Liga Super Kembali! Jom Layan Siaran Langsung & Live Streaming
Assalamua’laikum.
Liga Super 21 & 22 Jun 2013. Sementara ada yang dah tak sabar nak tengok perlawanan akhir Piala FA, Kelantan vs Johor DT 29 Jun 2013, kenalah layan dulu Liga Super yang dah kembali. Lama juga berhenti, memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya terbang ke Australia memanaskan badan sebelum sambung kempen kelayakan Piala Asia 2014. Jom kaki bola, kasi gegar stadium dan tonton siaran langsung serta live streaming Liga Super!
1. Siaran langsung Liga Super Astro Arena 801
- Selangor vs ATM. 8.45 malam. 21 Jun 2013
- Lions XII vs Johor DT. 7.45 malam. 22 Jun 2013
2. Live streaming perlawanan pilihan 21 & 22 Jun 2013
- Link live streaming Selangor vs ATM | Channel 15
3. Perlawanan tumpuan? Pastinya perlawanan antara Lions XII vs Johor DT dan Selangor vs ATM. Kenapa? Tengok saja kedudukan terkini Liga Super di bawah;
4. Ada lagi 4 perlawanan sebelum musim ni tamat. Beza mata antara Lions XII dan Johor Dt hanya 4 mata. Untuk mengelakkan ‘malu besar’ kehilangan Piala Liga Super kepada Lions, Johor DT wajib menang!
5. Kelantan vs Terengganu. Rasanya perlawanan pemanas badan yang cukup baik untuk Kelantan sebelum aksi final bertemu Johor DT nanti. Ambe harap Terengganu menang malam esok untuk baiki kedudukan dalam Liga Super.
6. Perlawanan lain 21 dan 22 Jun 2013 Liga Super?
- Felda United vs T-Team. 21 Jun
- Terengganu vs Kelantan. 21 Jun
- Pahang vs Perak. 22 Jun
- N.Sembilan vs PKNS. 22 Jun
7. Jangan lupa layan siaran langsung Liga Super. Kalau internet anda super laju macam Unifi tu, sila layan live streaming Liga Super sampai lebam! Kalau belum langgan, sila tanya taukey Unifi, Bro Kid 😛
@hafizmd – Liga Super Kembali! Jom Layan Siaran Langsung & Live Streaming. Sekarang demam Piala Konfederasi! Dan paling best, Jepun dan Australia dah layak ke Piala Dunia 2014. Malaysia bila lagi?
Wah perlawanan yang ditunggu antara Lions X11 dan JDT. Semoga JDT dpt teruskan perjuangan dengan mengbaham Lions di tempat lawan.
harapnya camtulah…harap2 padang tiruan tak mendatangkan masalah buat jdt
yeah 4 mata sahaja di belakn lion
tu yg wajib menang tu
saya berkaca mata ahaa…
memang harapan pada JDT jelah…semoga berjaya membaham singa..
itu dia peminat JDT telah mampir di sini
kena menang malam esok
mana juara suka telebih-lebih
saya cuma nampak yang ini sahaja Pahang vs Perak. 22 Jun .aik bila masa nak tonton ini nghee..
8.45 malam =)
seperti biasa akan sokong selangor
hehe..mmg fan selangor…geng titanlah ni
baru sy tahu
orang sana ker hurm…
harap selangor menang. dan JDT menang atau seri lawan singapore.
selangor mesti nak menang…aku harap jdt menang malam esok…paling tak seri jugak
perghhh dah start eh, bosan gak xde bola nk tgok hihi
hehe..musim ni boleh tahan syoknye
banyak tengok blog sndir
kembali bersambung.. tak sabar rasanya nak tgk siapa juara tahun ni
harap pasukan dari malaysia =)
hujung minggu tidak lagi membosankan untuk semua peminat bola sepak..hehe
hehe…mmg lama dah tunggu
Malaysia tunggu layak jadi tuan rumah je kot. Kalau nak layak cara lain, memang susah. Standard same je dari dulu.
Katanya nak bida tahun 2050, tp YB KJ kasi sound hari tu, “kalau isu keselamatan macam masa Pahang vs JDT pun tak lepas”….
hehheehe… tersedak aku jap.. game JDT semakin dapat liputan..
hahahaha….saje kasi sedak…
jdt mmg btul2 naik tahun ni
lama juga tunggu liga super ni start balik..hehe..bosan xde bola..tengok piala konfiderasi je.
hehe…sebulan lebih cuti…nak layan piala konfiderasi tak larat jugak..main 3-4 pagi…
Johor pasti menang. Luaskan kuasamu johor.
Ameen. Moga jerebu tak ganggu rentak Johor
malam ni game yang agak best juga ni..hehehe
kecewa dengan persembahan N9 musim nih…huhu
melaka lagi ilik
internet x berapa laju… pakai unifi bgs nuh
mana live streaming kelate ni..dekat 4 je cari tok jupo ni…potong stim weh!!
sori bro..live streaming kelate takdok link hok ambe jumpe…
tahniah
kelantan menang
tak sempat menonton
sekadar tahu keputusan je
ambe pun tak sempat…live streaming plak tak jumpe linknye =)
tahniah kelantan baham terengganu..nmpaknya penyu macam hilang arah bila main malam2
Teruk terengganu kalah kan./.saya tengok berita malam ni TV3..kelantan menang 4-0..hebat betul lah..hehe
huhu…kesian terengganu, tp takpe..ada lagi peluang utk rembat Piala Malaysia…ameen
Ingat menang JDT tapi apa kan daya…..
Apakan daya..dah nak menang, tp lions tak pernah mengalah
Sokong singapore. Sebab kampung di sana. Heeeee
hohohoho
JDT x leh harap betullah, kalau x ada harap dakap Piala Liga Super tu…
huhuhu..harapan kita sekarang, lions buat silap lawan felda united nanti utk game yg ke-21
sekarang masa rest bila bola dh habis
hai bola.. bulat ramai pula yang suka