Speechless Friday #7 Entri Super Friday!

Assalamua’laikum.

Speechless Friday #7 Entri Super Friday!ย Yang ni kalau tak publish jugak, bakal menjadi entri ke-4 yang ambe tulis tak siap-siap dan bakal difermentasi sebagai ‘entri draft tak siap-siap’…hehehe. Bila rasa terlampau rajin tu mai, habislah. Nak tulis satu entri pun, jadi terbantut-bantut macam pokok bonsai. Jom layan dulu 3 entri pilihan blog Melayu Boleh super Friday!

3 Entri Pilihan Super Friday!

1. DIY – Check Your Feelings Before You Post Anything on FB, And Think Hard Before Sharing an FB Post

Apa yang menarik ialah tentang isu seorang travel blogger yang telah meluahkan rasa tak puas hati terhadap Delta Airlines yang dakwanya telah menggunakan gambar miliknya tanpa kebenaran. Apa kesudahan tuntutan travel blogger ni? Nak tahu? Gi baca entri ini.

2. Identiti Sebenar Pemilik Blog

Pemilik blog/pemilik akaun media sosial lain mungkin akan diteropong lebih rapi selepas ini oleh kementerian terbabit, tapi sebagai seorang blogger yang tahu dan faham etika seorang blogger, pastinya akan berfikir masak-masak sebelum melepaskan entrinya. Jangan nanti buat-buat, “baling batu sembunyi tangan.” Tak pasal-pasal dunia blogging bakal menjadi rosak bak “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” Gi baca entri ni dan luahkan super pandangan korang.

melayu boleh blogging

3. Nifsu Syaaban

Puasa dah nak dekat. Sebelum Ramadhan datang, Syaaban dulu. Jadi, elok kita pakat bersedia mana yang patut untuk merebut segala kebaikan dalam bulan Syaaban dan Ramadhan nanti. Kalau kita sanggup bersengkang mata untuk update blog, molek benar jika kita juga turut sengkang mata untuk buat amal ibadat. Dok gitu? Ambe peringat diri ambe terutamanya…huhuhu

Sekian dulu 3 entri pilihan super Friday. Entri ni pasti ada bahagian #8, #9 dan berikutnya. Dah jadi entri bersiri. Memang sangat berguna bila tiba masanya serebrum ambe kurang cekap mengawal emosi blogging ni…hahahaha

@hafizmd – Speechless Friday #7 Entri Super Friday! Esok jalan-jalan ke Port Dickson. Ingat nak singgah kat Banting masa balik nanti…hehehe