Jadual Siaran Langsung Liga Super 19-20 April Astro Arena 801
Assalamua’laikum.
Siaran Langsung Liga Super 19-20 April Astro Arena 801. Kita redakan dulu kegembiraan dan kekecewaan aksi penuh dramatik dalam Piala FA. Esok dan lusa, 6 perlawanan Liga Super bakal berlangsung. Perebutan top 5 carta Liga Super teramat menarik. Mampukah Johor DT, Selangor, ATM dan Pahang mengasak kedudukan Lions XII? Jangan lupa siaran langsung di Astro Arena 801 atau pun tonton live streaming Liga Super/Liga Perdana perlawanan pilihan.
1. Siaran langsung Liga Super/Liga Perdana Astro Arena 801
19 April 2013
- Sime Darby vs Johor. 4.45 petang. Std. MP Selayang, Selangor
- Johor Darul Takzim vs Pahang. 8.45 malam. Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Johor
20 April 2013
- Lions XII vs ATM. 7.45 malam. Std. Jalan Besar, Singapura.
2. Live streaming perlawanan pilihan Liga Super/Liga Perdana
Link live streaming akan dikemaskini. Klik link live streaming di bawah;
- Johor DT vs Pahang
3. Perlawanan lain Liga Super;
- Selangor PKNS vs Kelantan. 19 April
- N. Sembilan vs Selangor. 19 April
- Felda United FC vs Terengganu. 20 April
- T-Team vs Perak. 20 April.
4. Perlawanan pilihan? Ambe pilih perlawanan Johor DT vs Pahang. Ini ibarat “perlawanan ujian” untuk separuh akhir Piala FA. Sekali lagi, aksi Nunez yang mengecewakan pasukan Selangor akan menjadi perhatian. Bentuk badannya langsung tak memberikan impak pada mutu tendangan dan kawalan bola Nunez!
5. Selangor pasti nak menang untuk mengubat luka dan memintas kedudukan Lions XII (harapnya ATM menang di Padang Besar).
@hafizmd – Jadual Siaran Langsung Liga Super 19-20 April Astro Arena 801. Beza mata antara pasukan tak jauh, apakah ini bukti prestasi setiap pasukan hampir sama?
harap Pahang boleh menang nanti 🙂
Sama2 kita tunggu, mesti best game ni
johor vs pahang, nak sokong SELANGOR.. stress kalah ritu
hehe..selangor ttp dihati yer.. =)
alhamdulillah selangor menang yg perlawan baru ni.. heee selangor tatap di hati
bookmark! memang kat sini jela nak cari streaming nanti. hehe
thanks bro..
semangat ambe nak carik link2 live streaming ni..
Lions bermain digelanggan sendiri. So, most probably akan menang sbb semua pasukan yg bermain di gelanggan tiruan tu struggle. Ia agak difahami kerana beza yang amat ketara pada gelanggan tiruan yg lebih laju dan smooth berbanding di padang.
Jadi Lions akan kekal di tangga teratas selepas game ini. Pencabar terdekat nampaknya mungkin Johor. Dua pemain baru yg dibawa masuk terus memberi impak yg ketara dan Johor DT tampak lebih bertenaga dibahagian hadapan. Mana2 pasukan yg ingin menewaskan Johor DT mesti berani mengasak Johor DT yg lemah di bahagian pertahanan dengan hanya Aidil sahaja yg berkualiti dan boleh diharapkan. My 5 cents jer.
Ambe setuju. kalau ikut rekod pun, hanya beberapa pasukan saje yg mampu tewaskan lions kat atas padang tu termasuk kelantan dan terengganu musim lepas..tp mostly mmg payah nak paling perit bila kalah besar..
harap atm betul2 marking player lions..ambe rasa atm paling tidak boleh seri malam esok..
player import baru nunez dan sorang latgi yg diamik dari pasukan johor mmg bagus..
jadi, senang cerita, kalau takde aidil kat pertahanan, senang nak tembus, jadi..pandai2lah..hehehehe
thanks bro!
rasanya johordt akan memberikan tentangan hebat..
JDT kini di tangga teratas Liga…huhu
alamak, nak tengok kena ke kedai mamak .. tiket menonton hanyalah nescafe panas secawan. tidak ada tv di rumah.