Se’coet’ rezeki dari blogging..

Dua tiga menjak ni, banyak juga blog kawan-kawan yang bercerita pasal earning dari aktiviti berblogging. Tak kisahlah dari samada dari nuffnang, rezeki affiliate seperti di blog cahaya cinta dan blog bro etomyam, advertlets dan yang terbaru mangga ad seperti di blog bro jijan. Semuanya berkisar tentang rezeki dari aktiviti berblogging. Maka, secara sifir mudahnya, memang aktiviti ini boleh menyumbang pendapatan sampingan.

Sudah lama juga saya berkira-kira nak tulis pasal rezeki dari aktiviti berblogging ni. Mula-mula, segan juga nak berkongsi. Maklumlah, bukannya berkepuk-kepuk. Namun, saya rasa ada baiknya juga saya berkongsi. Paling tidak, memberi motivasi pada diri sendiri. Jauh sekali nak bangga diri. Rezeki se’coet’ yang saya maksudkan sudah pasti bukan dari sumber iklan nuffnang, advertlets, mangga ad ataupun affiliate. Semua sumber ini nampaknya masih malu-malu nak masuk ke kantong saya. Belum cukup power traffiknya macam blog otai-otai semua.Jadi dari mana saya dapat rezeki se’coet’ ini?

Continue reading “Se’coet’ rezeki dari blogging..”