Korea. Bila dah penat buat kerja rumah, bolehlah dia lepaskan “kerinduan” dengan mendownload drama Korea tanpa batasan dan tanpa gangguan!
  • Nak lagi? Boleh layan movie dan drama online. Boleh cucuk kat tv, kalau nak tengok lebih puas.

Pengalaman menarik yang lain guna TM Unifi setakat ini

  • Paling best bila time hujan, masih lagi boleh menonton tv. Maklumlah, Astro tak cukup ‘power’ bila hujan.
  • Boleh sembang lama-lama dengan mak di kampung. Maklumlah, ianya percuma! Ia juga menjadi satu sebab utama kenapa ambe pilih untuk pasang TM Unifi.
  • Boleh tonton youtube di tv. Lagi senang nak tengok ceramah Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus dan tak lupa kartun Upin Ipin untuk anak-anak.
  • Masa pasang hari tu, siap dapat sebulan percuma. Sekarang masih ada lagi promosi ni. Sila cepat sebelum terlambat!

Berminat nak pasang/daftar TM Unifi?

  • Sekarang masih ada lagi promosi percuma sebulan
  • Sila terus berhubung dengan blogger aka agen TM Unifi ni. Pasti puas hati dengan khidmat yang bakal anda lalui.
  • Agen TM Unifi terbaik –> Email contact@shakiddo.com  atau layari Blog Shakiddo.com.

@hafizmd – Pengalaman Pengguna Live Streaming Dengan TM Unifi! Bestnya dapat sembang lama-lama dengan mak. Terima kasih TM Unifi, “Connections make anything possible”

{ 57 comments… read them below or add one }

titan April 18, 2013 at 1:08 am

hoho..bandwdith unlimited ke wehh?

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 8:57 am

hehe..Tm kasi 60gb utk pakej vip 5, tp sekarang unlimited…hohoo

Reply

KiD April 18, 2013 at 9:24 am

unlimited lagi.. dan aku rasa still lagi unlimited… :)

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:37 am

ambe pun rasa unlimited, jap..mmg unlimited…hehehe

Reply

titan April 18, 2013 at 3:09 pm

bayar berapa sebulan? kalau harga berpatutan..nak je aku tukar line kat banting tu..haha..

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 5:34 pm

RM 149. klau byr bil online, 147…hehe

puteri kasih April 18, 2013 at 7:20 am

wah bestnyer pengalaman dengan unifi. Kat tempat puteri masih lom ada unifi :(

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:27 am

Tunggu, tgh tarik kabel tu… =)

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain April 18, 2013 at 9:05 am

Kawe pun ada pkir nak upgrade pigi Uni-Fi. Cuma wonder berbaloi tak sbb jarang duduk rumah… Dah ler tu di opis pun bayar internet. Broadband mobile DiGi pun nak kena bayar gak… adehhh… tunggu dulu …

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:27 am

Kalau camtu, mmg nak kena fikir dalam2..ambe ada guna lagi satu wimax, tp sbb wife sudi hulurkan kosnya serba sikit, lehla ambe potong mana yg boleh..hehhee

Reply

yusri April 18, 2013 at 9:10 am

tak lepas nak register dgn TM ni…huhu

Reply

suri April 18, 2013 at 12:39 pm

pasal apa tak lepas bro? ke masih terikat dg kontak lain huu..

Reply

yusri April 18, 2013 at 2:24 pm

bil TM touch belum setel lagi..huhu

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:22 am

@yusri, ooo..kasi settelah boh! heheeh

Reply

yusri April 19, 2013 at 10:20 am

sebab tu ambe pakai maxis…haha

shah April 18, 2013 at 9:16 am

unifi mmg laju…

ambe pn pkai…

terbaikkkk boh…

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:26 am

canteklah!

Reply

KiD April 18, 2013 at 9:20 am

waaahhhh… syioknya bro ada unifi kan? nak tengok youtube, NO BUFFER.. tu yang penting. seronok anak aku tengok upin ipin dan lain-lain.. =)

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:38 am

tu antara sebab ambe amik unifi ni..

mcam2 benda boleh kita train anak2..download education apps utk anak2..mmg best!

Reply

Oneblogsocial April 18, 2013 at 9:21 am

Tahniah,internet ibarat kekuatan bagi blogger.Tak ada internet ibarat tak ada nyawa.

Reply

suri April 18, 2013 at 12:36 pm

wah hebat tm den gak perob..sedia keciwa huaaa…

Reply

ejam April 18, 2013 at 9:48 am

nasib baik kawasan aku tinggal ni belum ada unifi, kalau tidak memang dah daftar dah…sabarlah hati tunggu giliran sampainya unifi nanti..hehe

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:25 am

hehe..sabar bro…kang nanti sampai, sila call bro kid..confirm puas hati

Reply

Hafizul April 18, 2013 at 10:25 am

Haha..baca artikel ni terasa sayu dihati..bila la agaknya pondok kecil nak rasai semua ni..apa-apa pun tahniah yer..unifi dah ada, live streaming tidak terganggu, BW ke pondok kecil, harap jangan dilupa..hahahahaha..ok tak mcm tu?

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:25 am

jgn gitu boh…kang sapalah tu masanya utk deme =)

itu sudah pasti, antara blog wanted tu

Reply

wazy April 18, 2013 at 10:39 am

best la..heheh kat sini belum ada lagi unifi,kalau tak nak sambar jugak

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:25 am

tunggu bro, mesti tgh tarik kabel tu..hehe

Reply

norfanil April 18, 2013 at 10:46 am

best pakai unifi..terbaik..
betul tuh.. daoat call umah free…
skrg dah tak bukak tv.. bukak live streaming kat laptop je..

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:24 am

hehe..tu yg paling best, semuanya tgk kat laptop…hohoho

Reply

Hazmin Hamudin April 18, 2013 at 11:15 am

Kadang-kadang live streaming tu sangkut jugak.. Hehe. Kena tengok link jugak kot…

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 1:41 pm

betul tu…kena tgk link live streaming jugak..biasalah..hehe

Reply

onlajer April 18, 2013 at 12:09 pm

memang best unifi ini der , saya rasa lebih berbaloi dari astro

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:23 am

itulah..ingat kalau ada lagi 1-2 channel yg boleh masuk unifi, ambe dah potong itu astro

Reply

suri April 18, 2013 at 12:37 pm

wah lepas ni makin ligat arorg tu update blog eh.

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:23 am

itu dah pasti…hehe

Reply

hafiz April 18, 2013 at 1:45 pm

nanti nak subscribe juga tapi kena tunggu kontrak 4g abis huhuhu

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:23 am

canteklah..pasti lebih berdesup!

Reply

anif April 18, 2013 at 2:57 pm

Penghijrahan yang amat berbaloi tu! :D

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:22 am

setakt ni mmg best terutama bab telefon free tuh

Reply

staibaqhang April 18, 2013 at 3:05 pm

laju… laju… dan terus laju

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:22 am

ada jugak kadang2 slow sikit, tp masih puas hati

Reply

auc April 18, 2013 at 6:27 pm

belum mampu lagi nak berunifi

sekarang layan skybox je dgn full channel astro, yg penting bola wajib ada, cuma RM18.90 je sebulan :)

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:30 pm

skybox? Rm18.90? Sekarang jugak ambe usha carik apa tu skybox..

Bro ada buat entri pasal ni tak?

Reply

Kujie April 18, 2013 at 10:03 pm

teringinlah juga… tapi kegunaan internet kat rumah tak maksimum
tapi satu kelebihan bab tv tu
mgkn kos astro boleh disalurkan pada unifi….so astro ambil pakej minimum..

mcm mana ye..cuba beri sikit cadangan utk kak jie
sebab skrg ni streamyx kak jie rm 110 tu pun rasa terlebih sbb guna sorang dua, bkan guna tahap maksimum

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:21 am

Kalau tak guna maksimum, itulah, macam yg kak jie cakap, Mungkin kak jie boleh tukar streamyx ke unifi vip5 dan downgrade astro..hehe

ataupun potong terus astro, amik unifi, tambah2lah mana2 channel yg kak jie suka, contoh nat geo, discovery dll =)

saya amik astro pakej asas=RM42, tu pun sbb nak tgk channel kbs ngn wife

Reply

akubiomed April 18, 2013 at 11:27 pm

Masih tunggu lagi kemasukkan fiber optik dikawasan perumahan sekarang ini melanggan 4G.

Reply

hafizmd April 19, 2013 at 9:17 am

Akan tiba masanya =)

Reply

iAwani April 21, 2013 at 10:12 pm

sayangnya setakat ni Unifi masih belum ada di kawasan Kota Kinabalu.

Reply

Hayrin Matahir October 2, 2015 at 6:27 pm

KK sudah ada, tinggal Sandakan, Tawau dan daerah-daerah lain di Sabah belum menyeluruh liputan UniFi dia..

Reply

Ibu Mifzal Arsyad April 24, 2013 at 9:46 am

tak tau zaman bila akan ada servis unifi ni dekat tempat sy..huhu

Reply

russ May 27, 2013 at 12:52 pm

interested in subscribing to unifi

Reply

hafizmd May 27, 2013 at 2:00 pm

Thanks Russ.

Then, you can straightly contact this person in charge for subscribing unifi.

i just forwarded your email to him, probably he’ll contact you by emel ASAP

Reply

zaidizek December 12, 2014 at 5:03 pm

Tempat saya masih belum ada perkhidmatan ini…..

Reply

Hayrin Matahir October 2, 2015 at 6:33 pm

Sama la.. Kalaupun kat Sandakan sudah dapat liputan menyeluruh UniFi nih, harus upgrade dari Streamyx ke Unifi supaya dapat layan live streaming tanpa buffering atau tersangkut-sangkut..

Reply

Halim October 4, 2015 at 9:27 pm

“Ambe langgan pakej VIP5. Cukup laju untuk layan live streaming bola sepak. Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!”

Tipu la live streaming cukup laju dgn 5mbps unifi. 10mbps pun lagging gak kadang2. Agak2 la nak menipu pun…

Reply

Hafizmd October 6, 2015 at 10:11 pm

Zaman mase ambe mula2 langgan…mmg jarang sgt lagging..zaman skrg..dah ramai subscribe unifi..konpem dah makin slow..dulu2 unlimited..skrg dah x rasenye..

so, agak2lah nak kate ambe menipupun…hohoho

Reply

daftar unifi secara online October 27, 2015 at 9:32 pm

untuk mendaftar unifi anda boleh mendaftar di TM Poinjt ataupun ara lain adalah dengan mendaftar secara mudah secara online

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }