Assalamua’laikum.

Pasukan Liga Malaysia main ‘tikam belakang’ FAM?Terkejut. Serius terkejut bebenor ambe pagi tadi bila baca berita pasal ada beberapa pasukan Liga Malaysia yang sedang berusaha untuk membawa balik pemain sayap lincah kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu. Kalau dulu, ambe ada cerita pasal Nazmi Faiz yang kini sah bermain untuk kelab PKNS. Jadi, betul ke cerita ni Wan Zack ni?

Wan Zack Haikal

Ambe antara ribuan peminat Malaysia yang berkobar-kobar bersemangat bila Wan Zack dapat tawaran bermain untuk FC Ryukyu. Bukan senang nak pikat kelab luar kalau bukan kerana bakat dan kelincahan Wan Zack ni. Tengok saja gandingan dia dengan Mahali Jasuli dalam skuad Harimau Malaya, cukup menjadi dan berbisa!

Jadi, bila baca ada pasukan yang buat rundingan senyap-senyap dengan FC Ryukyu untuk bawak balik Wan Zack, ambe rasa ada benda yang tak berapa kena dengan pasukan yang menggatal nak ‘merembat balik’ Wan Zack. Mungkin depa dapat hidu sesuatu yang sedang mencabar Wan Zack di sana. Jadi, ambil peluang ni cepat-cepat untuk pikat Wan Zack, siap tawar bayar tebus kontrak lagi.

Setakat ni, ambe belum jumpa lagi mana-mana berita rasmi keputusan dan kedudukan Wan Zack dalam isu ni. Ambe harap, Wan Zack dapat kekal di FC Ryukyu. Paling tidak, habiskan kontrak 2 tahun di sana. Apapun, ambe sebagai peminat bola sepak Malaysia, doakan yang terbaik untuk budak Pahang ni!

Sedikit biodata Wan Zack

wan zack balik malaysia?

  • Umur: 22 tahun (28 Januari 1991)
  • Tempat lahir: Maran, Pahang
  • Kelab pertama: Pasukan Piala Presiden Kuala Lumpur
  • Penampilan antarabangsa pertama: Bermain untuk pasukan Malaysia Bawah 19 tahun dalam Kejohanan Remaja AFF Bawah 19 tahun AFF.
  • Abangnya juga seorang pemain bola sepak iaitu Wan Mohd Azwari (pemain Sabah)
  • Kelab sekarang: FC Ryukyu (kontrak 2 tahun)
  • Baru sekali bermain untuk FC Ryukyu dengan penampilan yang cukup baik sebelum cedera dan terpaksa berehat.

Apa kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee?

“Jika Wan Zack pulang demi menerima tawaran tersebut, sudah tentu saya amat kecewa kerana saya yang memperkenalkan beliau kepada kelab luar, tetapi tiba-tiba sahaja dia mahu pulang awal.Jika ini berlaku (Wan Zack kembali ke Malaysia) saya tidak mahu lagi mempromosikan pemain kita kepada kelab-kelab luar.” Sumber – Utusan Melayu

Apakah perkara sama yang berlaku kepada Nazmi Faiz bakal berulang? Sama-sama kita tunggu….
@hafizmd – Wan Zack Haikal Mungkin Balik Bermain Dalam Liga Malaysia? Jika Wan Zack juga balik, apakah benar pemain kita ‘kekurangan’ sesuatu yang amat penting untuk berjaya?

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.