Assalamua’laikum.
Responsive Themes Percuma. Apa itu responsive themes? Penting sangat ke nak pasang wordpress responsive themes? Ada tak responsive themes percuma? Iyalah. Semua orang sukakan benda percumakan? Itu juga soalan yang ambe fikir 3-4 bulan lalu. Ambe antara spesis blogger yang suka menggodek themes. Kesudahan pahit bercampur manis seperti blog jadi serabut dah jadi asam garam seorang blogger. Sekarang, mungkin masanya untuk kita fikirkan pasal responsive themes percuma. Itupun kalau anda suka main-main dengan blog anda!
1. Apa itu responsive theme?
Setakat yang ambe faham, kalau kita guna responsive theme ni, secara automatik paparan blog kita akan bertukar menjadi mesra pengguna tablet dan smartphone. Mesra maksudnya paparan blog kita akan mengecil dan membesar ikut saiz skrin tablet/smartphone yang diguna. Paparan juga menjadi lebih lengkap tanpa kemungkinan hilang paparan gambar dan sebagainya.
2. Boleh tambah ilmu dengan membaca entri blogger INI yang menghadiri ‘Introduction to MWT’ anjuran Amanz EDU & Jom Social.
3. Kebaikan menggunakan responsive themes?
- Mesra pengguna tablet dan smartphone. Maklumlah, sekarang ramai yang dah mampu milik smartphone mahupun tablet. Cuba bayangkan seorang pemilik iPad yang menulis keyword “tempat makan menarik di Bangi”. Responsive themes percuma atau premium akan berfungsi dengan lebih baik & menarik!
- Responsive themes ni akan memaparkan blog kita sepenuhnya dalam paparan portait atau landscape mengikut peranti yang diguna samada dekstop atau tablet/smartphone. Berbeza kalau kita guna plugin seperti MobilePress yang memaparkan ringkasan tajuk blog kita sahaja.
- Ianya minimalist. Senang cerita, ianya themes yang ringkas. Lagi ringkas kod-kod blog kita, lagi lajulah blog kita dicapai pengguna.
- Ada responsive themes percuma yang dilengkapi dengan teknologi retina yang digunapakai pada peranti iPad, MacBook Pro, iPhone 4S/iPhone 5.
4. Mana nak download responsive themes percuma?
Ambe nak berkongsi beberapa wordpress responsive themes percuma untuk anda. Mana tahu, ada yang nak godek-godek blog mereka dalam usaha menjenamakan blog masing-masing. Boleh tengok versi demo dulu. Kalau berkenan, boleh download wordpress responsive themes percuma ni =)
5. Kalau ada link yang telah rosak atau tak boleh buka, sila maklumlah yer.
6. Sila baca dulu butir-butir lengkap setiap responsive themes percuma di setiap link yang ambe sertakan. Sila pastikan kesesuaian dengan versi platform wordpress yang anda gunakan sekarang. Mana tau, ada yang tak ngam.
7. Nak tengok contoh? Ini contoh ringkas paparan responsive themes percuma atau premium seperti di bawah;
8. Alternatif lain selain responsive theme? Boleh guna plugin MobilePress seperti yang digunakan oleh Blog Sweetkurma.com. Paparan blog seperti berikut;
9. Jadi, penting atau tak untuk pasang responsive themes percuma? Terpulang pada anda. Boleh cuba untuk merasai perbezaannya sendiri.
10. Andai ada kesilapan fakta, harap ada pakar web yang sudi membetulkannya. Ambe hanyalah seorang blogger biasa-biasa saja.
@ hafizmd – 10 Responsive Themes Percuma! Ambe “terpaksa” pilih untuk pakai plugin nanti sebab masih sayangkan theme thesis ni…hehe
Bacaan Tambahan...




{ 74 comments… read them below or add one }
Penerangan yang jelas sekali. Pada masa akan datang akan ramai mengunakan Smartphones dan Tablet untuk melayari laman web dan blog. Mahu tak mahu kita perlu mengikut peredaran arus perdana dunia IT.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Introduction to Mobile Web Technologies oleh tim Amanz EDU
Itu yg penting. Paling tidak tau serba sikit. Kalau rasa perlu tukar, senang nak rujuk =)
Memang tengah berkira-kira untuk tukar. Nanti boleh la tengok mana yang sesuai antara yang atas tu. Tq ye Hafiz
Baca entri terkini Blogger Nadot´s: Temuduga Yang Menakutkan
Cantiklah tu. Nanti dah senang2 bolehlah usha2 mana yg patut
kene suaikan mengikut trend, skrg dah ramai yg guna surf internet via gadget
Baca entri terkini Blogger Budak Felda´s: Dunia Blogging Perlukan Bukti
Itu yg rasa nak tukar, tp sayang kat thesis lagi daa
betul tu syg plak dgn thesis..:)
Baca entri terkini Blogger Budak Felda´s: Pentingnya Memilih Webhosting Terbaik
@BF, hehe..senang nak adjust…
Menarik jugak bro, thesis pun menarik, hehehe.
Baca entri terkini Blogger Blog Asyraf´s: Tam Sheang Tsung Sertai Harimau Muda A
hehe..dua2 ada kelebihan masing2
Saya punya rencana akan tukar theme dengan yang responsive, terimakasih atas perkongsiannya…
Baca entri terkini Blogger Dawaihati´s: Ketika Tangan dan Kaki Berkata
Elok juga tu Dawaihati..moga ada manfaatnya
kalau pakai responsive theme kena pakai plugin untuk mobile view tak?
Baca entri terkini Blogger Izwan´s: Sepatutnya Berapa Kali Kena Update Blog?
setakat yg ambe tau, tak payah pakai dah =)
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 10 Responsive Themes Percuma!
den biasa jugak tengok blog kawan2 melaui Tab…
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Kedai Lampu Murah dan Sememangnya Murah
memang menarikkan?
pun suka dgn theme thesis ni.. lebih cepat..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Review Buku | Badiuzzaman Said Nursi
hehe..mmg lebih cepat, rasanya boleh dipantaskan lagi ni..ermm
Salam manis buat Hafiz
Kak Ummi memang suka sangat dengan theme thesis sebegini..sesuai sangat.
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Dalam Seminggu…
As salam kak ummi,
Sebab itu jugak saye masih kekal setia dgn thesis.. =)
jujur, aku tak tahu ke bendanya responsive theme ni. haha
Baca entri terkini Blogger titan´s: Gua tak boleh kahwin lima..
keh3…ambe dah citer sikit2 tu..bolehlah tgk2..hehe
rasanya perlu ambil masa sesuai kalau mahu tukar
sekarang masih musim sibuk ni
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Menang, Seri Dan Kalah
hehe..betul tu cikgu..kalau tak…nanti habis kacau jadinya
memang bagus themes ni mesra pengguna
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Bantuan Lesen 1 Malaysia @ BL1M
Itu yg penting demi pelayar =)
kalau tak silap thesis 2.0 dah responsive kan? tapi dengar kata susah nak modify
Baca entri terkini Blogger Amirez´s: 10 Blogger Terbaik Malaysia
rasanyalah bro…tp ambe tak tengok dalam2 lagi..hehe
Perkongsian yang menarik. Sekarang ni banyak pilihan responsive theme yang percuma, cuma perlu pilih mana yang lebih mesra SEO dan ringan.
Baca entri terkini Blogger Hadi Hanafee´s: 26 Free Responsive WordPress Themes
Itulah. Ada jugak tgk kat entri bro..cuma belum sempat nak komen =)
masih menggunakan platform blogspot..buat masa sekarang ni belum bercadang nak tukar theme lg..sebab biasanya bila tukar theme, asyik nak mengedit kod je..hehehe
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Pendapatan dari blog
hehe..tu sudah semestinya bro..ketagih..hehe
memang guna theme jenis ni. hehe..
Baca entri terkini Blogger ohcikgu´s: Bayaran komisen ke 10 dari Jobdirumah.com
Cantiklah..patutlah laju jer..hehe
saya guna thesis je..hihihihi
Baca entri terkini Blogger syaifuddin alias´s: 10 Blogger Terbaik Malaysia
hehe..samalah kita..best!
Memang menarik bila dapat ada theme responsive ni. Sebab tak seronok bila baca ringkasan aje.
Baca entri terkini Blogger Kak Long Mawar Merah´s: Cendol Durian Borhan yang sedap
Itulah. Ringkas sangatpun rasa kosong pulak nanti
mmg bagus guna responsive theme.. sebab skrg ramai yg guna handphone dan tab utk layari internet…
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitaw
Itulah. Kat mana2pun tgk org pakai tablet layan internet
dah jadi trend kebanyakan blogger dan mula beralih ke responsive theme hehe.. aku sahaja belum.. bercadang memang nak tukaq jugak
Baca entri terkini Blogger aimannajmy´s: Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting Yan
hai dah ada hp tablet oklh tuh heee
Baca entri terkini Blogger suri´s: SimSimi
@suri, itulah…kita tunggu apa kata bro aiman
Ambepun belum bro..sayang thesis ni..hehe
hmmm ciktom gn theme twenty eleven je kt blog…
Baca entri terkini Blogger cik tom´s: Bayaran Keenam dari Says
Twenty eleven yg kemaskini terbaru responsive kot?
themd saya juga mesra responsive. jumpa secara tak sengaja.
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Dulu Tiada PTPTN
Cantiklah…senang nak layan kalau guna tablet
masih pada dasar lama..jarang online pki hp sllu kt rumh shja..heeee
Baca entri terkini Blogger suri´s: Perjuangan Sebuah Hati
wah..kalau ada tablet oklah tu suri =)
nice sharing bro, bro bila plak nak bertukar ke responsive theme? ke thesis bro dah responsive? teman baru siapkan skin responsive untuk thesis, guna di http://www.ebookpercuma.org hehe
hehe…ambe sayang nak tukar thesis ni bro..
nak angkat thesis 2.0 mahal sangatlah…so kekal ngn yg ni dulu…keh3
p.s. nice blog tu bro..suka tgk background dia..cantek
saya nak tukar theme yg responsive tp masih lagi xder yg berkenan
Baca entri terkini Blogger Juan´s: Resepi Mana Sedap – Kailan Goreng atau Kailan Ikan Masin
Beli yg premiumlah bro juan =)
Kebanaykan theme dari wordpress adalah responsive theme, Just install aje di dashboard WP.
Baca entri terkini Blogger Kamal Mustafa´s: Ping, Ping, Ping, Pang Karang Haa.
Kalau yg versi terbaru, mmg responsive…pilih ajelah..hehe
nampak menarik juga Responsive Themes ni ya, rasanya beberapa tahun lagi dari sekarang, semua blogger wajib memasang theme ni memandangkan semakin ramai yang menggunakan telefon pintar. Terima kasih bro di atas perkongsian ini.
Baca entri terkini Blogger donnyien´s: Aku masih seperti yang dulu, sahabatku
Mmg menarik bro. Nak2 kalau yg mmg cantik themesnya
alamak blur la.
hehe..silakan tanya mana yg blur… =)
alhamdulillah, theme yg sy pakai ialah theme responsive. sekali pakai mmg terus jatuh cinta pun
theme twenty twelve. masa pasang theme tu tak tahu menahu pun pasal responsive ni.
sy juga suke m’godek2 blog,tp skrg dah kurang2kan sikit aktiviti tu utk fokus pd p’hasilan entry pula.
Baca entri terkini Blogger Ummi Hanie´s: Senarai penuh finalis ABPBH2012
Theme ni mmg sangat membantu bila kita pakai tablet atau smartphone.
Twenty 12 mmg terbaik. laju jer loading blog UH.
Thesis blog hang nie x buat ke jadi responsive?
Baca entri terkini Blogger Izzuddin Fauzi´s: Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1
Hang tau ke camne nak buat?
sy cadangnya nak pakai themes wordpress twenty tu..nanti sy jenguk balik entri ni bila sy dah bersedia nak pakai..hehe..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013
twenty 12 antara yg terbaik bro…mana2 blogger yg pakai themes bertema twenty mmg laju jer loadingnya…
hmmm teringin nak pakai thesis tapi almaklumlah bab IT ni mmg tak reti
, btw saya sis not bro 
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: WW ~ Penulis Jemputan
hehe..boleh tu sis..ambepun main redah aje..heh
ps. maaf salah sangka =)
huh bagus utk blog baru saya nie
Baca entri terkini Blogger WRizuan´s: Kini BerDomain Dot My
Cantiklah.Moga ada manfaatnya
Perkongsian yang amat berguna kepada pengguna wordpress.
Baca entri terkini Blogger faizal´s: Tema Maulidur Rasul 1434/2013
Moga ada manfaatnya
aik, kebetulan. itu juga senarai yang saya guna untuk uji theme satu persatu terhadap blog kendalian saya. Agaknya sebab saya cerewet, kesemuanya tidak serasi dengan saya. Sebenarnya saya amat sukakan theme Thesis kerana menepati citarasa saya – lagipun Thesis gunakan huruf Georgia. Huruf jenis ini yang saya suka!. Tapi masih belum berkemampuan untuk membeli theme Thesis buat masa ini.
hehe..elok sangatlah tu…
font ni mmg best…jelas dan terang nak bca
{ 1 trackback }