Wan Zack Haikal Mungkin Balik Bermain Dalam Liga Malaysia?

- 13 June 2013. Updated 24 October 2014Sukan

Assalamua’laikum.

Pasukan Liga Malaysia main ‘tikam belakang’ FAM?Terkejut. Serius terkejut bebenor ambe pagi tadi bila baca berita pasal ada beberapa pasukan Liga Malaysia yang sedang berusaha untuk membawa balik pemain sayap lincah kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu. Kalau dulu, ambe ada cerita pasal Nazmi Faiz yang kini sah bermain untuk kelab PKNS. Jadi, betul ke cerita ni Wan Zack ni?

Wan Zack Haikal

Ambe antara ribuan peminat Malaysia yang berkobar-kobar bersemangat bila Wan Zack dapat tawaran bermain untuk FC Ryukyu. Bukan senang nak pikat kelab luar kalau bukan kerana bakat dan kelincahan Wan Zack ni. Tengok saja gandingan dia dengan Mahali Jasuli dalam skuad Harimau Malaya, cukup menjadi dan berbisa!

Jadi, bila baca ada pasukan yang buat rundingan senyap-senyap dengan FC Ryukyu untuk bawak balik Wan Zack, ambe rasa ada benda yang tak berapa kena dengan pasukan yang menggatal nak ‘merembat balik’ Wan Zack. Mungkin depa dapat hidu sesuatu yang sedang mencabar Wan Zack di sana. Jadi, ambil peluang ni cepat-cepat untuk pikat Wan Zack, siap tawar bayar tebus kontrak lagi.

Setakat ni, ambe belum jumpa lagi mana-mana berita rasmi keputusan dan kedudukan Wan Zack dalam isu ni. Ambe harap, Wan Zack dapat kekal di FC Ryukyu. Paling tidak, habiskan kontrak 2 tahun di sana. Apapun, ambe sebagai peminat bola sepak Malaysia, doakan yang terbaik untuk budak Pahang ni!

Sedikit biodata Wan Zack

wan zack balik malaysia?

  • Umur: 22 tahun (28 Januari 1991)
  • Tempat lahir: Maran, Pahang
  • Kelab pertama: Pasukan Piala Presiden Kuala Lumpur
  • Penampilan antarabangsa pertama: Bermain untuk pasukan Malaysia Bawah 19 tahun dalam Kejohanan Remaja AFF Bawah 19 tahun AFF.
  • Abangnya juga seorang pemain bola sepak iaitu Wan Mohd Azwari (pemain Sabah)
  • Kelab sekarang: FC Ryukyu (kontrak 2 tahun)
  • Baru sekali bermain untuk FC Ryukyu dengan penampilan yang cukup baik sebelum cedera dan terpaksa berehat.

Apa kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee?

“Jika Wan Zack pulang demi menerima tawaran tersebut, sudah tentu saya amat kecewa kerana saya yang memperkenalkan beliau kepada kelab luar, tetapi tiba-tiba sahaja dia mahu pulang awal.Jika ini berlaku (Wan Zack kembali ke Malaysia) saya tidak mahu lagi mempromosikan pemain kita kepada kelab-kelab luar.” Sumber – Utusan Melayu

Apakah perkara sama yang berlaku kepada Nazmi Faiz bakal berulang? Sama-sama kita tunggu….
@hafizmd – Wan Zack Haikal Mungkin Balik Bermain Dalam Liga Malaysia? Jika Wan Zack juga balik, apakah benar pemain kita ‘kekurangan’ sesuatu yang amat penting untuk berjaya?

{ 34 comments… read them below or add one }

akubiomed June 13, 2013 at 4:19 pm

Terbaca keluhan Ong Kim Swee serik untuk beliau memperkenalkan pemain muda di kelab-kelab luar.

Reply

hafizmd June 13, 2013 at 4:27 pm

Tu yg tak best tu. Takut nanti liga luar serik nak amik pemain kita

Reply

onlajer June 13, 2013 at 5:02 pm

yeah orang muda memang diperlukan

Reply

suri June 13, 2013 at 7:46 pm

asyik org luar masuk lagi mmbazir hee..baik amik tenaga muda bukan ker bagus

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:53 pm

@suri, player kita ramai yg berbakat =)

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:54 pm

@onlajer, betul tu…tp biarlah mereka main kat luar…bukan senang dapat peluang

Reply

blackrosehunter June 13, 2013 at 9:29 pm

rugi kalau dia balik Malaysia..timba dulu pengalaman bermain di luar tu. Susah bola sepak di Malaysia ni nak maju dengan sikap segelintir begini.

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:53 pm

itulah..harap dia stay kat jepun

Reply

Khairul Zamri June 13, 2013 at 9:30 pm

ini ak setuju sangat

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:53 pm

ambe tak setuj

Reply

Rahmat Ariffin June 13, 2013 at 11:43 pm

Pasukan negeri mana pula suka ambil kesempatan nie…kita nak majukan bolasepak Malaysia dengan hantar pemain bermain diluar…ini diorang nak tarik masuk bermain dalam negeri pula. Sepatutnya FAM kena lakukan sesuatu supaya perkara macam nie tak berulang lagi macam kes Nazmi…

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:52 pm

Tak pasti lagi pasukan mana yg buat tawaran…harap wan zack tak balik

Reply

Datin Tyka June 14, 2013 at 8:35 am

oh my kekasih gelap.. good luck ya sayang…

hohohooh

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:52 pm

hohohohoo…ramainye dark lover DT…hahahhaa

Reply

Qashmere June 14, 2013 at 8:53 am

Muda lagi… (baru nak jadikan anak ikan) hahahaha :P~

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:51 pm

hahahaha…

Reply

fyna June 14, 2013 at 9:51 am

bagi je lah fyna gantikan wan zack kat sana tue ^_^

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:51 pm

idea bagus ni..hehe

Reply

hafiz June 14, 2013 at 3:24 pm

baru lah pemain malaysia nak main kat luar ada je yg potong line..

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 10:51 pm

tu yg buat naik hangin tu

Reply

kakiblog June 15, 2013 at 12:55 am

biar empunya badan menentukan keputusannya..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:41 am

hehe..dia buat keputusan utk stay

Reply

titan June 15, 2013 at 4:01 am

entahlah. kekadang, aku memang tak faham budak bola kita ni..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:40 am

hahahaha..sib baik dia nak stay

Reply

Ismail N June 15, 2013 at 3:01 pm

He he dia rundu sambal belacan kot? Apa-apa pun sayang jika dia balik ke Liga M. Standard kat sini rendah berbanding Liga J. Kalau ada cita-cita tinggi, Wan Zack patut stay dan cuba pikat kelab2 utama di Liga J.

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:36 am

Nasib baik dia kental, dia akan stay kat sana smpai habis kontrak

Reply

effort lab June 15, 2013 at 11:04 pm

dlm kes ni, kita ambil pandangan dr sudut positif la kan. mungkin sebab utama dia kembali kat malaysia, sebab agama. kat sana mkn tak boleh sebarangan. masuk waktu, takde azan.. kalau kat sini, mmg berbeza.

*betulkan jika salah

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:33 am

Betul juga kalau dari satu segi, tapi di mana pun kita, soal ibadah takde halangan =)

Reply

TehR June 16, 2013 at 12:34 am

adakah kerana kecederaan wan zack sekarang ni?

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:32 am

Dgr kata ada masalah komunikasi tp wan zack dah cakap dia nak stay kat sana

Reply

Hairul Hissam June 16, 2013 at 12:15 pm

mungkin juga pemain kita sukar menyesuaikan diri di tempat org.. dan tak dapat menhadapi tekanan dari pemain dan jurulatihluar negara…

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:32 am

Mungkin jugak tp alhamdulillah wan zack nak kekal di Jepun! tahniah wan zack

Reply

Hafizul June 16, 2013 at 12:56 pm

Bakat macam ni akan membuatkan jurulatih sayang nih..hehe

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:31 am

tu yg pasti bro

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }